Wednesday, August 21, 2013

Kerana hari ini hari Rabu.

Mio termenung panjang. Keluhan kecil terlepas tanpa sedar. Setin Nescafe Latte di teguk habis. Matanya sembab, jantungnya berdebar-debar. Entah kenapa, setiap hari Rabu kenangan lama yang kononnya indah itu bermain di mindanya.

Mio memusatkan pandangan ke arah handphone nya. Berani ke tak? Hatinya menimbang-tara.  Mio memberanikan diri,

Windu.’

Pesanan yang cukup ringkas itu di taip. Sambil memejamkan matanya, Mio menekan butang ‘Send’. Tak sampai seminit, handphone Mio berbunyi tanda menerima masuk pesanan ringkas baru. Mio membaca satu-satu ayat yang tersusun dalam pesanan itu.

Apa tu? Saya tak faham bahasa pelik-pelik ni. Guna bahasa betul boleh?


Mio terduduk, dia hanya mampu ketawa. Air matanya jatuh berderai. Mata Mio makin sembab. Mio sedar yang dia tidak layak untuk ada perasaan sebegitu untuk lelaki hebat itu. Biar sampai disini. Mio tekad, itu pesanan ringkas yang terakhir...