Showing posts with label encik itu. Show all posts
Showing posts with label encik itu. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Saya janji?

Hey awak,

Awak share dengan saya ; don't promise me foreverRealiti Konspirasi. Mula-mula saya tengok kartun tu macam comel je. Tapi sebenarnya saya memang pernah follow blog tu cuma owner nya dah lama tak update so blognya itu saya lupakan. Masa saya baca tu, saya bayangkan awak yang 'cakap' macam tu kat saya. Perasan tak saya? Nak buek camno, den ni dah suko bona kat ekau. Hahaha. Bila awak dah warning saya siap-siap macam tu, takkan lah saya tak terasa yang awak macam suka saya juga kan? Okay. Enough perasan sengsorang.

Petang tadi masa saya melepak dengan adik saya dan wife dia, awak dan dia text saya serentak. Terkojut makcik. Saya rasa saya dah get over dengan encik itu. Saya rasa macam satu perasaan biasa bila reply text dia tu. Tak rasa sedih atau teruja macam biasa. So sekarang saya hanya ada awak je, Mr.Typo. Terima kasih sebab awak ada. Sekurang-kurangnya saya sedar, perasaan saya pada dia hanyalah ciptaan rasa kekosongan dalam hati saya. Gila tak? Walaupun awak tak terus terang perasaan sebenar awak pada saya, tapi saya rasa macam ada 'sesuatu' antara kita.

Mustahil untuk saya janji saya akan sayang awak selamanya. Tetapi kalau sudah jodoh kita, memang pasti saya akan sayangkan awak selamanya. Saya tak janji. Tapi saya pasti. Awak, terima kasih sebab layan saya dengan baik. Saya tahu, suatu masa nanti awak mungkin akan jadi sangat sibuk, tapi saya harap sangat, masa tu saya memang dah ada dalam hati awak dan awak sayang saya macam saya sayang awak. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.

My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

To Encik itu:
The heart which used to beat only for you until yesterday might turn towards someone else today. Thank you for the memories.

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Tinggal

Walau kemana kau pergi,
akan kuturuti
ke arah jalan pilihanmu.
Beritahuku arahnya
aku dalam perjalanan yang sama
kerana tak dapat kubayangkan kau jauh disana.

Dan aku tahu, kau pergi untuk kehidupan yang lebih baik,
Aku harap kau temuinya untuk cubaan pertama itu.
Walaupun perpisahan ini menyakitkan,
kau harus pergi.
Aku juga akan bersedih
jika langkahmu terhenti di tengah jalan.

Jadi, selamat tinggal.
Seseorang akan merinduimu.
Selamat tinggal,
seseorang akan berharap kau disini.
Seseorang itu ialah aku.

Akan aku ceritakan apa yang berlaku disini,
tetapi ceritanya adalah cerita ulangan yang sama.
Jika kau sudi mendengarnya,
akan aku ceritakan tentang kisah yang jauh berbatu darimu.
Tapi, aku tahu...







Farewell - Rihanna
Lagu ini aku pasang beratus kali dan wajahnya juga yang jadi watak utama cerita lagu ini.

Mahu.Lupakan.Kamu.Tolong.Jangan.Muncul.Dalam.Mimpi.Aku.Lagi.

Tuesday, January 1, 2013

New Year 2013

Perjalanan yang jauh - From Shah Alam to Permaisuri


Selamat tahun baru!! Alhamdulillah. 2013 dah menunjukkan mataharinya. Hari ini aku melepak di KL (rumah mak ndak). Dalam jam 10.30 am, aku melepak atas katil Nae-chan sambil belek-belek manga (komik) beliau. Tiba-tiba ada SMS masuk. Ya itu dia, message ucapan tahun baru yang berbunyi begini,

"Salam...selamat menyambut thn baru 2013..semoga tahun ini lbh baik dri thn sebelumnya..insyaallah..i doakan segala azam u thn ni akan tercapai..amin.."

Dalam hati aku hanya mampu 'amin'kan sahaja doanya. Senyum dan sedikit kecil hati. Uh, nampak sangat stock message 'send to many'. Walaupun tangan aku gedik nak reply, tapi aku kuatkan hati, keraskan tangan untuk tidak menggerakkan jejari runcing aku membalas SMS itu. Biarlah dikatakan sombong atau apa, aku tak peduli lagi. Kenapalah rajin sangat nak send SMS kat aku? Kan aku dah ter'perasan' sengsorang? *hahaha*

Aku dah tutup cerita pasal dia. Dan aku harap ini yang terakhir. Tahun ni aku nak start a new life. Aku dah pindah rumah, aku dah tutup account FB aku and now, aku sedang berkira-kira nak tukar my mobile phone number. Aku juga  berkira-kira untuk berhijrah mencari tempat makan yang baru. Insya Allah...



p/s : Tahun baru,cerita baru. Kamu, sila main jauh-jauh.

Friday, November 23, 2012

I will forget you

I will move out and move on.
I will deactivate my Facebook account.
I will change my phone number.

I will forget about you.

I'm okay. I know, I'm gonna be OK...



(T.T)


... And you will never can find me.
Slowly but surely...
FIN.

Monday, October 8, 2012

Taruhan hati

senyum walau kalah


Saya 'bertaruh' dan saya kalah.
Saya rasa malu dan kecewa.
Saya sangka kamu orang yang saya nanti
tapi sayang,
saya bukan orang yang kamu cari.

Saya akan lupakan kamu.
Tak tahu berapa lama,
tapi kalau ada yang berani mengetuk pintu hati
memberi salam,
wajah kamu, nama kamu
dan
senyuman kamu
akan perlahan-lahan hilang
lenyap dek masa yang mendatang.




"The heart which used to beat only for you until yesterday might turn towards someone else today."

Saturday, September 29, 2012

Give up. Should I?

Dah lebih 5 hari...
Dia tak menghantar pesanan ringkas. Telefon pun tidak. Mungkin dia sibuk dan mungkin dia dah lupakan saya. Perlahan saya pujuk hati,
'Tak mengapalah, orang tak sudi. Takkan nak paksa orang suka kamu sedangkan kamu sendiri tak boleh suka semua orang...'

Aku mahu lihat tinggi mana ego nya.
Dan tanpa sedar aku sedang menelan ego ku sendiri.

Egoist!






I miss you but...
this is not love
or it is?


Friday, September 14, 2012

Because I Miss You

Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days

Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you

Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?

Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it
I love you



Taken from here.

Thursday, September 13, 2012

Rindu


Pedih.
Sedih.
Pilu.
Malu.

Dan

Rindu.

Encik itu mungkin tak tahu.
Kerana dia, aku ini sudah rasa takut.
Kerana dia, aku dah jadi tak menentu.

Ini c i n t a kah?




p/s : Aku tak tahu!


Rasa rindu pada yang tak tahu memang perit sehingga rasa nak menjerit.
*hahaha*

Sunday, September 9, 2012

Encik itu


Tak tahu sampai bila atau sampai mana
tetapi
jantung ini dah pandai berdegup kencang
bila namanya muncul dalam hati.


… dan apabila lagu cinta berkumandang,
dalam hati ini, wajahnya yang terpampang.






Saya rasa saya dah jumpa awak,
tapi

saya takut kalau awak bukan orang yang saya nanti
atau
saya bukan orang yang awak cari.