Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Provoke vs Sarcasm

Haih~

Lately ni aku rasa perasaan marah dan kurang sopan aku di tahap kritikal. Honestly, aku memang sangat suka sarcasm dan perlahan-lahan aku rasa ia dah bertukar menjadi provoke.

Sebenarnya ada perbezaan provoke dan sarcasm ni. Akan tetapi kedua-dua ini (pada pandangan aku) sebenarnya tidak sihat untuk mentality dan hati. Seperti penyakit hati. Maksud provoke dalam bahasa melayu ialah mendatangkan kemarahan (sesorang atau sesuatu) terhadap sesuatu perkara dengan niat sengaja (english translation) manakala sarcasm pula bermaksud menggunakan perkataan atau ayat yang berbeza atau berlawanan atau berlapik daripada apa yang sebenar dimaksudkan untuk menyakitkan hati lawan (atau kawan - biasanya niat bergurau)  (english translation).

Sometimes, bila kita menjadi sarcasm, kita merasakan kita hebat, kita lagi memahami daripada orang lain dan orang lain semua bodoh (ini daripada pengalaman sendiri sebab aku memang suka sangat menggunakan sarcasm). Sebab itulah aku cakap ini adalah penyakit hati. Sebenarnya sacrasm akan buatkan kita rasa cool, rasa hebat tapi tanpa disedari kita sebenarnya sedang membodohkan diri sendiri di depan orang kerana bukan semua orang 'pandai' atau faham dengan sacrasm ini.




Manakala provoke pula adalah tindakan 'berani mati' atau 'cari gaduh' dalam sesuatu perhubungan atau keadaan. Dalam game COC aku banyak mem provoke orang sebab dengan sengaja aku cuba create drama atau keterujaan dan secara langsung perasaan puas dapat mem provoke orang. Akan tetapi, ini juga penyakit hati. Tak ada untungnya mem provoke tapi feeling dia memang lah lain macam rasanya. Hahaha...




Bila aku buka balik posts aku dalam FB lama (yang katanya dah tutup tu), aku perasan begitu banyak status sarcasm aku yang tak sampai maksudnya kepada sesetengah orang dan aku jadi malu sendiri dan rasa betapa bodohnya aku. Dan sekarang apabila aku cuba menjadi begitu berterus-terang, aku termasuk pula dalam golongan kejam, berlagak dan kerek budget bagus oleh sesetengah orang. Entahlah... Sepatutnya aku diam kan? Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya.



Biarlah... Harap-harap tak lama dah kerja kat sini.. *grin*

Oh, ini post pertama tahun baru!


Monday, December 22, 2014

New Addiction - COC

Wah.. Lama rasanya tak update blog.. Tapi kali ni aku rasa nak cerita pasal my new addiction.. Sebenarnya tak adalah new sangat... Lately aku terjerumus dalam online game... Gila best! Game tu nama dia Clash of Clans or COC...

Part best join game ni ialah bila join clan. Yang aku nak cerita ialah pasal clan yang aku join ni... So far aku rasa happy main game ni walaupun ada masanya aku rasa nak give up sebab aku tak boleh contributed star dalam war. But so far aku masih bertahan. Please kagum dengan aku yang cepat bosan ni.

Aku start join clan ni before raya hari tu... Semangat menghadap tab hari-hari attack goblin dalam single player until aku upgrade clan castle aku tu. Then, i discovered them. Leader & co leader memang sangat sporting.

They help some helpless person like me. Hahaha... Diorang ajar macam mana nak attack. Mula-mula aku teruk gak... Attack macam apa je. Tapi slowly aku belajar dengan diorang and aku enjoy the game. Tiap-tiap kali habis war mesti aku replay game geng-geng co ni... Damn cool!! Tiap kali tu jugak la aku bercita-cita nak jadi macam diorang.

Since encik tunang (eyhhhh - okay, another post) tak minat game macam ni, so aku tak boleh la nak paksa dia main. Maka aku harap dia tak kisah aku main game ni and so far he is cool about this. I hope so... Hahaha..

Sebenarnya pada aku, game ni ajar kita macam-macam. Cara kita berinteraksi dengan orang. Since this is online game, kita akan jumpa macam-macam orang. And scope jenis kawan-kawan aku pun variety background. But, we are united because of the same cool vision.

Aku gak leh jadi 'orang lain' dalam group ni. Dan diorang pun melayan je. Walaupun aku perempuan, they still shows some respect. Part kantoi aku perempuan pun memang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Honestly, aku rasa segan dengan diorang sebab sangat power and cool tapi aku pon nak jadi cool macam diorang jugak... Tak tahu sampai bila aku boleh join diorang but slowly aku dah makin suka main game ni - so far. So, kita enjoy!!

Yayy!! Menang~

Thursday, September 18, 2014

Dah tak sama

Aidilfitri 2014 Photoshoot
Dah lama tak rasa macam ni. Rasa yang 'kau-bukan-dalam-golongan-ini'.  Rasa yang setiap hari aku bercita-cita nak tukar kerja. Mungkin sebab aku dah makin dewasa. Dah makin matang. Dah makin tua. Rasa 'sensitif' makin bertambah dan 'panas' jiwa muda dah makin sejuk dan hampir membeku. Hidup. Macam ni la kan? Tak pernah puas hati. Tak tahu rasa bersyukur.

Aku cuma nak lari dari sini. Aku dah tak rasa semangat mula-mula tukar boss dulu. Masa Puan boss masuk dulu aku rasa best. Serius. Aku rasa macam bersemangat. Hari-hari pergi kerja aku rasa ada motivasi yang tinggi. Sampai satu masa aku rasa gembira masuk opis. Rasa macam 'syurga-dunia'. Tapi sekarang aku dah tak rasa semua tu. Aku tak tahu sama ada 'syurga' ini dah tak ada ahli 'syurga'nya atau aku yang memang bukan tahap ahli 'syurga' ini.

Rasa tu ada cuma dah tak sama.

Tuesday, March 25, 2014

Gurauan dan batasan

Cerita ini berlaku pagi tadi. Macam biasa aku masuk opis terus terpandang whiteboard yang memang gah berdiri sebelah meja aku yang memang akan nampak jelas ketika kaki melangkah gemalai ke meja kerjaku. 

Ini yang terpampang jelas:


Kesimpulan:

Aku gelak pada mulanya. Perkataan pertama yang keluar adalah sumpahan dan makian manja, “Mengong.”

Dan masa tu aku dah terbayang seseorang yang biasa men’dajal’ kat whiteboard tu. Dengan senang hati aku buat pertuduhan palsu. Ketika kaki aku kemas bersila atas kerusi nak menikmati sarapan mulutku ringan bertanya, “Siapa yang tulis tu?”

Dan jawapan yang aku terima agak menyakitkan hati. Tekaan aku meleset. Jauh. Tak tersangka. Perlahan aku kunyah bihun goreng sambil hati terdetik, “Oh…”

Dan imaginasi semakin meliar. Now, aku pandang dari sudut lain. Apa pandangan pertama orang yang pandang whiteboard tu?

“Jahat betul.”

“Sapa la buat ni.”

“Hahaha... Lawak lah.”

“Kesian Shaqi..”ß ini macam mustahil.

Pada pandangan 'nakal' aku pula;

“Nampak desperate pompuan ni.”

“Dah la muka macam tu. Gatal.”

“Patutlaa... tak kawen lagi.”

“Tak laku ni…”

Nampak tak telahan ‘nakal’ otak aku ni? Sebab aku berstatus single dengan sesedap hati, sesenang tangan, seenak rasa ‘orang’ itu buat lawak di whiteboard itu. Dan anehnya, aku TAK pernah nak mengutuk atau bergurau sebegitu dengan dia. Dan setiap acara ‘bahan-membahan’ di weChat group aku memang elakkan. Pada aku, aku tak suka orang kutuk aku dan kenapa aku nak kutuk orang. Kalau ‘kamu-kamu’ terbaca ini mungkin boleh check kembali segala gurauan di weChat, banyak mana kata-kata kutukan atau ‘bahan-membahan’ atau ‘gurau-bergurau’ aku. Ada? Minta kemukakan bukti. Terima kasih.

Perkara senang. Aku memang boleh dibawa bergurau. Serius bergurau. Aku pun kadang-kadang kaki ‘membahan’. Terima seadanya apabila kena ‘bahan’ tapi apabila ‘orang’ yang pantang dirinya di ‘cuit’ ‘mencuit’ pula aku yang tak pernah ‘cuit’ dia aku mula merasakan ketidak-adilan disitu. Tambahan pula aku hanya membaca tanpa membalas atau menyertai setiap perbualan di weChat group yang mana setiap gurauan daripada ‘mereka’ dibalas ‘dia’ dengan ayat pedih dan penuh ke’sentap’an yang luar biasa yang menampakkan betapa ‘dia’ tak boleh di bawa bergurau.

Ini pendapat aku;

Aku tidak ganggu hidup kamu. Malah aku tidak pernah mempedulikan kamu sebenarnya. Kamu tidak meminta maaf dan mustahil aku memaafkan kamu. Maaf perlu dipinta bukan diberi percuma. Doa orang teraniaya biasanya di dengar Allah taala. Dan aku kira aku tergolong dalam golongan orang teraniaya. Dan juga jangan tanya apa doaku kerana sekarang aku benar-benar rasa teraniaya.

Tepuk dada tanya hati. Mungkin hati kamu terlalu suci hingga segalanya boleh di bawa bergurau tanpa batasan?


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, November 1, 2013

"Sebab mulut badan binasa."

Yang aku nak cerita ni hanyalah sebab mulut. Sebab mulut, adik beradik boleh bergaduh, kawan karib boleh jadi musuh, pekerja boleh hilang tempat cari makan, suami isteri boleh bercerai-berai dan sebagainya. Sebab mulut yang melontarkan suara yang lantang dan susunan ayat yang banyak tokok tambahnya boleh menyebabkan badan binasa tetapi yang terbinasa itu adalah orang yang di kutuk, di caci-maki, di kata-mengata. Persoalan aku ketika ini hanyalah, 'kenapa?'

Dengki? Iri hati? Dendam kesumat? Rindu dendam? Tak puas hati? Sakit hati? Hati yang busuk?

Mungkin apa yang aku senaraikan kat atas tu adalah antara penyebab mulut mahu mengata sehingga mampu membinasakan badan atau hati yang ada dalam badan orang yang dikata. Baiklah sebab ni blog aku, aku cerita pasal diri aku lah.

Kalau aku dengki atau iri hati dengan orang, aku tahu yang orang tu memang lagi baik daripada aku. Sebab tu aku dengki kat dia. Sebab tu aku tak puas hati dekat dia. Dan aku akan cuba untuk jadi macam orang tu atau kalau aku tak dapat, aku akan berundur. Aku takkan pergi serang orang tu sebab dia lebih daripada aku. Kejadah apa aku nak buat macam tu? Tapi jauh di sudut hati aku, aku rasa kecewa sebab tak dapat apa yang dia ada dan akhirnya aku putus asa dan cari benda lain yang aku boleh dengkikan lagi supaya aku perbaiki diri aku jadi lebih baik. Pelik tak? Itu namanya self-motivate aku sendiri buat. Sendiri rasa. Sendiri tanggung.

Dan disini, sebab mulut itu muncul antara dengki dengan kecewa. Dengki sebab orang lebih, kecewa sebab aku tak lebih. Dalam hidup aku, aku cuba buangkan sebab mulut tu. So, aku diam dan pandang sahaja.

Selesai.

Monday, October 7, 2013

Sisi Lain ShaQi

Kertas dihadapannya dipandang kosong. Hatinya berbuku dengan lelaki yang duduk di hadapannya. Setiap patah kata yang keluar daripada mulut lelaki itu tidak ditangkap oleh deria pendengarannya. Perlahan matanya dialihkan daripada kertas itu ke muka lelaki yang masih bercakap (mungkin menerangkan sesuatu yang dia tidak mahu dengar) dan dia mula mengeluarkan suara yang cukup perlahan,

“Sudahlah.”

“Cukuplah.”

“Dah lah.”

Semakin lama tiga perkataan itu menjadi semakin kuat dan kuat sehingga lelaki itu terdiam. Matanya dipejamkan. Dia mengumpul kata. Memilih perkataan yang sesuai.

“Can you just do this? Do what we requested you to do?” Dia bertanya.

“Of course I can do this. But...”Ayat itu tergantung, tak sempat dihabiskan lelaki itu.

“Then just do it! We asked you to create a simple system where we can upload some data and the damn files so the user can download it and used it – happily! Was it hard to create it? We do follow the standard, the INTERNATIONAL STANDARD if I have to highlight it to you, where it can make my beautiful boss satisfied and I can achieve some point in my KPIs and I can do my work happily and go home after that and at the end of month I get paid!!" Akhirnya ayat yang terbuku itu dilepaskan. Penat rasanya dia kena berjumpa dengan lelaki itu untuk menerangkan perkara yang sama berulang-ulang.

Lelaki itu terdiam. Air mukanya berubah. Beberapa mata di balik meja kelihatan mengintai. Seorang staff di meja hujung turut berdiri, mungkin mencari gerangan suara yang tiba-tiba menjerit di dalam pejabat mereka yang biasanya sunyi itu.

“Then do it yourself!” Separuh menjerit lelaki itu menjawab. Mungkin malu, mungkin tidak puas hati.

“So you won’t do this? Fine, I can propose to my boss thousand free sources available on net and I also will tell her OUR brilliant programmer didn't have time to fulfill our request because there were so many other important systems that he has to finish and our library is NOT that important!” Dia mula bangun sambil mengutip helaian kertas di hadapannya.

“Good day, Mr.Brilliant!” Dia terus melangkah keluar daripada pejabat tingkat 14 itu balik ke pejabatnya di tingkat 5. Hatinya sakit. Otaknya mula menyusun ayat untuk menerangkan kepada bossnya nanti.


p/s: Ini hanya dalam bayangan aku. Kalau ini betul-betul terjadi, aku lagi takut nak menghadap boss. Dan realitinya, aku hanya mampu tersenyum dan berkata,

"I have to discuss this with my boss first. I will keep in touch with you. Until later. Bye."

Shit huh?

Tuesday, June 18, 2013

Peah pakai shawl!

Hari ini Peah pakai baju kurung warna merah jambu, dengan tudung merah jambu shawl lilit-lilit serta make-up paling nipis -- bedak, eyeliner, eyeshadow dan lipstick warna merah. Puas melihat wajah sendiri di cermin dia melangkah keluar rumah, yakin untuk meneruskan hidupnya sebagai biasa.

Peah, zaman muda-muda

Hari ini tudung shawl merah jambu itu labuh menutupi dada ke perutnya. Cukup untuk melindungi 'aurah' nya. Peah senyum. Hari ini dia akan jadi orang baik, orang yang sopan-santun. Bukan kah pakaian itu melambangkan diri dan mewakili keyakinan diri? Peah tekad nak kawal diri dia hari ini untuk menjadi muslimah sopan. Hari biasa pun Peah sopan tapi hari ini dia kena lebih sopan lagi.

Oh, hari ini pejabat Peah ada majlis besar. Katanya, orang besar-besar yang ada dan merasmikan majlis itu. Jadinya, Peah antara pekerja yang wajib menghadiri majlis itu untuk me'ramai'kan lagi majlis agar nampak gah dan hebat. Peah gembira, sekurang-kurangnya hari ini dia tak perlu mengadap PC lagi. Hari ini dia boleh 'berehat' seketika daripada pura-pura sibuk.

Ketika menanti kehadiran 'orang-orang-besar-besar', Peah duduk dengan sopannya diantara hampir ratusan hadirin yang ada. Mulutnya terkumat-kamit berzikir. Badannya bergerak ke kiri dan ke kanan menghayati zikir itu. Zikirnya dikuatkan, entah tanpa sedar, entah dengan sedar. Peah pandang teman di kirinya, Issabella yang asyik main game di handphone. Peah pandang kanan pula, matanya bertembung dengan Mira Idora.

Mira Idora bersuara, "Eh, kau ni... Mesti banyak pohon-pohon kau di syurga nanti kan?"

Peah kerut kening, "Maksud akak?"

"Tak lah, aku ada dengar hari tu, kalau kita selalu berzikir ada pokok-pokok yang tumbuh di syurga untuk setiap zikir kita tu." Mira Idora membalas, entah hadis sahih entah kan tidak.

"Oh, itu pun kalau saya masuk syurga la kan akak?" Balas Peah, tunduk malu.

Mira Idora pandang Peah. Tak nak masuk syurga ke budak ni? Hati Mira Idora tertanya-tanya.


Pakaian tak melambangkan darjat orang, pertuturan juga mungkin sama. TETAPI untuk ke arah kebaikan, apa salah nya berubah? Perlahan-lahan dan sedar untuk ke arah kebaikan tapi jangan bongkak. Jangan dengan ilmu agama yang sedikit itu dicanang-canang. Mengajak orang ke arah kebaikan itu perlu. Ajak, jangan paksa. Tegur, jangan marah.


#cerita itu cerita benar, nama dan watak diubah sedikit. Selamat beramal dengan semua amalan yang baik. 

Terima kasih kerana sudi baca~

Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 14, 2013

Senyum itu sedekah

Assalamualaikum...

Bila dah tercongok depan kaunter menjadikan aku murah dengan senyum. Sebenarnya aku masih senyum biarpun tidak duduk di kaunter. Kadang-kadang bila senyum ni, ada yang balas, ada yang buat-buat tak nampak dan ada juga yang sampai dua,tiga kali pandang nak memastikan yang aku ni sebenarnya senyum kat dia (dan aku masih senyum dan berbalas senyum dengan dia).

Apa yang aku nak beri pencerahan di sini ialah, apabila kita di kaunter kita kena jadi mesra-pelanggan. Senyum adalah kunci yang baik untuk kita mem'buka' perbualan, perbincangan, pendebatan hatta perkenalan. Kadang-kadang aku rasa sakit hati apabila berurusan di kaunter yang tukang-jaga kaunter nya muka macam tak puas hati dan adakalanya sombong melampau. Sampai saat ini aku masih tak faham kenapa orang susah sangat nak senyum ketika melayan pelanggan. Susah sangat ke nak meleretkan senyuman?


Pakcik Google's image. :)

Jadi, kepada sesiapa pun anda, saya menyeru,
"Tolong senyum. Senyuman anda mendamaikan jiwa. Percayalah..."

Tahukah anda, senyuman boleh membuatkan anda awet muda? Tak percaya? Senyumlah sepanjang hidup anda sekarang; lagi 13 tahun, kalau saya dan anda masih ada, anda boleh tunjukkan wajah anda yang tersenyum itu kepada saya sambil berkata, "Makcik nampak muda tak?" dan saya sambil tersenyum juga akan balas, "Ye kak, akak nampak muda dari usia sebenar.."


Baiklah, senyuman anda saya dahului dengan ucapan terima kasih...

Monday, February 25, 2013

Soalan sebutir peluru


Aku mahu jadi sekeping 50 sen,
yang berada di tangan kanak-kanak naif,
sebagai harga secawan sirap.

Aku mahu jadi kerikil yang kecil,
tak mengganggu, tak menyusahkan,
hanya menumpang di atas tanah.

Aku tak mahu jadi peluru,
yang ditentukan halanya,
menjadi penyebab nyawa yang hilang.

Aku tak mahu jadi peluru.
Tak mahu.
Tak mahu.

Satu soalanku,
"Bila kau mahu berhenti jadi pembunuh?"

Wednesday, January 9, 2013

Kekuatan dan Keberanian

Seperti sang rama-rama dan si bunga.

Kekuatan dan keberanian,
dua-dua pun aku tak punya.

Tuesday, January 1, 2013

New Year 2013

Perjalanan yang jauh - From Shah Alam to Permaisuri


Selamat tahun baru!! Alhamdulillah. 2013 dah menunjukkan mataharinya. Hari ini aku melepak di KL (rumah mak ndak). Dalam jam 10.30 am, aku melepak atas katil Nae-chan sambil belek-belek manga (komik) beliau. Tiba-tiba ada SMS masuk. Ya itu dia, message ucapan tahun baru yang berbunyi begini,

"Salam...selamat menyambut thn baru 2013..semoga tahun ini lbh baik dri thn sebelumnya..insyaallah..i doakan segala azam u thn ni akan tercapai..amin.."

Dalam hati aku hanya mampu 'amin'kan sahaja doanya. Senyum dan sedikit kecil hati. Uh, nampak sangat stock message 'send to many'. Walaupun tangan aku gedik nak reply, tapi aku kuatkan hati, keraskan tangan untuk tidak menggerakkan jejari runcing aku membalas SMS itu. Biarlah dikatakan sombong atau apa, aku tak peduli lagi. Kenapalah rajin sangat nak send SMS kat aku? Kan aku dah ter'perasan' sengsorang? *hahaha*

Aku dah tutup cerita pasal dia. Dan aku harap ini yang terakhir. Tahun ni aku nak start a new life. Aku dah pindah rumah, aku dah tutup account FB aku and now, aku sedang berkira-kira nak tukar my mobile phone number. Aku juga  berkira-kira untuk berhijrah mencari tempat makan yang baru. Insya Allah...



p/s : Tahun baru,cerita baru. Kamu, sila main jauh-jauh.

Thursday, September 13, 2012

Rindu


Pedih.
Sedih.
Pilu.
Malu.

Dan

Rindu.

Encik itu mungkin tak tahu.
Kerana dia, aku ini sudah rasa takut.
Kerana dia, aku dah jadi tak menentu.

Ini c i n t a kah?




p/s : Aku tak tahu!


Rasa rindu pada yang tak tahu memang perit sehingga rasa nak menjerit.
*hahaha*

Sunday, May 6, 2012

Deactivate





Assalamualaikum...

Kepada semua peminat-peminat serta secret admirer saya (eceh), saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah meng-deactivate-kan profile saya di Facebook. Ini kerana saya sudah penat dan malas untuk menjadi stalker dan di-stalk oleh anda semua.

Okey, ayat-ayat yang kat atas ini gedik!

Straight to the point, kenapa aku deactivate FB aku adalah kerana aku sebenarnya dah bosan ber so-sial dengan cara sebegitu. Aku sebenarnya dah penat membaca status update orang yang macam-macam dan kadang-kadang nampak macam sangat unrealistic, bangga diri, riak dan penuh dengan emosi. Emm… Sebenarnya, tanpa segan silu aku mengaku aku pun tergolong dalam golongan orang yang meluahkan perasaan, kutuk orang, marah, puji, hipokrit, mengadu domba, menyibuk, menggedik dan sebagainya di laman social tersebut. So, mungkin sampai di sinilah perjuangan aku menegakkan benang yang basah, mengutuk, berpuitis, memberi pendapat, memuji, menggatal serta meng-stalk orang lain di FB.

Aku dah penat. Aku dah letih. Aku dah jemu.

Kadang-kadang apabila aku baca status orang lain yang selalu di update, aku jadi confuse sebab aku memang tak nampak macam mana muka atau lebih senang -- reaksi orang itu ketika meluahkan perasaan di wall mereka. Marahkah? Sedihkah? Gembirakah? atau adakah mereka itu hanya bersifat sarcasm, seperti yang aku selalu luahkan / taipkan di wall aku? Kadang-kadang aku fikir, perlukah mereka (dan aku juga) meluahkan perasaan, berkongsi cerita (yang macam-macam) di wall? Cara lain dah tak ada ke?

Aku juga paling tak faham kenapa orang perlu berdoa di wall mereka?

“Ya Allah, tolonglah kuatkan hati aku...”
“Ya Allah, berkatilah kehidupan ku...”
“Ya Allah, selamatkanlah aku hari ini...”
“Ya Allah, aku harap kucing aku sihat hari ini...”

Adakah mereka ini sesudah solat, dalam berwudu’ menaip di wall FB sambil berdoa begitu? Adakah mereka nak semua kawan-kawan (friends) dalam list mereka tolong aminkan? Adakah satu ‘like’ sama dengan satu ‘amin’?

Tapi lain lah kalau yang mengajak ke arah kebaikan tu, tak apalah kan? Yang sertakan doa-doa harian, at least kalau baca kita dah doa sama. Takkan tak lekat sikit pun dalam hati kot? Aku pun, honestly, sangat suka baca status orang yang sering ingatkan kawan-kawan dia ke arah kebaikan. Tak pun yang rajin salin hadith-hadith, ayat-ayat Al-Quran, pesanan orang tua-tua dan mutiara kata. Tak pe, tu aku boleh terima. Tapi yang doa kat wall FB tu, sorry to say, aku memang tak dapat nak hadam dengan baiknya. Kadang-kadang aku rasa menyampah dan paling teruk dalam hati aku mengutuk, ‘entah semayang ke tak dia ni, pandai mintak je ngan tuhan...Kan ke dah dapat dosa free aku ni?

Aku faham bila orang cakap, “Kalau kau tak suka, tak payah baca, ignore je.” Tapi bila dah muncul kat ‘Home’ wall aku dan bila aku ter- stalk view mereka punya wall, takkan aku tak baca?

Kalau pasal politik tak payah cerita lah… Walaupun aku add or approve friends yang aku kenal dan mungkin kenal serta yang ada potential untuk berkenal-kenalan *Ehemm…, aku still tak boleh control information overload yang aku dapat tu. Penat tahu bila baca :-

“Aku sokong parti A, parti B jahat.”
“Parti A makan rasuah. Dato’ L ada skandal.”
“Mari kita cuba undi parti C pulak. Parti C masa depan rakyat M’sia.”

Tu tak kira lagi link dan video yang di share. Siap suruh orang sebar-sebarkan lagi. Apa aku ni penyebar ajaran-ajaran sesat parti politik kamu kah? Macam mana kalau aku share pastu semua yang aku share tu adalah fitnah, bukankah aku dah jadi penyebar fitnah yang besar ke? Let say kalau friend list aku 100, dan 50 orang percaya dan sebarkan juga? Kalau friend list aku 200, 400, 800? Dah ke makin besar fitnah yang akan tersebar itu? Emm… Sebab tu aku tak pernah share video dalam FB. Kalau ada pun video birthday celebration untuk boss aku tahun lepas dan ada juga yang orang 'tag' kan.

Honestly, aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan tak ada FB ni. Mungkin esok, lusa, minggu depan, tahun depan or kejap lagi aku active kan balik. Tapi apa yang aku tulis kat sini adalah pandangan peribadi aku terhadap segelintir orang di FB dan seperti biasa ingatan untuk diri aku juga dalam nak bersosial di zaman canggih-manggih sekarang ni.

Okay. Terima kasih sebab sudi baca… Semoga hari-hari anda sejahtera... Sekian, terima kasih.

Wassalam...

Thursday, April 26, 2012

Motosikal

Kalau tak hebat macam 'dia', hebat macam Mie-chan pun jadilah.




Dah lama nak siapkan lesen motosikal aku tapi tak pernah tercapai. Busy kot?



'dia' = Motorcycle racer

Friday, April 6, 2012

Tempat Mengadu Domba

Disclaimer: Blog ini memang tempat meluahkan perasaan!!

Bermula dengan sebab yang entah kenapa dan bagaimana tiba-tiba 'seseorang' menjadi moody, aku terus menerus hidup dengan biasa... *sigh*

Day 1:
Tiba-tiba ada seorang staff menjadi pendiam yang amat. Sumpah aku bimbang juga maklumlah LRC sekarang diserang unsur-unsur mistik. Mungkin dia 'terkena'. Tapi setelah aku menggunakan instinct aku yang 'boleh-lah-boleh' ni, jelas menunjukkan tiada sebarang hantu atau puaka yang datang menenggek pada dia. Itu cuma mood dia yang-entah-kenapa datang menyerang and I doesn't even give a damn f**king care! (ok ni nampak aku dah maju sangat dalam industri memaki-maki.) Tiba-tiba dia buat sombong dan tidak pedulikan aku. Well, aku memang tak kisah pun, tak rugi apa-apa langsung tapi tak perlulah rasanya sampai macam tu. Kalau kamu tak nak tegur @ hormat aku as your officer, takkan aku nak paksa kamu melutut depan aku dan aku ketuk kepala kamu. Suka hati kamu lah. Aku tak rugi apa-apa, bukan aku bayar gaji kamu pun...

Actually staff ni okay, kerja dia bagus walaupun kadang-kadang dia tak boleh terima teguran dan kadang-kadang juga dia kurang hormat pada orang yang lebih tua/atas pada dia. Mungkin itu cara dia dan semua orang boleh terima rasanya. Tetapi apabila kita bekerja dalam kumpulan -- we called it work in a team, setiap perbuatan kita yang kurang disenangi oleh our colleague seharusnya kita sedar dan fahami. But if that is your way of life or thinking, so siapalah aku ini nak menegur kan? Mungkin umur akan mematangkan pemikiran dan ini peringatan untuk aku juga dan kepada siapa-siapa yang terbaca ini.

Day 2:
Ini lagi lah, pagi-pagi lagi dah bikin hati gua panas!! Cerita ini berlaku semalam (5 April 2012) di PTPL Shah Alam. Masa tu sebelum aku dan Mie-chan join InfoHunt, kami pergi membeli keropok lekor. Yang tukang jual nya itu... Macam hampeh!

Aku: Akak, ni boleh ambil sendiri ke?
Akak Kopok: Kalau tak sabar, tak mahu tunggu ambillah sendiri. (loghat Endon dengan kasarnya)
Aku: ... (sambil pandang Mie-chan)

Lepas tu kami mintak asingkan sos pencicah pun dia masam muka dan membentak-bentak. Dalam hati aku dah rasa lain macam. 'Ini period ke apa ni...' Kalau ikut hati aku mahu je aku tinggalkan keropok, sandwich & sosej tu. Tapi Mie-chan sebelah aku nampak macam cool. So aku 'curi' ke-cool-an Mie-chan untuk nampak aku seorang yang sabar. Dalam hati aku tak payah nak cerita lah macam mana marahnya aku. Kalau nak ikut-hati-mati aku, memang dah lama aku jerit kuat-kuat kat situ. "Kau ni nak meniaga ke tak nak? Dasar Endon menumpang tak sedar diri."

Lepas ni, memang TAK lah aku nak beli makanan kat situ lagi.


Day 3:
Ini cerita pagi tadi. Dengan niat suci, aku tegur salah seorang housemate aku,"Kau nak balik kampung eh?". Entah dia dengar ke tak, aku sambung lagi, "Kirim salam parents kau ye..." Dia still buat tak tahu. Seyes aku berniat suci tapi mungkin dia moody, mungkin dia tak dengar dan pelbagai mungkin lagi, dia buat tak endah je. Aku pun masuk bilik tutup dan kunci pintu. Rasa tacing sengsorang. Lepas dia pergi kerja, baru aku keluar bilik dan pergi kerja juga. Malas nak layan rasa kecil hati, aku tinggal Mie-chan biar dia naik motor sorang-sorang. Biasalah, marahkan nyamuk kelambu dibakar... (Hahaha... Tak lah, sebenarnya Mie-chan nak balik rumah akak dia, so kitorang pergi asing-asing.) So, aku assume housemate aku tu sama ada pekak tak dengar atau pun dia memang moody. LANTAK LAH!!

Day 4:
Esok aku nak melepak dalam bilik. Tidur. Silent handphone. Tak nak jumpa atau communicate dengan siapa-siapa. Nak jadi apa, jadilah. Dah malas dah ni. Aku pulak yang nak moody ni...



Okay. Aku dah meluahkan perasaan ni in one shot. Tak sabar nak tunggu esok... Cepatlah malam...

Sunday, November 20, 2011

20112011

Money makes world go round
Bila yang dalam poket wallet hanyalah berjumlah RM66
dan masih ada 8 hari lagi bulan-penuh-nak-mengambang.
Minyak kereta hanya ada 2 bar.
Hadiah kahwin kawan baik tak beli lagi.
Duit dalam tabung dah lama di 'korek'.

Sabarlah nafsu. Pejam mata. Redha.
20112011, tak ada apa pun sangat.
29112011, cepatlah muncul...


*heh

Monday, October 24, 2011

T I R E D



Dear me,

It's okay to people hate you.
It's okay.
It's okay to people ignore you.
It's okay.
It's okay to people detest you.
It's okay.


I know. It's gonna be okay.


p/s: Life, please be fair to me.



Sincerely,
Me


Saturday, August 20, 2011

Hitam; warna selamat

Seperti mana hari-hari yang berlalu,
yang kadang-kadang suram,
yang kadang-kadang kelam.

Terikat dengan sesuatu yang bernama tanggungjawab,
terikat kemas dengan satu simpulan mati,
simpulan yang tak akan mampu dibuka dengan tangan-tangan biasa.

Dan bahu yang menyandang sesuatu bernama kepercayaan,
hampir senget tapi sungguh tak rebah jatuh,
menyembah bumi.

Hitam, kelam, malap,
tapi yang penting,
selamat...

Friday, August 5, 2011

Kuning; warna terima kasih

25 tahun lepas saya telah di lahirkan dengan selamat.

Terima kasih tak terhingga kepada abah dan ma kerana telah 'menerbitkan' saya.

Alhamdulillah, sampai saat ini saya masih bernafas dan hidup dengan sempurna.

Syukur, syukur Alhamdulillah...

Terima Kasih.

Friday, July 29, 2011

Biru; warna cinta

Saat terkapar-kapar mencari cinta,
kamu muncul tanpa sapaan manja,
sekadar bertanya khabar dan hilang
terbiar sepi, sunyi.

Muncul mu dalam kepekatan malam,
segaris cahaya menerangkan laluan mu,
sekadar memandang tanpa menegur,
melihat tanpa kata,
mulut terkunci dek kerana lidah terkelu.

Walau seketika dengarkan ini,
mahu kukatakan ini kepadamu,
"Terima Kasih."

Terima kasih untuk luka yang sedikit,
terima kasih untuk parut yang berbekas,
terima kasih untuk ketidaksetiaan,
terima kasih untuk kesengsaraan.

Terima kasih untuk kesunyian yang kamu hadiahkan.
dan,
warna biru itu masih ada,
sebagai bukti satu cinta yang pernah di khianati.