Friday, July 29, 2011

Merah; warna rindu

Kalau kamu bukan siapa-siapa takkan malamku cerah walau tanpa sinaran bulan?

Biru; warna cinta

Saat terkapar-kapar mencari cinta,
kamu muncul tanpa sapaan manja,
sekadar bertanya khabar dan hilang
terbiar sepi, sunyi.

Muncul mu dalam kepekatan malam,
segaris cahaya menerangkan laluan mu,
sekadar memandang tanpa menegur,
melihat tanpa kata,
mulut terkunci dek kerana lidah terkelu.

Walau seketika dengarkan ini,
mahu kukatakan ini kepadamu,
"Terima Kasih."

Terima kasih untuk luka yang sedikit,
terima kasih untuk parut yang berbekas,
terima kasih untuk ketidaksetiaan,
terima kasih untuk kesengsaraan.

Terima kasih untuk kesunyian yang kamu hadiahkan.
dan,
warna biru itu masih ada,
sebagai bukti satu cinta yang pernah di khianati.

Friday, July 22, 2011

Coklat; warna sunyi

Suatu hari, petang.

Terasa sunyi hari. Sepi. Pantas pintu almari dibuka. Sempat capai sepasang baju lengkap. Penuh perasaan sumbatkan baju dalam beg sandang kecil. Kunci kereta disambar kasar. Perlahan-lahan menuruni tangga. Ketika sampai di muka pintu depan, terhenti seketika.

'Aku mahu kemana?' Hati bertanya, sendiri.

Perlahan-lahan berpatah balik memanjat tangga. Masuk bilik dan kunci pintu. Lagu Nihon-go dipasang kuat-kuat. Biarkan bunyi-bunyi itu menghalau sunyi walaupun tidak pernah difahami apa bicara lagu itu...

Dan hari itu berwarna coklat!

Hijau; warna sukan


Setelah sekian lama aku suka biru, tiba-tiba rumah sukanku bertukar warna- Hijau. Sempena MSU Staff Games, aku pun masuklah satu pertandingan. Futsal. Setelah bermain selama dua hari berturut-turut dengan tiga perlawanan, akhirnya Hijau Wanita mendapat Johan Liga Futsal. Hebat? Ish, takkan TAK!

Apa yang lebih menarik, aku dapatlah sumbat satu goal. Walaupun tanpa sengaja! Hahaha…

By the way, thanks to all sporting and supporting from Green Group!


Ko ada sumbatkan bola dalam goal? Ada? Ada?

Sunday, July 17, 2011

Ahad; Hari berehat

Ketika bangun pagi yang dah tak pagi, matahari tegak tinggi diatas kepala. Panas! Hari Ahad, aku berehat yang namanya rehat. Tak buat apa-apa.

Ahad, kita rehat!

Saturday, July 9, 2011

Sabtu; Hari memBERSIH?

Ketika Sabtu muncul, aku masih tak dapat lelapkan mata...

Hari Sabtu aku memBERSIHkan kereta dengan Mie-chan depan rumah. Mie-chan basuh kete dia, aku tenyeh kete aku. Wah, akhirnya Mr. Ultraman ku menjadi sangat BERSIH. Yay!!

Kunci Mr.Ulltraman
Petang dalam jam 3.00 pm aku dan Mie-chan ke tengah Shah Alam. Main make-up free kat Guardian. Hahaha... Lepas tu, Mie-chan dengar aku menyanyi kat karaoke jamban. Walaupun muka beliau tension, aku bantai je nyanyi 12 lagu... Kesian dia, aku nak lepas tension, dia lak tension dengan aku...

Dah habis menyumbangkan suara, aku beratur lah beli ice cream Mekdi. So, sekarang tangan aku dah penuh dengan wallet and ice cream. Then, masa kami menapak ke SACC nak balik, ada seorang daripada sekumpulan budak kecik lelaki tegur,

"Sweetnye..."

Aku rasa dia cakap kat aku kot... Takkan Mie-chan kan? 

*senyum malu-malu*

Wahai adik-adik (lelaki yang cute + handsome),
akak ni memang sweet sangat...
Nak no phone?

Friday, July 8, 2011

Jumaat; Penghulu hari

Walaupun hari ini hari Jumaat…

Hati yang busuk makin membusuk. Geram makin bertambah. Marah tak pernah kurang. Aneh, walaupun aku memujuk hati supaya berubah, supaya lembut tetapi sedikit pun tidak berubah sebaliknya berukar makin keras. Keras hati. Aku sedikit keliru dengan hati, adakah aku mula membenci maka aku menjadi terlalu sensitif dengan kelakuan dia. Entah mengapa tetapi aku merasakan dia seolah-olah ingin menunjuk yang dia itu wujud dan semua orang di pihaknya. Sibuk menjerit memanggil beberapa rakan sepejabat. Bercerita itu dan ini yang kononnya mengenai kerja. Aneh! Kerana selama ini aku rasa tidaklah begitu perangainya. Tapi mungkin aku yang sensitif menjadikan aku rasa dia begitu dan begini. Mungkin.

Akhirnya suaraku pecah dan sedikit menjerit aku meluahkan,
“Kecoh sial!!!”
dan tiba-tiba dia sudah tidak bersuara…

Kenapa?

Thursday, July 7, 2011

Khamis; Hati yang amarah?

Bermula dengan satu pertanyaan yang menjurus kepada hati yang terguris. Entah sejak bila aku menjadi begitu sensitif. Terasa dengan kata-kata begini,

“Saya tahu kerja saya. Tak payahlah awak nak ingatkan saya. Terima kasih.”

Aku terlalu sensitif atau tona suaranya yang mengguris hati? Petang itu aku mengadu resah pada seorang kawan, dan seorang kawan yang baik hanya berdiam diri, tidak menyimbah dengan minyak yang panas, atau menyiram dengan air yang sejuk. Sekadar mendengar. Dan sebenarnya itu yang sepatutnya kerana aku tidak memerlukan sokongan apatah lagi bantahan, aku sekadar meluahkan. Itu sahaja.

Sudah hampir tiga hari aku tidak menegurnya apatah lagi dia. Walaupun kadang-kadang aku terpandangkan dia dan hati menidakkan kewujudannya. Walaupun kadang-kadang aku mengerling dengan ekor mata, aku masih menidakkan kehadirannya. Dan dia juga mungkin sama.

Tidak pasti sampai bila. Dan hati yang jahat ini selalu sahaja mengeji dia. Selalu mengutuk dia. Selalu mencaci dia. Hanya didalam hati (er, juga di FB—kerana aku tergolong dalam golongan ‘itu’) kerana aku bimbang sekira terluah, sejuk penghawa dingin akan bertukar menjadi pendiang api. Lebih baik diam. Dan aku diam dengan caraku. Menidakkan kewujudannya. Membataskan pemandangan. Memekakkan telinga. Setakat ini itu cara aku. Dan dia mungkin sama.

Dan, anehnya, mendengar suaranya juga menjadikan aku rasa menyampah. Menjadikan aku rasa geram. Menjadikan aku marah. Sungguh teruk rasa benci ini. Wah, si bertanduk dua mungkin sedang bersorak melihat kekalahan aku pada satu sifat ini; AMARAH.


Tak tahu sampai bila. Tapi hati ini amat degil. Amat kotor. Amat jahat. Amat busuk.

Wednesday, July 6, 2011

Rabu; Hari yang sejuk

Hari ini setelah sekian lama aku terperasan waktu di taskbar komputer 4:44. Ya, setelah sekian lama! (yang menjadi kebiasaanya aku nampak ialah 11:11).

Heh, terasa ironinya seperti aku mengelap air mata masa aku menderita sakit mata dengan tisu yang aku dapat setelah menyumbang duit warna biru kepada seorang yang buta matanya.

Rasa yang begitu, yang aku tak mampu nak huraikan dengan kata-kata normal.

Apakah rasa itu?

Tuesday, July 5, 2011

Selasa; 20 JD

JD is Job Description(s)
  1. Designing and maintaining Library’s Portal (in progress)
  2. Maintaining institutional repository (in progress with Programmer)
  3. Maintaining User Profile System (internal system used by librarian only)
  4. Updating my FB status when I pissed off
  5. Maintaining library system (more on solving problem)
  6. Reading online manga whenever I get stress
  7. Cyber Café operation (To make available IT services to other divisions in the library)
  8. Ensure that media equipment are in good, functional condition and up-to-date
  9. Digitize past year exam question
  10. Designing library poster (activities, facilities, festive)
  11. Updating blog, blog walking when I need the ideas (design portal,poster etc.) 
  12. In charge in Google Talk account (new service by library)
  13. Designing festive wishes
  14. Shelve check (every morning)
  15. Writing book summary (Liaison Librarian)
  16. Library Literacy (User Education Program)
  17. Duty at Reference Desk
  18. Participate in stock taking/inventory
  19. Ensure that all objectives, services, tasks are in-line with the vision, mission, educational objectives and goals of the university
  20. Ensure that the ‘Beyond Expectation” elements are being practiced as agreed

(image from mr.google)


At the end of month I get my payment. Not a really high pay but at least I can settle my car installment, my house rent and my hand phone bill.


Now, would you please tell me dear...
Are you get envy jealous because my easy lovely relaxing task?

*heh

Monday, July 4, 2011

Isnin; Mood Baik

(perut ikan kenyang, kakiku jadi bersih, hatiku senang, Terima Kasih!)