Showing posts with label degil. Show all posts
Showing posts with label degil. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Cuti Tahun Baru Cina

Hello journalist,

CNY dah makin hampir. Macam biasa, tiap-tiap tahun aku akan cuba balik rumah sempena raya cina. Nak makan besar katanya. Hahaha... So, tahun ini aku balik awal sedikit. Since Puan Boss dah approve cuti, aku dengan jayanya bercuti panjang kali ini. Malam ini aku bakal naik bas. Walaupun aku punya keberanian nak drive sengsorang ke Terengganu tapi pesanan ayahanda tercinta yang melarang keras drive sengsorang menjadikan aku pasrah masa beli tiket bas tu.

Before aku bercuti ni, IT department hantar email ni:


Memandangkan PC opis ni macam harta sendiri, ada beberapa perisian haram illegal yang aku install, tak termasuk lagi lagu-lagu jiwang dan gambar-gambar yang macam-macam dalam PC ni. So, aku back up la semuanya hari ini. Aku harap sangat husband Mi-chan yang akan inspect PC aku tahun ni so ada harapan PC aku selamat. Fuhh..

Sebenarnya aku tak kisah pun kalau PC aku ni kena format ke apa, masalahnya RAM - 2G yang aku culik rembat daripada PC student hari tu mesti diorang dapat detect punya.

Ya Allah, lembutkanlah hati IT technician yang 'bersihkan' PC aku ini... Aminn..

Dan sebelum aku bercuti panjang ini, aku tinggalkan PC ku ber-wallpaper kan ini :

Get the joke?

Aku harap mereka faham joke aku itu. Harap-harap mereka tak tension dengan PC aku yang sopan itu.

Terima kasih kerana sudi baca. Ok. Baiii...

P/s: Macam pelik pulak tak cerita pasal Mr.Typo.

Awak, jangan rindu saya ye..
 *nak jugak kan?* Hahaha..

Wednesday, August 21, 2013

Kerana hari ini hari Rabu.

Mio termenung panjang. Keluhan kecil terlepas tanpa sedar. Setin Nescafe Latte di teguk habis. Matanya sembab, jantungnya berdebar-debar. Entah kenapa, setiap hari Rabu kenangan lama yang kononnya indah itu bermain di mindanya.

Mio memusatkan pandangan ke arah handphone nya. Berani ke tak? Hatinya menimbang-tara.  Mio memberanikan diri,

‘Windu.’

Pesanan yang cukup ringkas itu di taip. Sambil memejamkan matanya, Mio menekan butang ‘Send’. Tak sampai seminit, handphone Mio berbunyi tanda menerima masuk pesanan ringkas baru. Mio membaca satu-satu ayat yang tersusun dalam pesanan itu.

‘Apa tu? Saya tak faham bahasa pelik-pelik ni. Guna bahasa betul boleh?’


Mio terduduk, dia hanya mampu ketawa. Air matanya jatuh berderai. Mata Mio makin sembab. Mio sedar yang dia tidak layak untuk ada perasaan sebegitu untuk lelaki hebat itu. Biar sampai disini. Mio tekad, itu pesanan ringkas yang terakhir...

Thursday, March 17, 2011

Tanya sebelum makan (Part 2)

Ketika pulang dari toilet, aku menghadap Mie-chan. Menceritakan yang aku dah ter-makan tart coklat.

"Eh, rezki tu." Mie-chan mencadangkan.

Aku hanya senyum.

Dan petang itu, tetiba akak tu tanya. "Kenapa tak makan? Tak suka ke?"

Aku diam.

"Kecik ati akak tau." Dia sambung.

Otak 'bijak' aku cari alasan. "Maijura ngan Ijati shuker, sho shaye bagi je lah." ces, sejak bila aku pelat ni?

"Jangan peduli sangat dengan Maijura tu." Akak tu melawak.

Aku tarik nafas lega. Case closed!

Maaf kakak. Saya kadang-kadang failed bab-bab ambil hati orang ni. Saya juga tak sengaja. Bukan tak suka, tapi saya tak boleh. Tekak saya ni tetiba me-reject 'makanan' tersebut.

I'm sorry.
I'm sorry.
I'm sorry.



Sekarang baru aku sedar, dalam nak puaskan hati sendiri,
dalam nak ikut ego sendiri, ada hati yang terasa.
Err, yang MUNGKIN terasa.

Sorry, sorry, sorry, my bad!
but
I'm not regret it!
*heh

Wednesday, March 16, 2011

Tanya sebelum makan

Tengah syok mengadap computer, tetiba seorang akak menghulurkan seketul tart. Nampak sedap, tanpa berlengah aku ucap terima kasih.

Satu gigitan. Aku stop. Coklat.

"Akak, ni akak beli ke?" Tanyaku, betul-betul nak tahu.

"Tak ni kakak si eM yang bagi." Akak tu jawab slumber.

"Owh. Toilet jap." Tetiba aku buat announcement kat satu alam.

Dalam toilet aku berkumur-berkumur. Tersengih depan cermin.

"Mirror, mirror on the wall, who is the most worst girl in this world?"

Aku pandang cermin lama-lama. Penuh harapan. Ye, wajah dihadapanku tersegih.
Eh, aku senyum dia senyum balik padaku.


Aku masuk office. Menawarkan tart itu kepada Maijura dan Ijati.


Heh. Bagitahu aku, aku adalah tak guna.
Bagitahu aku, aku sangat teruk.
Bagitahu aku, kat mana nak beli tart coklat?