Showing posts with label cuba. Show all posts
Showing posts with label cuba. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Belajar makan pedas

Assalamualaikum w.m.t.

2013 dah tinggal beberapa hari lagi. Saat entry ini di karang oleh aku, gaji masih belum menunjukkan tanda-tanda positif akan masuk ke dalam akaun. Wah. Aku dah 'kering' sangat ni. Sabar ye Shaqi. Tak lama sangat dah ni. Insya Allah, adalah tu.

Sabtu tak ada date dengan dia. Ahad pun tak ada. Tak apa lah. Kalau asyik jumpa je mungkin bosan kan? Hahaha. Mr. Typo cakap aku sekarang dah kenal dengan orang nogori, so aku kena makan pedas. Oh no!! Saya makan sos cili pun tak boleh inikan pula nak merasa masakan yang pedas-pedas.

Tapi, bila sekali sekala terfikir sampai bila aku tak nak makan pedas? So aku rasa aku boleh start belajar nak menelan kepedasan yang diwar-warkan sebagai 'nikmat hidup' tu. Saya akan berusaha makan pedas dan mugkin tandas akan jadi kawan karib saya sepanjang 'percubaan' ini.

Pedas. Pedas. Pedas.  Perutku sayang, berusahalah...

Hahaha..

Good nightMr.Typo. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.



My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.

Saturday, December 7, 2013

Soal jodoh, jangan ditanya..

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui...

Jodoh. Satu perkataan yang agak menakutkan aku beberapa hari ini. Melihat kawan baik dah ada cahaya mata sendiri, comel pula tu, menjadikan aku terasa sedikit sunyi. Merasa yang aku ragu-ragu, masihkah jodoh aku itu ada sebenarnya ataupun 'dia' sebenarnya memang ada tapi tak sempat aku jumpa 'dia' di dunia ini. 

Kadang-kadang aku rasa sedih bila orang persoalkan status single aku ni. Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Aku ada family dan kawan-kawan sehingga aku rasa aku boleh hidup sendiri sebenarnya. Tapi bila beberapa suara asyik bertanya 'bila?', 'dah ada ke belum?', 'siapa?', 'eh tak laku ke?', 'jual mahal ni..' aku jadi kelu. Tak terkata apa-apa. Kebiasaannya aku senyum dan jawab, "Itulah, tunggu putera kayangan. Tak turun-turun lagi ni nak masuk meminang saya." Dan biasanya persoalan itu tamat, tak bersambung dan aku selamat.

Bagi aku jodoh itu ada bila tiba masanya. Kalau tak ada, aku tak boleh buat apa. Oh tak, mungkin aku boleh pergi mandi bunga. (Hahaha). Tipu pula aku katakan aku tak 'berkawan' atau tak 'berusaha'. Aku 'kawan' dengan orang-orang yang berpotensi tinggi untuk dibawa berjumpa mama dan babahku tapi hati ni rasa macam tak ada hubungan 'kimia' dengan mereka. Seolah-olah hati ini menidakkan dan kata, 'bukan dia. takkan lah dia..?'

Jadinya, aku pohon, soal jodohku jangan di tanya. InsyaAllah, kalau ada nanti kamu akan terima jemputannya.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi baca.

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Tinggal

Walau kemana kau pergi,
akan kuturuti
ke arah jalan pilihanmu.
Beritahuku arahnya
aku dalam perjalanan yang sama
kerana tak dapat kubayangkan kau jauh disana.

Dan aku tahu, kau pergi untuk kehidupan yang lebih baik,
Aku harap kau temuinya untuk cubaan pertama itu.
Walaupun perpisahan ini menyakitkan,
kau harus pergi.
Aku juga akan bersedih
jika langkahmu terhenti di tengah jalan.

Jadi, selamat tinggal.
Seseorang akan merinduimu.
Selamat tinggal,
seseorang akan berharap kau disini.
Seseorang itu ialah aku.

Akan aku ceritakan apa yang berlaku disini,
tetapi ceritanya adalah cerita ulangan yang sama.
Jika kau sudi mendengarnya,
akan aku ceritakan tentang kisah yang jauh berbatu darimu.
Tapi, aku tahu...







Farewell - Rihanna
Lagu ini aku pasang beratus kali dan wajahnya juga yang jadi watak utama cerita lagu ini.

Mahu.Lupakan.Kamu.Tolong.Jangan.Muncul.Dalam.Mimpi.Aku.Lagi.

Tuesday, April 23, 2013

Malam ini. Kamu lagi.


Merindu pada yang tak sudi, masih terasa hadirnya dia di sisi.

Senyumnya. Tawanya. Matanya,
dan, dia.

Oh, sang arjuna, sudah cukup, sudah.
Biar sampai disini.

Biarlah malam ini aku lena tanpa mimpi bayang kamu lagi,
Pergilah, agar aku tak sengsara begini.

Malam ini biarlah bukan.
Kamu lagi dalam mimpiku.

Wednesday, March 27, 2013

Ber blog guna phone..

Baru download apps blogspot kat android market. Hebat ke update blog guna handphone?