Tuesday, June 18, 2013

Peah pakai shawl!

Hari ini Peah pakai baju kurung warna merah jambu, dengan tudung merah jambu shawl lilit-lilit serta make-up paling nipis -- bedak, eyeliner, eyeshadow dan lipstick warna merah. Puas melihat wajah sendiri di cermin dia melangkah keluar rumah, yakin untuk meneruskan hidupnya sebagai biasa.

Peah, zaman muda-muda

Hari ini tudung shawl merah jambu itu labuh menutupi dada ke perutnya. Cukup untuk melindungi 'aurah' nya. Peah senyum. Hari ini dia akan jadi orang baik, orang yang sopan-santun. Bukan kah pakaian itu melambangkan diri dan mewakili keyakinan diri? Peah tekad nak kawal diri dia hari ini untuk menjadi muslimah sopan. Hari biasa pun Peah sopan tapi hari ini dia kena lebih sopan lagi.

Oh, hari ini pejabat Peah ada majlis besar. Katanya, orang besar-besar yang ada dan merasmikan majlis itu. Jadinya, Peah antara pekerja yang wajib menghadiri majlis itu untuk me'ramai'kan lagi majlis agar nampak gah dan hebat. Peah gembira, sekurang-kurangnya hari ini dia tak perlu mengadap PC lagi. Hari ini dia boleh 'berehat' seketika daripada pura-pura sibuk.

Ketika menanti kehadiran 'orang-orang-besar-besar', Peah duduk dengan sopannya diantara hampir ratusan hadirin yang ada. Mulutnya terkumat-kamit berzikir. Badannya bergerak ke kiri dan ke kanan menghayati zikir itu. Zikirnya dikuatkan, entah tanpa sedar, entah dengan sedar. Peah pandang teman di kirinya, Issabella yang asyik main game di handphone. Peah pandang kanan pula, matanya bertembung dengan Mira Idora.

Mira Idora bersuara, "Eh, kau ni... Mesti banyak pohon-pohon kau di syurga nanti kan?"

Peah kerut kening, "Maksud akak?"

"Tak lah, aku ada dengar hari tu, kalau kita selalu berzikir ada pokok-pokok yang tumbuh di syurga untuk setiap zikir kita tu." Mira Idora membalas, entah hadis sahih entah kan tidak.

"Oh, itu pun kalau saya masuk syurga la kan akak?" Balas Peah, tunduk malu.

Mira Idora pandang Peah. Tak nak masuk syurga ke budak ni? Hati Mira Idora tertanya-tanya.


Pakaian tak melambangkan darjat orang, pertuturan juga mungkin sama. TETAPI untuk ke arah kebaikan, apa salah nya berubah? Perlahan-lahan dan sedar untuk ke arah kebaikan tapi jangan bongkak. Jangan dengan ilmu agama yang sedikit itu dicanang-canang. Mengajak orang ke arah kebaikan itu perlu. Ajak, jangan paksa. Tegur, jangan marah.


#cerita itu cerita benar, nama dan watak diubah sedikit. Selamat beramal dengan semua amalan yang baik. 

Terima kasih kerana sudi baca~

Sekian, terima kasih.