Showing posts with label bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Luahan yang terungkap



“Mi, penat ah keje ngan orang.” Tanpa sedar aku luahkan pada Mie-chan. Terlupa seketika Mie-chan juga orang.

“Semua keje pun melibatkan orang.” Balas Mie-chan.

Programmer? Dia main coding je. Nak marah-marah pun marah kat diri sendiri bila tak dapat run program.” Aku menjawab.

“Eh, mana ada, programmer pun kena deal ngan orang jugak. Mestilah nak tanya client nak macam mana.” Mie-chan membalas -- tepat dan padu.

Oh, kali ini bukan hal programmer yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita ialah hal KERJA YANG MELIBATKAN ORANG. Seringkali aku mengingatkan diri sendiri, jangan banyak komplen dalam buat kerja. Buat je, dah nama pun aku makan gaji. Tapi dalam nak ingatkan diri sendiri tu, aku masih tewas, masih merasa tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara yang melibatkan kerja aku tentunya.

Ya, aku tahu, kerja aku tak banyak macam mereka yang lain tapi kerja yang tak banyak tu aku kena siapkan juga. Dalam hidup ni mungkin mereka tak tahu perkara ini - CUBA. Cuba lihat dan cuba selesaikan dahulu masalah itu jika mampu diselesaikan. Cuba tengok dulu. Cuba settle kan sendiri dulu. Aku sedar, sumpah aku sedar, kerja aku makan gaji ni mudah tapi kalau benda mudah sangat sampai nak aku plugkan PC sebab PC tak ON yang dikatakan rosak memanglah aku rasa pelik dan geram.

Salah aku juga apabila aku percaya bulat-bulat dengan masalah yang tiba-tiba ada, tanpa usul periksa dan siasat (eceh, macam polis dah ni) aku pergi mereport terus masalah kepada pihak yang berwajib. Malulah aku apabila masalah yang tak besar sebenarnya aku besar-besarkan. Siap aku senaraikan masalah yang sebenarnya tak banyak itu dengan berjela-jela panjangnya lagi.

Ya, aku amat emosional sangat sekarang. Aku akui. Dan aku rasa nak komplen pada orang yang suka komplen tapi tak check dulu atau siasat atau usul periksa dulu perkara yang mereka nak komplen. Dan sekarang aku menyesal aku komplen sebelum aku CUBA lihat masalah-masalah yang telah dikomplenkan kepada aku. Sangat menyesal dan malu juga!



Nota tambahan:
Paling aku sakit hati, apabila aku menerangkan sesuatu, orang hanya menjawab, “Hmm..” “Ya…” “Tahu…” tanpa memandang aku dan sebenarnya yang dia Hmm…kan, Ya…kan, Tahu…kan tak memberi kesan langsung dalam hati dia. Rasa macam nak beri sepakan percuma. Ada baiknya aku bercakap dengan lembu yang sedang mengunyah rumput dan berak serentak. Jadinya aku faham yang dia tak faham yang aku cuba fahamkan dia. -- Sebab tu bila aku bercakap dengan orang, aku mahu orang pandang aku supaya aku sedar aku cakap dengan orang bukan dengan lembu! Lembu itu, maksud aku. Lembu yang sedang mengunyah rumput dan berak serentak itu.

Akhir kata daripada aku, "Acu, cuba, try, test, tengok dulu..." Terima kasih sebab sudi baca. Jasamu ku kenang, namamu ku julang. 


Sekian laporan sesudah balik kerja dengan penuh perasaan tensi!


Wednesday, May 9, 2012

Dalam opis yang sejuk!

wargh

rarw




"RaRw" = "I Love You"

"WaRgh" = "I Miss You"

Arghhhh... Ini adalah hasilnya apabila kerja aku tak siap-siap lagi dan aku masih termenung depan PC di waktu pejabat (office hour).

Aku makan gaji buta...

Wednesday, January 25, 2012

Ingatkan Aku

Ada suara kedengaran,
sayup dan jauh
tapi masih kedengaran.
Suara itu mengata.

Katanya,
"Kau lupa diri."
Katanya,
"Kau tak berpijak di bumi nyata."
Katanya,
"Kau begitu, kau begini."

Ya.
Memang aku begini,
dah lama aku begitu.
Memang aku terapung,
aku terlupa diri boleh berpijak di bumi nyata.

Jadi,
kamu mahu bagaimana?
Bosan dengan aku
atau bosan tanpa aku?

Kata 'dia', "Gatal tak payah buat. Tengok muka pun dah tahu."
 
*Seronok jatuh hukum, tapi lupa pula nak nilai diri sendiri*

Monday, October 17, 2011

Wilayahku!

-Terbang dengan bebas di wilayah aku sendiri-





Sunday, October 16, 2011

Malu



Gadis hulur tangan,
mulut menyapa, "Hi".
Jejaka hanya tersenyum,
membalas "Hi" juga.
Gadis malu-malu,
pipi dah tukar warna.
Huluran tak bersambut
ah bukan,
cuma angin yang sambut.
Jejaka masih senyum
"Maaf, kita bukan muhrim."
Gadis itu tunduk
tersangat malu.



*calon pilihan*

Friday, July 22, 2011

Coklat; warna sunyi

Suatu hari, petang.

Terasa sunyi hari. Sepi. Pantas pintu almari dibuka. Sempat capai sepasang baju lengkap. Penuh perasaan sumbatkan baju dalam beg sandang kecil. Kunci kereta disambar kasar. Perlahan-lahan menuruni tangga. Ketika sampai di muka pintu depan, terhenti seketika.

'Aku mahu kemana?' Hati bertanya, sendiri.

Perlahan-lahan berpatah balik memanjat tangga. Masuk bilik dan kunci pintu. Lagu Nihon-go dipasang kuat-kuat. Biarkan bunyi-bunyi itu menghalau sunyi walaupun tidak pernah difahami apa bicara lagu itu...

Dan hari itu berwarna coklat!

Saturday, July 9, 2011

Sabtu; Hari memBERSIH?

Ketika Sabtu muncul, aku masih tak dapat lelapkan mata...

Hari Sabtu aku memBERSIHkan kereta dengan Mie-chan depan rumah. Mie-chan basuh kete dia, aku tenyeh kete aku. Wah, akhirnya Mr. Ultraman ku menjadi sangat BERSIH. Yay!!

Kunci Mr.Ulltraman
Petang dalam jam 3.00 pm aku dan Mie-chan ke tengah Shah Alam. Main make-up free kat Guardian. Hahaha... Lepas tu, Mie-chan dengar aku menyanyi kat karaoke jamban. Walaupun muka beliau tension, aku bantai je nyanyi 12 lagu... Kesian dia, aku nak lepas tension, dia lak tension dengan aku...

Dah habis menyumbangkan suara, aku beratur lah beli ice cream Mekdi. So, sekarang tangan aku dah penuh dengan wallet and ice cream. Then, masa kami menapak ke SACC nak balik, ada seorang daripada sekumpulan budak kecik lelaki tegur,

"Sweetnye..."

Aku rasa dia cakap kat aku kot... Takkan Mie-chan kan? 

*senyum malu-malu*

Wahai adik-adik (lelaki yang cute + handsome),
akak ni memang sweet sangat...
Nak no phone?

Saturday, November 6, 2010

Deepavali


Okey... Tahun ni, aku create kad ni:


Pada hari cuti berkenaan, aku tidur dengan jayanya, layan movie, melepak-lepak, YM, chat FB dan... aku masak bubur juga. Bubur ayam. Hahaha... Aku masih meyakinkan Kak Ema yang aku masak tu bubur walaupun beliau kata aku masak nasi!

Hahaha... Sesapa yang sudi nak rasa bubur ayam aku sila email aku ye. Hahaha... Nantiku post kan...

Bosan weh!