Kadang-kadang aku berlagak.
Aku lupa yang dunia ni pinjaman semata.
Aku berlagak dengan kerja yang tak semenggah mana.
Aku berdosa.
Kau pun sama kan?
Sedar lah diri tu oiii...
Saturday, January 12, 2013
Wednesday, January 9, 2013
Tuesday, January 1, 2013
New Year 2013
Perjalanan yang jauh - From Shah Alam to Permaisuri |
Selamat tahun baru!! Alhamdulillah. 2013 dah menunjukkan mataharinya. Hari ini aku melepak di KL (rumah mak ndak). Dalam jam 10.30 am, aku melepak atas katil Nae-chan sambil belek-belek manga (komik) beliau. Tiba-tiba ada SMS masuk. Ya itu dia, message ucapan tahun baru yang berbunyi begini,
"Salam...selamat menyambut thn baru 2013..semoga tahun ini lbh baik dri thn sebelumnya..insyaallah..i doakan segala azam u thn ni akan tercapai..amin.."
Dalam hati aku hanya mampu 'amin'kan sahaja doanya. Senyum dan sedikit kecil hati. Uh, nampak sangat stock message 'send to many'. Walaupun tangan aku gedik nak reply, tapi aku kuatkan hati, keraskan tangan untuk tidak menggerakkan jejari runcing aku membalas SMS itu. Biarlah dikatakan sombong atau apa, aku tak peduli lagi. Kenapalah rajin sangat nak send SMS kat aku? Kan aku dah ter'perasan' sengsorang? *hahaha*
Aku dah tutup cerita pasal dia. Dan aku harap ini yang terakhir. Tahun ni aku nak start a new life. Aku dah pindah rumah, aku dah tutup account FB aku and now, aku sedang berkira-kira nak tukar my mobile phone number. Aku juga berkira-kira untuk berhijrah mencari tempat makan yang baru. Insya Allah...
p/s : Tahun baru,cerita baru. Kamu, sila main jauh-jauh.
Subscribe to:
Posts (Atom)