![]() |
| This picture was edited by *him* |
Friday, January 3, 2014
Thursday, January 2, 2014
Jika dia. Biarlah dia.
Jika memang dia. Biarlah dia. Dalam sujud ku berdoa moga dia yang pertama dan terakhir sebagai teman sehingga syurga. Maaf aku mengharap tetapi rasa yang ada ini terlalu sukar dinafikan haknya.
Hanya dia. Biarlah dia. Jika sudah tertulis dia orangnya, aku redha. Jika bukan dia orangnya, aku pasrah.
Selamat malam Mr.Typo.
My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.
![]() |
| Since you are not mine please bear with this censorship |
Perghh... Payah gak menaip guna tablet ni!
Thirteen signs you falling in love
13. You have to try hard to be mad at them him.
*No matter what happens I simply can't get angry with him*
12. You read their texts over and over again.
*I'm keep doing this. Almost every day.*
11. You walk really really slow when you are withthem him.
*We walk together.*
10. You feel shy whenever your withthem him.
*I am a shy person, remember?*
9. While thinking aboutthem him your heart will beat faster and faster.
*even now...*
8. While listening totheir his voice you smile for no reason.
*keep smiling*
7. When looking atthem him you can only see that person.
*blushing*
6. You start listening to slow songs.
*Love song*
5.They He becomes all you think about.
*Yes, he is.*
4. You get high by fromtheir his smell.
*He didn't smell?? ehemm..*
3. You realize that your always smiling to yourself when you think ofthem him.
*smile*
2. You’ll do anything for him/her.
*I do*
1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.
*Mr.Typo*
Taken from here.
*No matter what happens I simply can't get angry with him*
12. You read their texts over and over again.
*I'm keep doing this. Almost every day.*
11. You walk really really slow when you are with
*We walk together.*
10. You feel shy whenever your with
*I am a shy person, remember?*
9. While thinking about
*even now...*
8. While listening to
*keep smiling*
7. When looking at
*blushing*
6. You start listening to slow songs.
*Love song*
5.
*Yes, he is.*
4. You get high by from
*He didn't smell?? ehemm..*
3. You realize that your always smiling to yourself when you think of
*smile*
2. You’ll do anything for him
*I do*
1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.
*Mr.Typo*
Taken from here.
tentang:
love,
Mr.Typo,
sharing is caring
Wednesday, January 1, 2014
2014. Saya ada tablet baru dan * dia *.
Bismillahirrahmanirrahim..
Dah 2014 hari ini. Hari ini saya berjalan-jalan melawat kawasan. Just kidding *buat muka gedik*. Hari ini kami ada misi mencari gadjet. Dia cari handset untuk mak dia, aku cari tablet untuk diri sendiri. Tepat jam 10.59 am dia dah ada depan pintu pagar rumah. Janjinya jam 11 am. Tercepat seminit. Hahaha.
Aku memang dah lama nak cari tablet untuk kegunaan santai. Penat dia list kan jenama tablet murah. Penat juga aku buat muka kesian minta dia setuju aku nak tablet Lenovo. Tapi beliau macam tak berkenan sangat dengan tablet Lenovo tu. Semangat pula dia tunjuk tablet Acer yang murah tu. Hahaha.
Dah penat berjalan me-round area Subang, akhirnya kami ke kedai pilihan dia. Sebenarnya dia memang dah confirm nak beli handset apa untuk mak dia cuma aku je yang bersungguh nak 'pegang and feel' sebelum beli. Jadinya dia melayankan aje kehendak aku tu.
So now, aku dah ada tablet sendiri. Walaupun tak canggih-manggih tapi sangat sesuai untuk aku berbaring baca novel dan manga online nanti. Inilah rupa tablet itu :
Aku hulurkan duit kat mamat jurujual tu RM400, dia balance-kan aku RM1 dan aku dapat percuma USB Car Charger Adapter warna pink dan Micro Sim Adapter :
![]() |
| Car Charger Adapter |
![]() |
| Micro Sim Adapter |
Pink? Okay, memang aku tinggalkan je dalam kereta dia. Hahaha.
"Sorry awak, saya allergic dengan warna pink."- Sambil buat muka kesian. Walaupun dia buat muka tak rela, dia ambil juga letak kat tepi lepas acah-acah nak buang ke luar kereta. Tak tahulah apa nasib adapter tu nanti. Hahaha. Thanks Mr.Typo. Walaupun saya tahu awak penat, tapi saya tahu awak happy melayan kehendak saya. Kan? Hahaha. *selfish mood detected*
Okay. Nanti aku update entry pakai tablet baru dan berlagak kat sini. Hahaha.
Sunday, December 29, 2013
Saya janji?
Hey awak,
Awak share dengan saya ; don't promise me forever : Realiti Konspirasi. Mula-mula saya tengok kartun tu macam comel je. Tapi sebenarnya saya memang pernah follow blog tu cuma owner nya dah lama tak update so blognya itu saya lupakan. Masa saya baca tu, saya bayangkan awak yang 'cakap' macam tu kat saya. Perasan tak saya? Nak buek camno, den ni dah suko bona kat ekau. Hahaha. Bila awak dah warning saya siap-siap macam tu, takkan lah saya tak terasa yang awak macam suka saya juga kan? Okay. Enough perasan sengsorang.
Petang tadi masa saya melepak dengan adik saya dan wife dia, awak dan dia text saya serentak. Terkojut makcik. Saya rasa saya dah get over dengan encik itu. Saya rasa macam satu perasaan biasa bila reply text dia tu. Tak rasa sedih atau teruja macam biasa. So sekarang saya hanya ada awak je, Mr.Typo. Terima kasih sebab awak ada. Sekurang-kurangnya saya sedar, perasaan saya pada dia hanyalah ciptaan rasa kekosongan dalam hati saya. Gila tak? Walaupun awak tak terus terang perasaan sebenar awak pada saya, tapi saya rasa macam ada 'sesuatu' antara kita.
Mustahil untuk saya janji saya akan sayang awak selamanya. Tetapi kalau sudah jodoh kita, memang pasti saya akan sayangkan awak selamanya. Saya tak janji. Tapi saya pasti. Awak, terima kasih sebab layan saya dengan baik. Saya tahu, suatu masa nanti awak mungkin akan jadi sangat sibuk, tapi saya harap sangat, masa tu saya memang dah ada dalam hati awak dan awak sayang saya macam saya sayang awak. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.
My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.
To Encik itu:
The heart which used to beat only for you until yesterday might turn towards someone else today. Thank you for the memories.
Belajar makan pedas
Assalamualaikum w.m.t.
2013 dah tinggal beberapa hari lagi. Saat entry ini di karang oleh aku, gaji masih belum menunjukkan tanda-tanda positif akan masuk ke dalam akaun. Wah. Aku dah 'kering' sangat ni. Sabar ye Shaqi. Tak lama sangat dah ni. Insya Allah, adalah tu.
Sabtu tak ada date dengan dia. Ahad pun tak ada. Tak apa lah. Kalau asyik jumpa je mungkin bosan kan? Hahaha. Mr. Typo cakap aku sekarang dah kenal dengan orang nogori, so aku kena makan pedas. Oh no!! Saya makan sos cili pun tak boleh inikan pula nak merasa masakan yang pedas-pedas.
Tapi, bila sekali sekala terfikir sampai bila aku tak nak makan pedas? So aku rasa aku boleh start belajar nak menelan kepedasan yang diwar-warkan sebagai 'nikmat hidup' tu. Saya akan berusaha makan pedas dan mugkin tandas akan jadi kawan karib saya sepanjang 'percubaan' ini.
Pedas. Pedas. Pedas. Perutku sayang, berusahalah...
Hahaha..
Good night, Mr.Typo. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.
My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.
Thursday, December 26, 2013
Eh. Awak..!
11.45 PM
Saya masih di hadapan laptop. Memikirkan apa yang saya nak berkongsi maklumat dengan kawan-kawan sepejabat saya pada esok hari. Saya tahu awak dah tidur. Kesan vitamin yang awak makan tu. Comel kan? Awak makan vitamin. Saya pula minum kopi. Awak mengatuk. Mata saya tak boleh tutup.
Kawan serumah saya tegur saya nampak berisi. Bila saya tanya awak, awak cakap, 'u still slim la' tapi awak ajak saya berpuasa hari Isnin ni. Hahaha. Saya harap saya boleh puasa dengan awak Isnin ni. Bila awak cakap awak ada tinggal sehari lagi puasa nazar, saya nak tahu sangat apa yang awak nazarkan. Tapi saya tak nak awak rasa saya macam makcik kepoh, jadinya saya tak tanya. Hahaha.
Awak, saya tak tahu macam mana tapi awak dah buat saya tersenyum sendiri kadang-kadang gelak macam orang gila bila teringatkan awak. Pelik tak? Saya suka bila awak cakap, "Saya percayakan awak." Perkataan 'percaya' tu kalau awak tukarkan 'sayang' mesti lagi seronok kan? Hahaha.
Good night, Mr.Typo. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.
My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.
tentang:
Mr.Typo
Wednesday, December 25, 2013
To Mr.Typo
Warning! Ini post yang gedik.
Mr. Typo,
Agak-agak awak rasa tak apa yang saya rasa? Saya senang dengan kehadiran awak yang tiba-tiba. Walaupun saya jenis sombong tak approve orang dalam FB baru saya tu atas sebab privacy, tapi dengan awak saya rasa, "Dia ni macam okay. So accept je lah." Dan PM saya yang pertama pun "hey, do i know u?"
Agak-agak awak rasa tak apa yang saya rasa? Saya senang dengan kehadiran awak yang tiba-tiba. Walaupun saya jenis sombong tak approve orang dalam FB baru saya tu atas sebab privacy, tapi dengan awak saya rasa, "Dia ni macam okay. So accept je lah." Dan PM saya yang pertama pun "hey, do i know u?"
Bila awak cakap awak nak serius nak kenal dengan saya, perasaan saya campur baur. Saya macam slow nak faham maksud awak. Saya pun serius jugak nak kenal awak. Saya dah stop text other guys because saya rasa nak serius dengan awak. Tapi saya tak beritahu awak pun, takut awak rasa saya mengada-ngada nak cakap saya 'hot' sangat. Hahaha.
Saya suka bila awak focus pada saya. Saya suka dengar ketawa awak. Walaupun awak selalu sangat typo tapi saya rasa sangat selesa bila berbalas text dengan awak. Saya suka bila awak text 'Good Morning' setiap pagi pada saya. Mungkin pada awak nampak macam biasa tetapi saya sangat hargai masa yang awak ambil untuk text saya tu.
Key-chain Samurai yang awak bagi tu saya letak dengan kunci kereta saya. Nampak tak yang saya sangat hargainya? Nak sentiasa ada dengan saya. *Okay, ini sangat gedik*
Mungkinkah ini jodoh? Hahaha. Saya tak tahu apa perasaan awak kepada saya. Tapi dengan awak saya rasa dihargai. Cara awak menghormati saya buatkan rasa sayang yang saya takut sangat nak tunjuk tu makin menebal.
Okay Mr.Typo, saya tahu malam ni awak tak boleh text saya, so saya merapu kat sini. Saya harap awak layan lagu One Republic pirate yang saya bagi kat awak tu. Walaupun saya macam teruk paksa awak suka yang apa yang saya suka, saya tetap nak buat juga sebab saya nak awak suka apa yang saya suka. Bolehkan?
Good night awak. Semoga ada jodoh kita dan biarlah sampai syurga.
P/s: Walaupun ini untuk awak tapi saya tetap harap awak tak pernah jumpa blog saya ni. Malulah saya kalau awak baca ni. Okay. Bye.
My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.
Monday, December 23, 2013
Dia ialah Mr.Typo
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
"Ya Allah, jika dia biarlah dia."
Itu doaku sejak belakangan ini. Biar aku kenalkan dia. Dia; Mr.Typo. Dia sangat comel. Dan dia tiba-tiba ada dalam hidupku. Dia sangat baik. Dia sempurna pada aku. Cukup sempurna untuk aku. Untuk kamu dan sesiapa aku tak tau. Tapi pada aku, dia sempurna.
Ucapan 'Good Morning' daripadanya dah cukup buat hatiku rasa gembira. Selama ini, hanya aku yang sibuk menghantar ucapan selamat pagi kepada orang-yang-pernah-aku-suka. Tapi dengan dia, sebaliknya. Dengan dia aku rasa dihargai. Rasa disayangi. Mungkin dia tak tahu. Aku tak nak dia tahu. Tapi dalam hati aku ada rasa bahagia dengan dia.
Dengan dia, dia tak cabar aku tapi dia tak pernah membosankan. Katanya dia pendiam, tapi aku rasa banyak je modalnya. Kalau sembang dengan dia macam tak ada penghujung. Bersambung-sambung. Aku suka cara dia berfikir. Pendapat dia. Ayat sokongan dia. Lawak spontan dia.
Tapi aku takut. Takut kalau-kalau dia tak ada rasa yang sama. Takut kalau hanya jantung aku sahaja yang berdegup dengan dia. Takut jika dia tak rasa apa yang aku rasa. Takut jika dia pergi tanpa pedulikan aku. Takut dia biarkan sayang aku ni bagai angin lalu.
Tapi rasa sayang itu makin bercambah setiap hari mungkin tanpa dia sedari. Aku janji dengan diri sendiri takkan cakap aku sayang dia kalau dia tak mulakan dulu. Aku harap dia tak jumpa blog ni sebab lepas ni aku tahu semuanya akan cerita pasal dia. Jadi, sesiapa yang terbaca ini sila sabar atau cepat-cepat tutup. Bimbang kamu meluat dengan ayat-ayat jiwang aku nanti. Hahaha.
My Mr.Typo. Actually not mine yet. But please be mine.
To be continue..
Saturday, December 7, 2013
Soal jodoh, jangan ditanya..
Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui...
Jodoh. Satu perkataan yang agak menakutkan aku beberapa hari ini. Melihat kawan baik dah ada cahaya mata sendiri, comel pula tu, menjadikan aku terasa sedikit sunyi. Merasa yang aku ragu-ragu, masihkah jodoh aku itu ada sebenarnya ataupun 'dia' sebenarnya memang ada tapi tak sempat aku jumpa 'dia' di dunia ini.
Kadang-kadang aku rasa sedih bila orang persoalkan status single aku ni. Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Aku ada family dan kawan-kawan sehingga aku rasa aku boleh hidup sendiri sebenarnya. Tapi bila beberapa suara asyik bertanya 'bila?', 'dah ada ke belum?', 'siapa?', 'eh tak laku ke?', 'jual mahal ni..' aku jadi kelu. Tak terkata apa-apa. Kebiasaannya aku senyum dan jawab, "Itulah, tunggu putera kayangan. Tak turun-turun lagi ni nak masuk meminang saya." Dan biasanya persoalan itu tamat, tak bersambung dan aku selamat.
Bagi aku jodoh itu ada bila tiba masanya. Kalau tak ada, aku tak boleh buat apa. Oh tak, mungkin aku boleh pergi mandi bunga. (Hahaha). Tipu pula aku katakan aku tak 'berkawan' atau tak 'berusaha'. Aku 'kawan' dengan orang-orang yang berpotensi tinggi untuk dibawa berjumpa mama dan babahku tapi hati ni rasa macam tak ada hubungan 'kimia' dengan mereka. Seolah-olah hati ini menidakkan dan kata, 'bukan dia. takkan lah dia..?'
Jadinya, aku pohon, soal jodohku jangan di tanya. InsyaAllah, kalau ada nanti kamu akan terima jemputannya.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi baca.
Subscribe to:
Posts (Atom)



