Hari ini hari Isnin.
Apabila pagi Isnin yang di kenali dengan nama "Monday Blues" berlaku bukan pada pagi-pagi hari rasanya seperti nak menjerit memberitahu 'orang' yang merosakkan mood pagi yang asalnya sangat molek, "Jangan sebarkan virus bad mood kamu kepada aku!"
Ada
 sesetengah orang, di kalangan kita-kita juga, apabila sudah menjadi 
'sebahagian' dari kita sehingga melupakan taraf atau setakat mana 
kedudukan sendiri. Mungkin faktor umur, mungkin faktor 'banyak 
pengalaman' atau aku-lebih-banyak-pengalaman-daripada-kau atau 
aku-tahu-kerja-aku menyebabkan sesetengah orang menjadi begitu dan 
begini.
Cuba sesekali muhasabah diri dalam 
kita mencari rezki halal, kita kena sedar kedudukan kita. Bukan kah akan
 jadi pelik kalau aku cakap kat Puan Boss dengan muka masam, "Puan, I tak nak dah buat eRepository ini, biar je lah tertangguh, I nak buat bahagian cataloging pulak sekarang. I dah bosan tengok coding ni. Dah bertahun-tahun I menghadap coding ni. Muak!"
Agak-agak kamu, aku dah boleh start buka kotak dan kemas barang untuk cari kerja lain tak?
Cerita lain tapi masih tajuk sama, memang pelik apabila ada seorang 'akak' ini yang berstatus pegawai tidak berani nak suruh orang bawah dia buat kerja.
"Huh, nak suruh dia pergi, dijeritnya akak nanti. Bukan akak jerit kat dia."
Ermm... *sigh 
Cerita panjang memang tak guna, sebagai 
peringatan untuk diri sendiri, aku mengingatkan diri sendiri supaya 
sedar di mana bumi di pijak. Faham di mana aku berada, ingat setakat 
mana level aku berada. Jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Jangan selalu moody, ibarat kata seorang staff-yang-dirahsiakan-namanya, "Bila umur dah meningkat, orang memang cepat merajuk." Okay, aku dah nak masuk 26 bulan Ogos ini mungkin amat terasa. Hahaha...  
Senang cerita, kerja kita, jangan banyak komplen. Kalau kamu tak mahu buat kerja yang di assign kan oleh orang atasan kamu, mungkin kamu boleh fikirkan untuk buka business sendiri -- pendek kata jangan kerja dengan orang atau company jadi kamu boleh tentukan sendiri sama ada kamu nak kerja macam mana atau macam apa. Setel!!
 
 









