Monday, May 31, 2010

Si Jiwang, Anaqi


Sempat lagi main susun-susun huruf sahibba sengsorang kat rumah!

Dah lama rasanya aku tak menjenguk blog ni... Mungkin busy. Eh aku tahu busy ke? Hahaha... Kene jaga kat tempat baru memang seronok, yelah dah namanya baru... Tapi sebenarnya tak seronok sangat lah. Kerja tersenyum kat depan kaunter, apa kes? Adoi la... Hahaha... Masih tak dapat lagi kata putus dari bos yang handsome tu sama ada siapa kena kat mana so aku terima je lah kerja kat MSU baru ni... No internet, no computer... Aku betul-betul mati kutu kat sini. Argh, bila agaknya library ni nak ber-function yang sepatutnya ye?

Ermmm... Masuk hari ni dah 4 hari aku melepak di rumah! Aku amek cuti hari Sabtu & Isnin. Nak rest jap! Hahaha... Rest? Penat ke kerja cik Anaqi oiii?! Dua hari aku ke kelas memandu. Okay la... Bergerak jugak la keretanya. Elok la atas bukit. Parking pun okay. 3 penjuru pun okay jugak. Tinggal nak meround-round atas jalan sebenar je. Lesen 'L' ku dah mati so kene renew la dulu baru boleh meronda-ronda atas jalanraya. Damn! Sudahnya dua hari kemudian aku melepak kat rumah tak buat apa-apa. Err... Sekarang aku tengah mencari idea untuk jalan cerita cinta baru. Tajuk tak tau lagi, tapi aku sedang berusaha menyiapkannya. Tiba-tiba aku terasa macam penulis novel la pulak. Wah...hahaha... Entah bila nak siap aku tak tau, tapi setakat ni aku dah sampai BAB 6. Semuanya pun aku tak tahu berapa bab.

Dah menulis cerita cinta ni, penat pulak otak aku memikirkan macam mana orang bercinta ye...Nak guna pengalaman sendiri, memang tak boleh harap langsung. Adoi! So macam mana ni? Cari pakwe sorang boleh? Wah hahaha... Idea nak mereka cover cerita tu pun macam dah ada, tapi selagi tajuk tak ada lagi, susah sikit lah nak merealisasikan impian nak mereka cover tu. Ceh! Cakap macam nak up je aku ni! Hahaha... Ni sepatutnya ayat-ayat kat cover belakang cerita tu. Mungkin ada yang berubah nanti... Ermm... Tak tau la ye...

Qalisha Humaira

“Cinta itu sangat berat. Saya tidak mampu memikul beban yang berat. Saya tak mampu untuk jatuh cinta pada awak, Is. Saya betul-betul tak mampu!”

“Apabila kita mendapat sesuatu, biasanya kita akan kehilangan sesuatu yang lain.”

Iskandar Zulkarnain

”Biarkan saya mencintai awak. Awak tak mampu memikul berat itu, biarkan saya membantu awak. Kita sama-sama menanggung berat itu.”

”Saya cintakan awak, Qisha!”


Cinta ini sangat memenatkan.
Mereka jatuh cinta tetapi merana.
Ada hati yang terluka.
Ada hati yang menderita.
Cinta ini memang memenatkan.
Hati yang terperangkap dalam cinta ini,
mungkinkah ada jalan penyelesaian?

Pergh!! Jiwang tak? Hahaha...

Si Jiwang, Anaqi tamat!

2 comments:

ALANG said...

jiwang bangat beb....
wat berkonflik banyak sikit..
kasi pecah otak ket

Anaqi Hawwari said...

hahaha..tgh berusaha lah ni!