Sunday, February 10, 2019

Barang yang lepas jangan di kenang.


Ada ketikanya rasa rindu itu muncul bila hati tiba-tiba teringat akan kenangan dulu.

Ada cerita lucu, geram dan juga sedih. Hati terdetik dan akal membenarkannya. Entah lah, ini mungkin kerana ucapan maaf tak pernah terungkap pada hari-hari akhir ketika bersama.

Untuk kamu jika terbaca (hahaha), aku minta maaf kerana tak sempat meminta maaf untuk kata-kata dan perbuatan yang mungkin melukakanmu.

Sedangkan sehingga kini aku masih mencari sebab kenapa kita jadi begini. Aku atau kamu yang berubah.

Sudah tentu ini kisah kita yang pernah menjadi 'sahabat' suatu ketika.

Rindu tapi kelu.