Showing posts with label kerastangan. Show all posts
Showing posts with label kerastangan. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Wishes 2012













Tiap-tiap tahun, aku memang suka buat ni. Original image from Google (macam biasa) dan process editing dan sending (via email) akan dilakukan beberapa hari sebelum festive. Kecuali New Year 2012, yang lain aku buat. Yang New Year 2012, aku sedang bercuti, jadi Mie-chan yang buatkan. Aku tak sertakan kat sini sebab tak nak ada issue copyright. *ceh



P/s: Okay, tahun depan aku post lagi. Tu pun kalau aku still lagi librarian kat MSU ni dan tak de sape-sape nak volunteer nak buatkan. *Budget ada peminat*


Wednesday, July 4, 2012

Tsuru



Sehelai kertas yang dipotong-potong dan dilipat-lipat



Aku baru balik dari bercuti 'panjang'. Banyak nak cerita dan di luahkan, tapi kalau cerita masa tengah marah dan sedih memang yang buruk-buruk sahaja yang keluar. Jadinya, di office semalam, sambil siapkan kerja yang banyak tertangguh, aku masih sempat melipat origami. Aku belajar dari sini. Banyak lagi kat internet kalau rajin cari.



*sigh

Rasa macam tak cukup je cuti. Aku rasa mungkin aku kena 'lari' lagi dan lagi.

Tuesday, June 19, 2012

Dadu gergasi untuk mereka

Kentang sudah dimakan ketika gambar ini diambil

Gambar di atas menjadi bukti kepada pemberian boss kepada anak-anak ikan buahnya. Masih dalam mood bercerita mengenai Reading Campaign 2012, Puan Boss yang baik hati telah membelanja SEMUA staff di library 1 set mekdi/seorang sempena kejayaan KAMI yang bertungkus-lumus merialisasikan I Love MSU Library & Library Open Day yang boleh dikirakan agak berjaya. Sungguh baikkan beliau? Alhamdulillah, kami dapat boss yang baik dan sporting! Semoga rezki boss dan kami semua juga dimurahkan oleh-Nya. Amin...

Hari ini terkesankan dengan kebaikan boss, dengan sambil mengunyah burger aku siapkan se'ketul' dadu gergasi untuk dihadiahkan kepada Library PTPL Shah Alam. Library PTPL SA pun akan turut mengadakan aktiviti-aktiviti menarik nanti. Jadinya, dengan mood yang baik aku berusaha 'kerastangan'kan dadu untuk sponsor Giant Snake & Ladder game yang akan diadakan oleh mereka nanti.

Kerastangan-shaqi-buat

Sebenarnya, dadu yang telah digunakan untuk aktiviti kami sebelum ini telah selamat di'kotak'kan (dimasukkan ke dalam kotak dan entah di mana letaknya) oleh seorang-librarian-yang-dirahsiakan-namanya menyebabkan aku menjadi rajin membuat yang lain untuk dihadiahkan kepada library PTPL SA. Honestly, dadu aktiviti kami lagi kecil dan kurang kemas berbanding yang ini memandangkan aku hanya mengambil masa kurang 2 jam untuk menghasilkannya.


Dadu yang entah kemana itu

Setelah test baling-membaling dadu ini, aku agak berpuas hati dengan ke'balance'an dadu tersebut. Hampir seharian aku siapkan dadu ini jadinya aku berharap sangat mereka sudi dan senang hati menerima pemberian ikhlas ini. Semestinya dadu ini akan mewakili KAMI semua staff di library MSU kepada library PTPL SA.

Sebenarnya, aku agak sayang dan suka juga pada dadu ini daripada dadu yang telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tetapi ada kata-kata 'hikmat' mengatakan kalau nak beri kepada orang, kita kena berikan yang baik dan paling kita suka atau sayang. Kan? Kan?


Sekian laporan dari opis yang kurang sejuk hari ini.