Friday, November 1, 2013

"Sebab mulut badan binasa."

Yang aku nak cerita ni hanyalah sebab mulut. Sebab mulut, adik beradik boleh bergaduh, kawan karib boleh jadi musuh, pekerja boleh hilang tempat cari makan, suami isteri boleh bercerai-berai dan sebagainya. Sebab mulut yang melontarkan suara yang lantang dan susunan ayat yang banyak tokok tambahnya boleh menyebabkan badan binasa tetapi yang terbinasa itu adalah orang yang di kutuk, di caci-maki, di kata-mengata. Persoalan aku ketika ini hanyalah, 'kenapa?'

Dengki? Iri hati? Dendam kesumat? Rindu dendam? Tak puas hati? Sakit hati? Hati yang busuk?

Mungkin apa yang aku senaraikan kat atas tu adalah antara penyebab mulut mahu mengata sehingga mampu membinasakan badan atau hati yang ada dalam badan orang yang dikata. Baiklah sebab ni blog aku, aku cerita pasal diri aku lah.

Kalau aku dengki atau iri hati dengan orang, aku tahu yang orang tu memang lagi baik daripada aku. Sebab tu aku dengki kat dia. Sebab tu aku tak puas hati dekat dia. Dan aku akan cuba untuk jadi macam orang tu atau kalau aku tak dapat, aku akan berundur. Aku takkan pergi serang orang tu sebab dia lebih daripada aku. Kejadah apa aku nak buat macam tu? Tapi jauh di sudut hati aku, aku rasa kecewa sebab tak dapat apa yang dia ada dan akhirnya aku putus asa dan cari benda lain yang aku boleh dengkikan lagi supaya aku perbaiki diri aku jadi lebih baik. Pelik tak? Itu namanya self-motivate aku sendiri buat. Sendiri rasa. Sendiri tanggung.

Dan disini, sebab mulut itu muncul antara dengki dengan kecewa. Dengki sebab orang lebih, kecewa sebab aku tak lebih. Dalam hidup aku, aku cuba buangkan sebab mulut tu. So, aku diam dan pandang sahaja.

Selesai.