Thursday, June 27, 2019

Sketsa realiti Mia

Petang itu abah tok & nenek belikan 2 biji durian.
Sebiji ibu dah makan dengan atuk & nenek.
Mia cakap dia tak nak.
Sebiji lagi simpan untuk babah.

Babah balik.

'Jom la B kita makan durian' Ajak ibu.

Babah tak cakap banyak, bersila nak belah durian.

Mia datang sibuk.

'Yibatt babah' Puji Mia tengok babah gigih belah durian.
2, 3 kali dia ulang ayat sama.

Buah durian tak terbelah juga. Mia hilang sabar.
Dia pergi dekat abah tok dengan nenek yang tengah tengok tv.

'Atok, babah tak kuat..' Dia mengadu.

Ok. Semua gelak.

Yibatt = Hebat

Friday, March 1, 2019

Trip ke Langkawi

Assalamualaikum..

Pada bulan yang lepas, kami sekeluarga telah melawat ke Langkawi. Ini adalah percutian budget pertama kami.

Sabtu

8.30 AM
Flight dari KLIA2 jam 10AM. Kami dah sampai awal lebih kurang 8.30 AM. Dah drop babah Mia & Mia kat airport, ibu pergi parking kereta kat office. Dah cantik parking dan gerak ke KLIA2, baru perasan beg sandang tertinggal dalam kereta. Apa lagi patah la balik office. Nasib baik buggy ber operasi dengan jayanya. Kalau tak mahu ibu jadi ratu pecut negara. Babah dan Mia dah check-in 2 baggage (1 besar & 1 sederhana). Sebab perasan masa print Boarding Pass (BP) daripada web check-in macam tak cantik, kami re-print BP kat kiosk.

Tips: kiosk check-in bukak 1 jam sebelum departure time for domestic flight. After that, please print your BP at counter (mungkin ada charges).

11.00 AM
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Aiport LGK. Bila nak collect baggage kami perasan beg dah wrapped. Rupa-rupanya beg besar sudah pecah. Nasib baik barang tak berterabur... Babah Mia dah nak cepat-cepat sebab kami dah tempah kereta sewa. Tapi kami cuba je nasib tanya kaunter AirAsia. Alhamdulillah, senang je process dia. Tunjuk beg, Ground Staff (GS) check kerosakan and dia tanya setuju tak dia bayar sekian-sekian. Kami tak ambil insurance bag, so angaran nilai dia tak banyak sangat tapi cukuplah nak ganti satu beg besar tu. Setuju je lah. Dapat jugak daripada tak ada apa-apa. Beg yang satu lagi pun pecah jugak tapi tak teruk sangat.

Tips: Apa-apa kerosakan beg pergi check kat kaunter AirAsia. GS pon baik dan bersopan. Tak payah nak viral sangat. Dia nak ganti, ambil je lah. I am so proud as an All Star (tetiba).

12.30 PM
Kereta sewa memang dah tunggu kat depan airport. Kami nak sewa Vios, tetiba yang sampai adalah Chevolet. Yang penting harga sewa sama. I like~ Makanya voom-vroom la kita. Ibu jakun nak merasa kereta omputeh, babah pun bagi chance ibu drive. Ok la~ Maka berpandukan waze, kami cari makan dulu. Dengar cerita, Laksa Penang kat area airport tu sedap, maka tujulah kami ke sana. Makan laksa tepi pantai memang lain macam rasanya. Bye diet.

Tips: Masuk kedai makan yang banyak customer, maka rasanya lagi sedap. Hahahaha..

1.20 PM
Berpandukan waze lagi kami terus menuju ke Zilla de Villa. Check in patutnya jam 3.00 PM, tapi memang tak ada orang dan bilik dah ready, kami dapat masuk awal. Bilik memang luas, harga berpatutan. Kami letak bag, solat dan rehat jap kemudian ke destinasi seterusnya.

Tips: Tempah bilik melalui online (traveloka, trivago etc.). Tempah awal dapat harga murah. Tambahan lagi kami bercuti bukan musim cuti, makanya hotel, rest house etc memang dapat harga murah.

Ok. Malas dah nak taip panjang-panjang.



Sunday, February 10, 2019

Barang yang lepas jangan di kenang.


Ada ketikanya rasa rindu itu muncul bila hati tiba-tiba teringat akan kenangan dulu.

Ada cerita lucu, geram dan juga sedih. Hati terdetik dan akal membenarkannya. Entah lah, ini mungkin kerana ucapan maaf tak pernah terungkap pada hari-hari akhir ketika bersama.

Untuk kamu jika terbaca (hahaha), aku minta maaf kerana tak sempat meminta maaf untuk kata-kata dan perbuatan yang mungkin melukakanmu.

Sedangkan sehingga kini aku masih mencari sebab kenapa kita jadi begini. Aku atau kamu yang berubah.

Sudah tentu ini kisah kita yang pernah menjadi 'sahabat' suatu ketika.

Rindu tapi kelu.

Tuesday, January 1, 2019

Hello 2019


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Dah lama tak menjenguk tempat meluahkan perasaan ni.

Azam tahun baru ini, cuba baharukan posting blog ini.

Semoga istiqamah.