Monday, June 25, 2012

Kaduk naik junjung

Hari ini hari Isnin.

Apabila pagi Isnin yang di kenali dengan nama "Monday Blues" berlaku bukan pada pagi-pagi hari rasanya seperti nak menjerit memberitahu 'orang' yang merosakkan mood pagi yang asalnya sangat molek, "Jangan sebarkan virus bad mood kamu kepada aku!"

Ada sesetengah orang, di kalangan kita-kita juga, apabila sudah menjadi 'sebahagian' dari kita sehingga melupakan taraf atau setakat mana kedudukan sendiri. Mungkin faktor umur, mungkin faktor 'banyak pengalaman' atau aku-lebih-banyak-pengalaman-daripada-kau atau aku-tahu-kerja-aku menyebabkan sesetengah orang menjadi begitu dan begini.

Cuba sesekali muhasabah diri dalam kita mencari rezki halal, kita kena sedar kedudukan kita. Bukan kah akan jadi pelik kalau aku cakap kat Puan Boss dengan muka masam, "Puan, I tak nak dah buat eRepository ini, biar je lah tertangguh, I nak buat bahagian cataloging pulak sekarang. I dah bosan tengok coding ni. Dah bertahun-tahun I menghadap coding ni. Muak!"

Agak-agak kamu, aku dah boleh start buka kotak dan kemas barang untuk cari kerja lain tak?

Cerita lain tapi masih tajuk sama, memang pelik apabila ada seorang 'akak' ini yang berstatus pegawai tidak berani nak suruh orang bawah dia buat kerja.

"Huh, nak suruh dia pergi, dijeritnya akak nanti. Bukan akak jerit kat dia."

Ermm... *sigh

Cerita panjang memang tak guna, sebagai peringatan untuk diri sendiri, aku mengingatkan diri sendiri supaya sedar di mana bumi di pijak. Faham di mana aku berada, ingat setakat mana level aku berada. Jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Jangan selalu moody, ibarat kata seorang staff-yang-dirahsiakan-namanya, "Bila umur dah meningkat, orang memang cepat merajuk." Okay, aku dah nak masuk 26 bulan Ogos ini mungkin amat terasa. Hahaha...  

Senang cerita, kerja kita, jangan banyak komplen. Kalau kamu tak mahu buat kerja yang di assign kan oleh orang atasan kamu, mungkin kamu boleh fikirkan untuk buka business sendiri -- pendek kata jangan kerja dengan orang atau company jadi kamu boleh tentukan sendiri sama ada kamu nak kerja macam mana atau macam apa. Setel!!


Thursday, June 21, 2012

Yesterday, Today & Tomorrow

5 is my lucky number
"Don't waste time grieving over past mistakes. Learn from them and move on."



Maafkan saya untuk kesilapan dulu, sekarang dan yang akan datang.
*kesilapan meletak gambar yang tiada kaitan dengan quote nya.

Tuesday, June 19, 2012

Dadu gergasi untuk mereka

Kentang sudah dimakan ketika gambar ini diambil

Gambar di atas menjadi bukti kepada pemberian boss kepada anak-anak ikan buahnya. Masih dalam mood bercerita mengenai Reading Campaign 2012, Puan Boss yang baik hati telah membelanja SEMUA staff di library 1 set mekdi/seorang sempena kejayaan KAMI yang bertungkus-lumus merialisasikan I Love MSU Library & Library Open Day yang boleh dikirakan agak berjaya. Sungguh baikkan beliau? Alhamdulillah, kami dapat boss yang baik dan sporting! Semoga rezki boss dan kami semua juga dimurahkan oleh-Nya. Amin...

Hari ini terkesankan dengan kebaikan boss, dengan sambil mengunyah burger aku siapkan se'ketul' dadu gergasi untuk dihadiahkan kepada Library PTPL Shah Alam. Library PTPL SA pun akan turut mengadakan aktiviti-aktiviti menarik nanti. Jadinya, dengan mood yang baik aku berusaha 'kerastangan'kan dadu untuk sponsor Giant Snake & Ladder game yang akan diadakan oleh mereka nanti.

Kerastangan-shaqi-buat

Sebenarnya, dadu yang telah digunakan untuk aktiviti kami sebelum ini telah selamat di'kotak'kan (dimasukkan ke dalam kotak dan entah di mana letaknya) oleh seorang-librarian-yang-dirahsiakan-namanya menyebabkan aku menjadi rajin membuat yang lain untuk dihadiahkan kepada library PTPL SA. Honestly, dadu aktiviti kami lagi kecil dan kurang kemas berbanding yang ini memandangkan aku hanya mengambil masa kurang 2 jam untuk menghasilkannya.


Dadu yang entah kemana itu

Setelah test baling-membaling dadu ini, aku agak berpuas hati dengan ke'balance'an dadu tersebut. Hampir seharian aku siapkan dadu ini jadinya aku berharap sangat mereka sudi dan senang hati menerima pemberian ikhlas ini. Semestinya dadu ini akan mewakili KAMI semua staff di library MSU kepada library PTPL SA.

Sebenarnya, aku agak sayang dan suka juga pada dadu ini daripada dadu yang telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tetapi ada kata-kata 'hikmat' mengatakan kalau nak beri kepada orang, kita kena berikan yang baik dan paling kita suka atau sayang. Kan? Kan?


Sekian laporan dari opis yang kurang sejuk hari ini.

Monday, June 18, 2012

The video


video 
 I love MSU Library



Aku menghasilkan ini dalam keadaan tergesa-gesa dan tegang. *sigh*

Friday, June 15, 2012

Finally...

Desktop Wallpaper


 

Invitation Card



E-Mail Invitation

The Logo



Pamphlet

Poster


Program Book


Backdrop


Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan selamat. Terima kasih yang beri pandangan dan idea dalam menghasilkan 'perkara-perkara' di atas.





Cerita sepenuhnya akan menyusul nanti...