Cerita ini berlaku pagi tadi.
Macam biasa aku masuk opis terus terpandang whiteboard
yang memang gah berdiri sebelah meja aku yang memang akan nampak jelas ketika kaki
melangkah gemalai ke meja kerjaku.
Ini yang terpampang jelas:
Kesimpulan:
Aku gelak pada mulanya. Perkataan
pertama yang keluar adalah sumpahan dan makian manja, “Mengong.”
Dan masa tu aku dah terbayang
seseorang yang biasa men’dajal’ kat whiteboard
tu. Dengan senang hati aku buat pertuduhan palsu. Ketika kaki aku kemas bersila
atas kerusi nak menikmati sarapan mulutku ringan bertanya, “Siapa yang tulis
tu?”
Dan jawapan yang aku terima agak
menyakitkan hati. Tekaan aku meleset. Jauh. Tak tersangka. Perlahan aku kunyah
bihun goreng sambil hati terdetik, “Oh…”
Dan imaginasi semakin meliar. Now, aku pandang dari sudut lain. Apa
pandangan pertama orang yang pandang whiteboard
tu?
“Jahat betul.”
“Sapa la buat ni.”
“Hahaha... Lawak lah.”
“Kesian Shaqi..”ß ini macam mustahil.
Pada pandangan 'nakal' aku pula;
“Nampak desperate pompuan ni.”
“Dah la muka macam tu. Gatal.”
“Patutlaa... tak kawen lagi.”
“Tak laku ni…”
Nampak tak telahan ‘nakal’ otak
aku ni? Sebab aku berstatus single dengan
sesedap hati, sesenang tangan, seenak rasa ‘orang’ itu buat lawak di whiteboard itu. Dan anehnya, aku TAK
pernah nak mengutuk atau bergurau sebegitu dengan dia. Dan setiap acara ‘bahan-membahan’
di weChat group aku memang elakkan.
Pada aku, aku tak suka orang kutuk aku dan kenapa aku nak kutuk orang. Kalau ‘kamu-kamu’
terbaca ini mungkin boleh check
kembali segala gurauan di weChat, banyak mana kata-kata kutukan atau ‘bahan-membahan’
atau ‘gurau-bergurau’ aku. Ada? Minta kemukakan bukti. Terima kasih.
Perkara senang. Aku memang boleh
dibawa bergurau. Serius bergurau. Aku pun kadang-kadang kaki ‘membahan’. Terima seadanya
apabila kena ‘bahan’ tapi apabila ‘orang’ yang pantang dirinya di ‘cuit’ ‘mencuit’
pula aku yang tak pernah ‘cuit’ dia aku mula merasakan ketidak-adilan disitu.
Tambahan pula aku hanya membaca tanpa membalas atau menyertai setiap perbualan
di weChat group yang mana setiap
gurauan daripada ‘mereka’ dibalas ‘dia’ dengan ayat pedih dan penuh ke’sentap’an
yang luar biasa yang menampakkan betapa ‘dia’ tak boleh di bawa bergurau.
Ini pendapat aku;
Aku tidak ganggu hidup kamu. Malah
aku tidak pernah mempedulikan kamu sebenarnya. Kamu tidak meminta maaf dan mustahil aku
memaafkan kamu. Maaf perlu dipinta bukan diberi percuma. Doa orang teraniaya
biasanya di dengar Allah taala. Dan aku kira aku tergolong dalam golongan orang teraniaya. Dan juga jangan tanya apa doaku kerana sekarang aku benar-benar rasa teraniaya.
Tepuk dada tanya hati. Mungkin hati kamu terlalu suci hingga segalanya boleh di bawa bergurau tanpa batasan?
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.