![]() |
| Menara Condong Teluk Intan, 2014 |
Showing posts with label tempat. Show all posts
Showing posts with label tempat. Show all posts
Tuesday, September 2, 2014
Thursday, February 20, 2014
Somban most wanted, yaw!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Warning. Ini entry yang agak panjang dan agak gedik.
CNY dah lama berakhir tapi aku still semangat nak update 'kenangan' masa bercuti itu. Sebenarnya masa cuti CNY aku yang lama sangat tu, kami - satu family menghadiri kenduri di Seremban. Bapa saudara babah aku punya anak perempuan kahwin. Sepupu babah aku kahwin. Sepupu babah aku tu sama umur dengan aku. Hahaha.. Ok.. Cerita dia, dah berada di Seremban tu, apalagi.. Gunalah semua kesempatan yang ada. Inilah masanya nak 'kenal'kan Mr.Typo kepada family tercinta. So, dari Bahau, my Mr.Typo datanglah ke Seremban.
Dia bawak maknya. Mula-mula, aku cuma cadangkan dia jumpa parents aku dulu, lepas tu baru aku jumpa parents dia tapi entah macam mana selepas berbincang, ber-nervous tak tentu pasal, parents kami pun sama-sama bersetuju nak jumpa. So pendek cerita, jumpalah.. Lega.. Walaupun itu hanya perjumpaan tak rasmi, tak ada apa-apa cuma perjumpaan biasa, aku tetap happy. Ye lah, parents aku kenal dia dan mak dia. Dia dan mak dia kenal family aku. Si budak busuk dan isterinya pun ada sama. Jumpalah akhirnya adik aku tu dengan Mr.Typo yang dia nak sangat jumpa tu... Hahaha...
Conclusion dia, positif. Alhamdulillah... Family aku boleh terima dia dan dia cakap mak dia pun sama, boleh terima aku...
Okay, dua minggu kemudian,
Sekali lagi aku ke Seremban. Kali ini aku
Dah sampai di Seremban, ambil phone dia kat Samsung Center tu dan kami terus ke Ulu Bendul. Tengok je air terjun tu dan sempatlah snap sekeping dua gambar.
![]() |
| Nampak tak tablet yang hebat sangat tu - main camera Lenovo |
![]() |
| Senyum - front camera Lenovo |
Lepas tu kami ke mall apa entah namanya kat Seremban 2. Sesudah solat zuhur, Mr.Typo cakap dia nampak ada saloon tepi surau tu. Sebab dia asyik tak puas hati dengan pesen rambut panjang dia tu, padahal aku tengok okay je rambut belah tengah dia tu, aku tanya dia nak potong ke tak. Sudahnya kami melangkah dengan gembira ke saloon tu. Sambil tunggu dia potong rambut, sempat lagi selfie dan ambil gambar dia banyak-banyak. Tapi... Gambar tu banyak dalam phone dia sebab masa tu aku yang pegang phone dia tu.
![]() |
| Nak rambut macam Farid Kamil katanye - front camera Acer saya |
The best part about him adalah dia tak kisah pun aku nak main handset dia. Slumber je dia bagi aku reply text kawan dia sebab dia drive. Rasa nak men-dajal je dengan phone dia tu, tapi aku rasa macam melampau pula. Lepas potong rambut kami makan kat Pizza. Sesudah makan kami pusing-pusing mall cari seluar jeans dia. Dah gaduh-gaduh manja gituw *ini gedik*, akhirnya dia beli juga sehelai jeans warna biru muda. Kemudian kami pulang sesudah solat asar setelah berjanji akan berjumpa next 2 weeks. (T.T)
Wednesday, October 10, 2012
'Dari jauh ko nampak kecik'
Pagi tadi aku dan Mie-chan ke U-Cafe untuk membeli bekalan breakfast aku. Macam biasa, aku beratur nak order air. Mie-chan duduk agak jauh daripada aku tapi masih boleh nampak aku di kaunter air. Sesudah membeli air Nescafe-yang-sedap-sangat-tu, aku dan Mi-chan menapak ke office.
Mie-chan : Kau nampak kecik dari jauh lah, Shaqi.
Aku : Oh ya ke. *senyum*
Mie-chan : Dari jauh la.
Aku : Apa pulak, memang dah kecik kan?
Mie-chan : Tak, dari jauh je kau nampak kecik.
Aku : Cuba kau buang dari jauh tu. Just cakap aku kecik je. Hahaha...
Mie-chan : Kau nampak kecik... Dari jauh. *senyum*
Aku : Em. Ya la tu.. *balas senyum Mie-chan*
Mie-chan : Dari jauh kau nampak kecik. *masih ulang ayat sama*
Aku : Mi, kalau gajah pun, dari jauh nampak kecik.
Mie-chan : ... *kontrol gelak*
Aku : ... *senyum*
At least hari ini aku nampak 'kecil' dari jauh... Hahaha...
Tuesday, September 18, 2012
Guitar Sekeng heng
Suatu hari di tempat second hand yang agak tekenal di Malaysia...
![]() |
| Beginilah lebih kurang. *gambar pinjam Pakcik Google* |
Mata aku tertancap pada sebuah guitar warna biru yang dah faded. Masa tu hati aku dah berdebar-debar rasanya macam dah jatuh cinta. Aku pun dengan pantas memeluk gitar itu dan start petik gitar. Sambil berangan-angan aku jadi Yunalis nombor 2, aku menyanyi-menyanyi. Di sebabkan aku tak tak ada basic langsung main gitar, so bunyi yang terhasil memang la sangat "merdu".
Dengan hati berbunga-bunga berbekalkan cash dalam poket RM 80++, aku dengan berani tanya brother tukang jual tu,
Dengan hati berbunga-bunga berbekalkan cash dalam poket RM 80++, aku dengan berani tanya brother tukang jual tu,
"Bro, ni berapa?"
Brother tu pandang aku sambil senyum,
"Dua lapan."
"Dua lapan."
Yes. Gila murah! Mata aku bersinar-sinar. Aku dah bayang lepas ni anak pakcik Latiff dan anak pakcik Tasneem dah tak boleh cari makan. Aku pun terus belek-belek guitar tu. Oh, ada controller kat tepinya. Bukan gitar kapuk biasa.
"Boleh sambung letrik tu, dik." Brother tu sambung lagi.
Aku angguk je. Dalam otak aku dah terbayang lepas ni aku kena cari amplifier pula. Kebetulan lagi mata aku tertancap kat sebuah amplifier lama di satu sudut lain. Abah kat sebelah setia aku melayan aku.
"Berapa harga?" Abah tanya aku.
"Dua puluh lapan." Aku jawab.
"Murah la tu. Ayong nak ke?" Tanya abah.
Aku senyum. Angguk-angguk..
"Ni berapa boleh kurang, tokey?" Aku masih cuba kot-kot dapat harga lagi murah.
"Bagi kurang dua setengah lah..." Tiba-tiba seorang yang lain menyahut. (Aku syak dia lah taukeh kedai tu.)
"Oh, dua setengah..." Aku angguk-angguk. Otak aku pun mem-process dengan baik punya.
Dua = 2
Setengah = 50
RM250
Setengah = 50
RM250
*bunyi cengkerik*
"Ooo.. Rupanya, dua lapan tu dua lapan kosong..." Aku angguk-angguk kecewa.
"Kosong... Kosong..." Kedengaran suara akak sepupuku menyanyi-nyanyi lagu anak pakcik Latif kat belakang aku.
Dengan penuh kecewa, aku melangkah keluar daripada kedai itu dan mengajak semua pihak terlibat pulang ke rumah sambil lagu Kosong oleh Najwa Latif terngiang-ngiang di telinga. Uh, nampaknya anak pakcik Latif dan anak pakcik Tasneem masih boleh terus berkarya...
Dengan penuh kecewa, aku melangkah keluar daripada kedai itu dan mengajak semua pihak terlibat pulang ke rumah sambil lagu Kosong oleh Najwa Latif terngiang-ngiang di telinga. Uh, nampaknya anak pakcik Latif dan anak pakcik Tasneem masih boleh terus berkarya...
Sekian daripada saya. Terimaaa Kaseeyyyyyyy...
Thursday, April 5, 2012
InfoHunt di sekolah
| Nas & Kak Wiwin |
| Nas kontrol senyum |
![]() |
| Mi-chan & Kak Wiwin |
![]() |
| Mi-chan showing 'L'? |
Dah lama rasanya aku tak menjejak kaki ke sekolah... *Tiba-tiba tacing* Kali ini kami (MSU & PTPL LRC) ke sekolah di Klang (Sorry, tak boleh nak mention nama school sebab ini work related.) untuk pencarian peserta tahunan InfoHunt 2012 akan datang. InfoHunt adalah salah satu acara tahunan pihak library (MSU & PTPL) dimana sekolah-sekolah akan menghantar wakil dan bertanding sesama mereka untuk menang hadiah sekaligus mendapat pengetahuan am mengenai MSU & PTPL dan juga kekal sihat.
Okey sebenarnya cuma nak share dekat sini, bahawa masa aku jalan-jalan dalam area sekolah tersebut, kenangan lama masa sekolah dulu-dulu (macam lama sangat) tebayang di minda. *cewah* Sedikit rasa sayu, teruja, rindu, gembira dan sebagainya menjadi satu. Rasa yang tak boleh di gambarkan dengan kata-kata. *sigh
Mungkin lepas ni aku akan join lagi pergi sekolah-sekolah dan mungkin juga tidak bergantung kepada pelawaan orang atau keinginan aku sendiri nak join ke tak nanti. Kita tengok lah nanti...
P/s: Akak-akak kat LRC PTPL cakap saya dah kurus... *blushing*
Sunday, February 12, 2012
Pelancong Malaysia
| Di sinilah tempat kejadian |
Hari ini, setelah lama merancang aku berjaya membuat lawatan ke Stesen Komuter Kuala Lumpur. Jam 11.10am aku dan Mie-chan naik Komuter di Stesen Batu Tiga. Masa mula-mula sampai, aku dan Mie-chan mati kutu nak ke mana. Lantas, kami memaksa kaki buat-buat familiar dengan arah tujuan kami. Dengan beraninya kami berada di kawasan pertemuan Bangladeshi-Bangladeshi yang keluar pada hari cuti. Masa lalu sebelah diorang, aku dan Mie-chan saling berpandang-pandangan.
"Macam bukan dalam Malaysia dah kita ni." Aku bisik kat Mie-chan.
Mie-chan tunduk angguk perlahan-perlahan, takutlah tu aBangLa dengar perbualan tak seberapa itu.
Tiba-tiba kami sampai ke France eh silap, Central Market, Kuala Lumpur, Malaysia. Begitu ramai orang-orang 'Bonjour' dihadapan Central Market menyebabkan aku dan Mie-chan confuse sama ada kami di Malaysia atau France. Namun cuaca yang panas dan mentari menyinar memancarkan cahayanya meyakinkan kami masih di Malaysia.
Okey, selepas makan di Food Court (kot) dan solat Zuhur di CM, kami meneruskan perjalanan sebagai pelancong dan mengambil banyak gambar.
Oh lupa nak beritahu, hari ini kami menjadi pelancong. Tujuan sebenar adalah untuk bergambar di Stesen Kuala Lumpur (banggunan KTM). Ini kerana aku sangat-sangat tertarik dengan banggunan yang cantik dan nampak antik itu. Sempat lah snap gambar kat depan banggunan KTM setelah berusaha keras berjalan-jalan dan hampir-hampir kena marah dengan encik petugas KTM. Tapi biasalah, kami kan pelancong?
| Banggunan KTM |
Oh, by the way, gambarnya tak dapat nak disiarkan sangat sebab saya seorang pemalu. Dan hampir setiap gambar ada muka saya dan Mie-chan. So gambar-gambar yang ada hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.
Next station is...
Well, we will see later... Hahaha...
tentang:
tempat
Saturday, February 4, 2012
Saturday, December 17, 2011
The (K)night
| Serenity Garden “And so I am waiting for a knight of the night to save me from the loneliness!” SACC Convect Center, Shah Alam |
Thursday, December 1, 2011
Saturday, October 15, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)















