Thursday, May 31, 2012

Lipat kertas supaya jadi pelindung yang cantik

Assalamualaikum...

Hi kawan-kawan. (muah pipi kanan, muah pipi kiri.)

Hari ini Teejah (bukan nama sebenar) nak share sesuatu.

Kawan-kawan tentu banyak CD yang di 'burn' kan? Teejah nak tunjuk cara-cara nak lipat kertas untuk jadi pembungkus CD.

*bunyi cengkerik*

Okay, tak nak buang masa, mari kita lipat sama-sama ye...


Bahan-bahannya:

Sekeping CD dan sehelai kertas

Cara-caranya:
Lipat di kiri dan kanan ikut size CD


Lipat ke atas
Lipat segitiga di penjuru kertas

Lipat lagi


Sumbatkan dengan berhemah
Pandangan Depan dan Belakang


Kan dah siap? Senang kan?

Antara yang dah siap



Teejah dah design awal-awal kertas covernya. Teejah pinjam gambar kat Uncle Google je. Kalau kawan-kawan creative, boleh la lukis sendiri...

Ini design untuk paper kuning tadi


Okay, kawan-kawan. Selamat mencuba.

Terima kasih sebab sudi baca. (muah pipi kanan, muah pipi kiri)

Daaa~~




Okay, abaikan untuk sesi gedik itu. Aku ternampak cara-cara nak lipat kertas untuk jadi cover CD masa baca 9gag minggu lepas. So, sebab aku rasa menarik dan boleh di share kan juga, aku pun semangat upkan entry ini.

Friday, May 25, 2012

Poster yang typo

Kalau tak print lagi leh je betulkan font

Minggu membaca yang akan datang menyebabkan aku mengadap Adobe Photoshop selama 2 hari berurut-turut. Dengan tak ada idea, logo, computer wallpaper, pamphlet, poster dan flyer aku cuba siapkan dengan cepatnya. Paling malang, aku terlewat sikit dari due date yang diberikan. Aku sendiri tak tahu kenapa kali ini kerja aku sedikit kelam-kabut. Tapi aku syak sebab lama sangat nak buat logo dan aku memang dah kering idea nak buat poster. Pamphlet pun aku edit yang tahun lepas je. Flyer lagi lah, aku buat dalam 15 minit je. Copy-paste gambar pakcik google, letak title dan print.

Dalam kelam kabut tu, akhirnya siap juga dan aku serah kat Ijat untuk proses printing. Dah Ijat siap print semua, baru aku perasan, sekali salah eja 'CAMPIGN' yang sepatutnya 'CAMPAIGN' kat poster pula. Maka aku pun terpaksa menanggung kesalahan sendiri... 5 poster saiz A3 dan 5 lagi saiz A4. Okay, dengan tahan nafas aku potong kertas kuning untuk nampak lurus dan cantik tapi jadi herot-petot juga. Tak pe lah kot, kita assume it as art of edge. *Hahaha...


Acara potong-memotong
Salah yang ketara

Hasilnya
Sedia untuk di pamerkan




Sekian, laporan saya dari opis yang sejuk...


P/s : Bila ada kesalahan yang kita cuba tutup, ada dua je kemungkinan result dia;
makin cantik atau makin buruk.

Monday, May 21, 2012

Cerita diam-diam


Kalau dah namanya bertepuk sebelah tangan, sampai kiamat pun tak akan berbunyi.
Jadinya aku tepuk dinding, sampai tangan aku sakit sangat-sangat.


Kepada kamu si muka ketat,
dah genap seminggu saya tunggu kamu,
dah sampai edah nya untuk cerita ini.
Diam-diam saya suka kamu,
terang-terang saya mengaku.
Terang-terang kamu tak tolak,
diam-diam kamu tak kata 'ya' juga.

Kepada kamu yang comel,
Terima kasih untuk masa kamu.
Terima kasih kerana sudi dengar pengakuan saya.
Terima kasih buatkan saya teruja bila baca mesej kamu.
Terima kasih juga sudi buatkan saya tersenyum sendiri.
Terima kasih untuk satu MMS gambar kamu.

Kepada kamu yang buat jantung saya berdebar-debar,
Semoga kamu berjumpa cinta hati kamu.
Semoga kamu dapat lupakan kesayangan kamu dulu jika kamu mahu.
Semoga kamu kembali kepadanya jika memang dia hak kamu.
Semoga kamu baik-baik selalu.
Semoga kamu terus ceria dan gembira.


Walaupun tak sempat saya nak beritahu kamu;
"Jangan panggil I Kiki lagi, panggil I Shaqi."
"I memang tak comel. Bukan you tak pernah jumpa I pun."
"I suka you sebab I selalu curi-curi tengok you."
"Kadang-kadang I view your profile walaupun you tak add I lagi masa tu."
"Masa I approve you, tiba-tiba I teruja."
"Selalunya I stalk profile you bila you dah add I."
"Masa I cakap I suka you, I really meant it."
"Masa you jawab call I, I blushing sengsorang."
"Kalau you reject I awal-awal, mesti I dah tak ada FB sekarang."
"Ex-gf you sangat comel. I takut you kecewa bila I tak cute macam dia."
"I tak suka sangat guna 'I-You' ni. I nak cakap 'saya-awak' dengan you."
"I rasa I macam tergila-gilakan you."
"I sedih bila you tak jawab call and SMS I."
dan macam-macam lagi pengakuan yang saya nak buat.

Tapi sebab saya sangat-sangat suka kamu,
dan kamu sebaliknya pula,
saya rasa baik saya lupakan kamu.
Saya ini dah malu sendiri.
Saya ini dah takut mahu menanti.
dan

bila kamu dah 30 nanti jangan lupa tag di FB saya (kalau masih ada) kad walimatuurus kamu.

Terima kasih...





Wahai hati,
cukup-cukuplah mengharap pada yang tak sudi.
Bukalah hati pada yang menanti.
Tak mengapalah,
kalau ada yang berani ketuk pintu hati lagi,
kali ini aku selak pintu luas-luas,
bersama senyuman yang cukup ikhlas aku ucapkan.
'Silakan masukmugkin anda orang yang saya nanti.'
Kepada yang sedang dan pernah menanti,
'Banyak lagi perempuan yang lebih baik daripada saya.'
dan.
'Maafkan saya juga, bukan kamu yang saya nanti.'



Thursday, May 17, 2012

Pilihan?

Lakaran kali pertama

Cuba merealisasikan

Hasil yang terkumpul


Akan datang, LRC ada minggu membaca. Macam biasa, aku mengada nak bahagian promosi. So, berbekalkan pengetahuan tak seberapa ni, aku try reka logo minggu membaca LRC yang temanya, "I LOVE MSU LIBRARY". Mula-mula aku just cedok bentuk love tu dari pakcik google. Tapi masa show off kat Puan Boss, beliau mencadangkan dalam love tu ada gambar / icon yang melambangkan library and services. Seyes,aku tak terror so aku main buat je. Ni lah hasil love nya...


Sila abaikan posisi sengetnya


 Setelah pemilihan sampai ke TOP 3:

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Puan Boss pilih yang 1st, hati aku mahu yang 3rd. The other librarians masih tak reply email nak yang mana. So, aku harap mereka akan komen dan pilih...


Walaupun tak cantik mana aku harap mereka suka...







Dalam hidup ini banyak pilihan cuma nak dan tak nak je...

Friday, May 11, 2012

2 missed call & he doesn't replied my messages

So, i assumed he's not into me. When he doesn't reject me at first, it is because he's just being polite.




(T.T)








Enough!

Wednesday, May 9, 2012

Dalam opis yang sejuk!

wargh

rarw




"RaRw" = "I Love You"

"WaRgh" = "I Miss You"

Arghhhh... Ini adalah hasilnya apabila kerja aku tak siap-siap lagi dan aku masih termenung depan PC di waktu pejabat (office hour).

Aku makan gaji buta...

Ketagihan

Lebih sedap bila ia free

Menyukaimu sebenarnya satu kepenatan.
Menyukaimu sebenarnya satu semangat.
Menyukaimu sebenarnya satu ketakutan.
Menyukaimu sebenarnya satu keberanian.
Menyukaimu sebenarnya satu  ketidak-pastian.
Menyukaimu sebenarnya satu keseronokan.
Menyukaimu sebenarnya satu bahaya.
Menyukaimu sebenarnya satu keterujaan.
Menyukaimu sebenarnya satu pertaruhan.

Dan...

Menyukaimu menjadi ketagihan pada ku.





Walau hati masih berbelah bahagi,
walau hati masih teragak-agak.
Bimbang kalau-kalau kamu benci,
bimbang kalau-kalau kamu jemu.
Tetapi...



Tuesday, May 8, 2012

MMS

Muka budak (konon)

Muka matured (konon)


Nak tunjuk dah 'kecik' sikit
Muka poyo (memang)


Kenapa antara banyak-banyak gambar aku kat dalam handset & laptop, aku still nak send gambar bawah ni kat dia?



*sigh



Dear Qiqi sayang, kalau lepas ni dia reject kamu secara terus terang sila pandang cermin dan gelakkan diri kamu sendiri...



Pengakuan berani mati Qiqi:
"You, sorry sangat. I tak cute macam GF you tapi I really like you..." 
 

Sunday, May 6, 2012

Deactivate





Assalamualaikum...

Kepada semua peminat-peminat serta secret admirer saya (eceh), saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah meng-deactivate-kan profile saya di Facebook. Ini kerana saya sudah penat dan malas untuk menjadi stalker dan di-stalk oleh anda semua.

Okey, ayat-ayat yang kat atas ini gedik!

Straight to the point, kenapa aku deactivate FB aku adalah kerana aku sebenarnya dah bosan ber so-sial dengan cara sebegitu. Aku sebenarnya dah penat membaca status update orang yang macam-macam dan kadang-kadang nampak macam sangat unrealistic, bangga diri, riak dan penuh dengan emosi. Emm… Sebenarnya, tanpa segan silu aku mengaku aku pun tergolong dalam golongan orang yang meluahkan perasaan, kutuk orang, marah, puji, hipokrit, mengadu domba, menyibuk, menggedik dan sebagainya di laman social tersebut. So, mungkin sampai di sinilah perjuangan aku menegakkan benang yang basah, mengutuk, berpuitis, memberi pendapat, memuji, menggatal serta meng-stalk orang lain di FB.

Aku dah penat. Aku dah letih. Aku dah jemu.

Kadang-kadang apabila aku baca status orang lain yang selalu di update, aku jadi confuse sebab aku memang tak nampak macam mana muka atau lebih senang -- reaksi orang itu ketika meluahkan perasaan di wall mereka. Marahkah? Sedihkah? Gembirakah? atau adakah mereka itu hanya bersifat sarcasm, seperti yang aku selalu luahkan / taipkan di wall aku? Kadang-kadang aku fikir, perlukah mereka (dan aku juga) meluahkan perasaan, berkongsi cerita (yang macam-macam) di wall? Cara lain dah tak ada ke?

Aku juga paling tak faham kenapa orang perlu berdoa di wall mereka?

“Ya Allah, tolonglah kuatkan hati aku...”
“Ya Allah, berkatilah kehidupan ku...”
“Ya Allah, selamatkanlah aku hari ini...”
“Ya Allah, aku harap kucing aku sihat hari ini...”

Adakah mereka ini sesudah solat, dalam berwudu’ menaip di wall FB sambil berdoa begitu? Adakah mereka nak semua kawan-kawan (friends) dalam list mereka tolong aminkan? Adakah satu ‘like’ sama dengan satu ‘amin’?

Tapi lain lah kalau yang mengajak ke arah kebaikan tu, tak apalah kan? Yang sertakan doa-doa harian, at least kalau baca kita dah doa sama. Takkan tak lekat sikit pun dalam hati kot? Aku pun, honestly, sangat suka baca status orang yang sering ingatkan kawan-kawan dia ke arah kebaikan. Tak pun yang rajin salin hadith-hadith, ayat-ayat Al-Quran, pesanan orang tua-tua dan mutiara kata. Tak pe, tu aku boleh terima. Tapi yang doa kat wall FB tu, sorry to say, aku memang tak dapat nak hadam dengan baiknya. Kadang-kadang aku rasa menyampah dan paling teruk dalam hati aku mengutuk, ‘entah semayang ke tak dia ni, pandai mintak je ngan tuhan...Kan ke dah dapat dosa free aku ni?

Aku faham bila orang cakap, “Kalau kau tak suka, tak payah baca, ignore je.” Tapi bila dah muncul kat ‘Home’ wall aku dan bila aku ter- stalk view mereka punya wall, takkan aku tak baca?

Kalau pasal politik tak payah cerita lah… Walaupun aku add or approve friends yang aku kenal dan mungkin kenal serta yang ada potential untuk berkenal-kenalan *Ehemm…, aku still tak boleh control information overload yang aku dapat tu. Penat tahu bila baca :-

“Aku sokong parti A, parti B jahat.”
“Parti A makan rasuah. Dato’ L ada skandal.”
“Mari kita cuba undi parti C pulak. Parti C masa depan rakyat M’sia.”

Tu tak kira lagi link dan video yang di share. Siap suruh orang sebar-sebarkan lagi. Apa aku ni penyebar ajaran-ajaran sesat parti politik kamu kah? Macam mana kalau aku share pastu semua yang aku share tu adalah fitnah, bukankah aku dah jadi penyebar fitnah yang besar ke? Let say kalau friend list aku 100, dan 50 orang percaya dan sebarkan juga? Kalau friend list aku 200, 400, 800? Dah ke makin besar fitnah yang akan tersebar itu? Emm… Sebab tu aku tak pernah share video dalam FB. Kalau ada pun video birthday celebration untuk boss aku tahun lepas dan ada juga yang orang 'tag' kan.

Honestly, aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan tak ada FB ni. Mungkin esok, lusa, minggu depan, tahun depan or kejap lagi aku active kan balik. Tapi apa yang aku tulis kat sini adalah pandangan peribadi aku terhadap segelintir orang di FB dan seperti biasa ingatan untuk diri aku juga dalam nak bersosial di zaman canggih-manggih sekarang ni.

Okay. Terima kasih sebab sudi baca… Semoga hari-hari anda sejahtera... Sekian, terima kasih.

Wassalam...

Friday, May 4, 2012

Potong Rambut



Ya, setelah rambutku yang panjang berjela itu mula merimaskan aku di tambah dengan musim panas yang menjadi-jadi aku pun mengambil keputusan memotongnya seperti gambar di atas --hanya rambut yang sama, muka confirm model jepun tu lagi comel!

Masa nak potong tu, semalaman juga aku menimbang-tara nak potong ke tidak. Selama ini aku memang suka rambut panjang sebab pada aku tu lah satu-satunya bagi aku nampak ayu dan feminine (eceh). Okay, pada mulanya aku rasa seram-sejuk-peluh-dingin semua keluar masa mula-mula aku nampak rambut aku berguguran di potong oleh hairdresser tersebut namun setelah lama-lama aku pasrah dan terus redha dengan perpisahan itu.

Now, bila aku tengok cermin aku nampak betapa 'muda' nya muka aku. Nampak macam budak! Sekarang aku tak tahu aku patut menagis atau gembira apabila aku kelihatan muda sebegitu?