Wednesday, February 23, 2011

Kurus!

“Shaqi nampak kurus lah.” Kata akak itu menyebabkan aku terdiam sesaat.
Sambil senyum aku jawab, “Saya makan hati, kak.”
Sedikit tunduk, aku alihkan mata aku daripada mata beliau.


Weh, aku dah kurus lah!


Monday, February 14, 2011

Thursday, February 10, 2011

Adakalanya aku begini...

Pada hakikatnya manusia memang mudah melupakan diri sendiri. Dimana duduknya, dimana dia disaat berdiri. Merasakan diri yang terhebat, mendabik dada mengatakan,

“Ah, lihatlah dunia, aku ini yang terhebat.”

Tanpa disedari masih banyak lagi yang belum di tempuhi dan yang tak tertempuh dengan keupayaan sendiri. Tiada yang pelik selagi bergelar manusia. Dosa dan pahala tak pernah nak diambil pusing. Bersikap menyetankan semua orang disaat diri dilanda musibah. Menolak ketepi segala yang sepatutnya diambil kira.

“Ah, akukan yang terhebat.”

Tetap juga meyakinkan diri bahawa dia yang terhebat. Suatu saat, Allah (s.w.t) menunjukkan kebesaran-Nya. Dia hanya menurunkan sedikit balanya; penyakit, manusia terus lemah.

Dimana pangkat yang dibangga-banggakan dulu? Dimana duit yang bertimbun-timbun dulu?
Hilang dan habis.

Dimana kawan-kawan disaat sukar ini? Dimana pengikut-pengikut yang dahulunya sanggup menjilat bunt*t dahulu?
Tiada. Tak wujud.

Nah, katakan padaku dimana kamu yang terhebat?

Suatu ingatan buatmu dan buatku juga, “Dunia ini tak selalunya indah!”


Aku tiada wang berjuta, tidak punya teman yang ramai. Tapi aku bahagia, punyai mereka yang aku percaya.

.

Wednesday, February 9, 2011

Terasa

Bila aku terasa dengan sesuatu/seseorang, seseorang lain mengatakan padaku;

"Perasaan kau je tu."

Sampai sekarang aku tanamkan ayat itu ke dalam dasar hati.

"Perasaan aku je ni."

Berkesan. Kerana aku tak lagi menangis tanpa sebab.


Terlalu sensitif memang sangat memeritkan. Dan aku yang menelan peritnya itu.

Kembali

Selalunya rasa tidak puas hati yang melanda diri aku, akan aku khabarkan ke seluruh alam. Biar semua tahu dan biar ada yang menyokongku. Normal. Aku manusia normal yang memerlukan sokongan daripada orang-orang sekeliling aku.

Sehinggalah hari ini. Aku baru merasakan keburukan attitude aku yang satu ini. Dan bermula daripada hari ini aku tak akan lagi menceritakan segala ketidakpuasan hatiku ini kepada sesiapa. Aku berjanji!! Biar aku telan sendiri. Pendam. Peram.

Sumpah aku mula merasakan aku membenci orang-orang 'terpilih' ini, dan aku mula belajar membenci diri sendiri. Perlahan-lahan perasaan membenci ini menjadi nanah yang membusuk. Yang tak mampu untuk aku ubati dengan vaksin terhebat dunia.

Terasa busuknya aku ini dimana perfume yang beratus-ratus harganya itu tak mampu menghilangkan busuk ini. Tak ada rasa bangga bila aku memulakan kembali perasaan benci-semua-orang ini mula mengambil tempatnya. Dan biarlah kali ini aku meneruskan ke-hipokrit-an aku yang sedang bersembunyi setelah aku menyedari hipokrit itu perbuatan yang keji.

Sekarang aku menjilat kembali kekejian itu. Aku berselindung disebalik hipokrit ini supaya mereka senang denganku. Aku akan belajar menghormati mereka dengan cara ini. Cara paling keji tapi mungkin berkesan.

Selamat kembali, Anaqi Hawwari. *heh

Mereka gembira dan aku puas begini!

Tuesday, February 8, 2011

Sesudah cuti

Chinese New Year, aku amek cuti awal raya tahun ni. 1 hb February aku dah mula bercuti. 31hb malam aku dah panjat tangga bas. Sesampai di stesen bas jam 6.15 am, abah aku tersenyum sambil bagi kunci kereta dia untuk aku memandunya pulang ke istana yang dah lama aku tak jenguk. *hahaha.

Sepanjang 5 hari kat rumah, 2 kali aku merasa masakan mummy ku. Lauk kenduri-kendara dan lauk dari restaurant di area Kuala Terengganu dan Kota Bharu pengganti masakan mummy ku kali ni. Malam makan besar, adik ku tidak pulang pula, maka kami hanya makan restaurant berdekatan ber-3. *hahaha.

6hb aku dah pulang ke sarang. Jalan jammed gila! 16 jam dalam kereta menyebabkan aku rasa macam mayat hidup pada hari Isnin time gi kerja. Dan petang Isnin yang damai itu, puan boss panggil masuk bilik beliau. Ingat nak naikkan gaji, rupa-rupanya aku sebagai makcik cleaner kena bagi talk kat student pasal cara-cara menggunakan khidmat kami pada 8hb. *hahaha.

Dan 8hb muncul dengan cepatnya, ketika aku menerangkan kepada students cara-cara menggunakan khidmat kami, tiada soalan langsung ditanyakan kepadaku. Ini bermakna aku berjaya membuat budak-budak tu faham dengan bahasa alien aku itu. *hahaha.

Sekian, cerita sesudah cuti tamat!

Ringkas update aku ni. Eleh, macam ada orang baca!! *hahaha.


makcik cleaner yang identitinya dirahsiakan

Friday, January 21, 2011

Suatu pagi Jumaat

Hari ini hari Jumaat. Sesampai di office, Sha Qi terus menuju ke mejanya.

"Weh, aku tak off power computer ke hari Rabu ari tu?" Dia bertanya sendiri, didalam hati.

Pantas Sha Qi log-in computer dan mula melayari internet. E-mail dan Facebook, page yang pertama diterjahnya. *heh. Tiba-tiba matanya tertancap pada e-mail daripada 'orang besar'. Setelah meniti ayat-ayat dalam e-mail tersebut, Sha Qi mula menangis. Air mata mengalir dengan sangat laju dan mula diikuti dengan esakan yang kuat. Dah tak tahan sangat dia berlari ke toilet.

Sesampai di toilet, pecahlah tangisan yang amat kuat diikuti dengan ayat,

"Saya tak sengaja... Betul-betul tak sengaja..." bersama lelehan airmata dan mukus di hidungnya.*yuck!

Miss D yang turut berada di dalam toilet tertanya-tanya. Dia cuba memujuk Sha Qi. Sha Qi pula berusaha mengelakkan airmata dan mukus hidungnya terkena jubah purple Miss D. Setelah hampir 5 minit menangis dengan hodohnya, Sha Qi mula tenang. Dia cuba berfikiran rasional ketika itu.

Dan sesudah habis adegan menangis di toilet, Sha Qi menyambung kerjanya. Dia terus membuka perisian Adobe Photoshop CS3 dan mula membuat kerja dengan airmata yang turun dengan lajunya. Sesekali di jelingnya tab email yang memang sedia di browser Mozilla itu. Dan airmatanya terus gugur.

In this case - Thaipusam.
Tak salah nak wish Happy Thaipusam; cumanya jangan tujukan pada 'to all Indian staff'.

Sebabnya: Ada yang Indian Muslim, ada yang Indian Christian, Buddha dsbnya

Yang tepat ialah - "untuk staff @ kakitangan yang beragama Hindu @ penganut agama Hindu"


Ayat-ayat itu masih terbayang di matanya. Dan airmatanya masih terus mengalir. Email ini telah di sendkan kepada semua staff library. Dan untuk si tukang create wishes semua tu, Sha Qi!!

Silap siapa? Sha Qi!

... and my tears can't stop falling!
Silap saya



Friday, January 14, 2011

Api

Anak kecil itu sedang main api,
kertas di tangan di cucuh api,
terbakar dan menjadi abu.

Airmata yang mengalir di matanya
tak mampu memadam api itu,
dan api itu semakin marak
membakar.

Seolah-olah hatinya yang terbakar,
matanya kelihatan seperti api
yang disirami air,
ya, airmata.

Anak kecil itu akhirnya meraung,
kuat dan penuh dengan derita.
Api itu membakarnya.
Panas dan perit.

Anak kecil itu semakin membesar,
parutnya masih ada

dan masih bermain api.





Sungguh, aku tak serik. Api itu panas, menakutkan,
tetapi tetap aku dekati juga.

Kenapa?
Jangan tanya. Aku pun tak tahu.

Thursday, January 13, 2011

Bertahan!

Hey kamu yang bernama Sha Qi,

BERTAHANLAH!!!

Tuesday, January 4, 2011

2011 -- First Post!


*heh

Semoga new year ni aku lagi bersemangat nak hidup.