Friday, March 1, 2019

Trip ke Langkawi

Assalamualaikum..

Pada bulan yang lepas, kami sekeluarga telah melawat ke Langkawi. Ini adalah percutian budget pertama kami.

Sabtu

8.30 AM
Flight dari KLIA2 jam 10AM. Kami dah sampai awal lebih kurang 8.30 AM. Dah drop babah Mia & Mia kat airport, ibu pergi parking kereta kat office. Dah cantik parking dan gerak ke KLIA2, baru perasan beg sandang tertinggal dalam kereta. Apa lagi patah la balik office. Nasib baik buggy ber operasi dengan jayanya. Kalau tak mahu ibu jadi ratu pecut negara. Babah dan Mia dah check-in 2 baggage (1 besar & 1 sederhana). Sebab perasan masa print Boarding Pass (BP) daripada web check-in macam tak cantik, kami re-print BP kat kiosk.

Tips: kiosk check-in bukak 1 jam sebelum departure time for domestic flight. After that, please print your BP at counter (mungkin ada charges).

11.00 AM
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Aiport LGK. Bila nak collect baggage kami perasan beg dah wrapped. Rupa-rupanya beg besar sudah pecah. Nasib baik barang tak berterabur... Babah Mia dah nak cepat-cepat sebab kami dah tempah kereta sewa. Tapi kami cuba je nasib tanya kaunter AirAsia. Alhamdulillah, senang je process dia. Tunjuk beg, Ground Staff (GS) check kerosakan and dia tanya setuju tak dia bayar sekian-sekian. Kami tak ambil insurance bag, so angaran nilai dia tak banyak sangat tapi cukuplah nak ganti satu beg besar tu. Setuju je lah. Dapat jugak daripada tak ada apa-apa. Beg yang satu lagi pun pecah jugak tapi tak teruk sangat.

Tips: Apa-apa kerosakan beg pergi check kat kaunter AirAsia. GS pon baik dan bersopan. Tak payah nak viral sangat. Dia nak ganti, ambil je lah. I am so proud as an All Star (tetiba).

12.30 PM
Kereta sewa memang dah tunggu kat depan airport. Kami nak sewa Vios, tetiba yang sampai adalah Chevolet. Yang penting harga sewa sama. I like~ Makanya voom-vroom la kita. Ibu jakun nak merasa kereta omputeh, babah pun bagi chance ibu drive. Ok la~ Maka berpandukan waze, kami cari makan dulu. Dengar cerita, Laksa Penang kat area airport tu sedap, maka tujulah kami ke sana. Makan laksa tepi pantai memang lain macam rasanya. Bye diet.

Tips: Masuk kedai makan yang banyak customer, maka rasanya lagi sedap. Hahahaha..

1.20 PM
Berpandukan waze lagi kami terus menuju ke Zilla de Villa. Check in patutnya jam 3.00 PM, tapi memang tak ada orang dan bilik dah ready, kami dapat masuk awal. Bilik memang luas, harga berpatutan. Kami letak bag, solat dan rehat jap kemudian ke destinasi seterusnya.

Tips: Tempah bilik melalui online (traveloka, trivago etc.). Tempah awal dapat harga murah. Tambahan lagi kami bercuti bukan musim cuti, makanya hotel, rest house etc memang dapat harga murah.

Ok. Malas dah nak taip panjang-panjang.