Wednesday, June 9, 2010

Cerita Cinta

Orang yang mencintaiku kerana dia mencintai Allah...
Orang yang menyayangiku kerana dia menyayangi Allah...
Orang yang menjaga maruahku kerana aku adalah maruahnya...
Orang yang menghormatiku kerana aku menghormatinya...
Orang yang memahamiku kerana aku adalah dirinya...

Warning!
Ayat-ayat di atas tiada kena mengena dengan perkara-perkara di bawah!

Okay, aku pilih tajuk ni untuk entry aku kali ni sebab sekarang musim orang yang berjaya dalam cinta. Musim kenduri kahwin!

Perkara biasa, orang bercinta. Perkara biasa orang clash. Perkara biasa juga orang sambung balik lepas clash. Apa yang seronoknya bercinta ni ye? Setelah menglistedkan keseronokan bercinta ni aku termanggu sekejap.

1. Ada orang sayang, caring, baik, rindu dan kita boleh kahwin dengan orang itu. Sebab setakat sayang, caring, baik dan rindu je, family pun macam tu kan? Hahaha...

2. Time kita boring, ada orang tempat kita nak hilang boring.
Yelah, dah buah hati boring, takkan nak biarkan je kan? Kan ke cakap, "I cinta You setiap masa"? Tu dah termasuk la cinta masa marah, masa sedih dan sudah tentu masa boring. Kan? Kan? Hahaha... Damn!

3. Time merajuk ada orang pujuk. Walaupun orang tu yang buat kita merajuk.

4. Walau kita cakap apa pun, orang tu mesti setuju kan?
Ye lah, "You jump, I jump... Remember?" Whoa... Seyes sh*t romantic!

5. Tak ada masa kita sengsorang. Setiap masa mesti kita asyik fikirkan pasangan kita tu kan? "Awaklah yang last masa saya tidur, awaklah yang first masa saya baru bangun tidur..."
Eh, kamu sebut nama saya sesudah baca doa tidur ye? Tak kira... Tak kira... Doa tidur tu kena baca balik. (Wah, seperti ustazah sudah saya!)

6. Bila orang tanya,"Awak ni single ke?" kita boleh jawab, "Tak lah. Saya dah ada pakwe/makwe. Tak percaya tengok gambar ni..." Maka kita pun menunjukkan gambar pakwe/makwe dalam phone 3G tu. Orang mesti kagum punya. Muka macam ni pun ada pakwe/makwe handsome/cun ke? Wah hahaha...

7. Bila ada orang kacau, boleh la mengadu pada pakwe. Hahaha... Tapi kalau pakwe kena kacau, confirm dia diam je kan?
Saham naik beb. Tak yah la kecoh-kecoh... Hehehe...

8. Setiap masa phone berbunyi. Tak SMS, call... Okay la daripada orang tak de pakwe/makwe tu. Kadang-kadang 2-3 hari handphone tak berbunyi. Kalau ada pun, alarm suruh bangun subuh je. Hahaha... (Ni atas batang hidung sendiri!)

9. dan banyak lagi...
(Heh, sebenarnya idea sudah kering. Biasalah pengetahuan am pasal cinta tak pernah khatam... Hahaha...)

So, cinta itu indah kan? Cerita cinta itu best! Ada masa ketawa, ada masa senyum, ada masa sedih, ada masa cemburu, ada masa boring, ada masa menangis, ada masa macam entah apa-apa dan paling penting setiap masa rasa bahagia...

Aku sendiri pernah rasa macam mana budak-budak bercinta, pernah ketawa dan menangis juga kerana cinta. Pernah rasa macam mana kena reject dengan orang yang aku suka dan pernah rasa juga macam mana mencintai dalam diam.

Bila dah pernah rasa semua tu, agak-agak aku ada peluang tak nak sentiasa bahagia dengan orang yang aku cintai? Pergh... Ayat-ayat semua nak kena ada perkataan cinta ni! Hahaha…

Weh! Aku tak benci cinta tau. Malah aku sedang mencari cinta. Tapi bukan 30 hari mencari cinta ye… Sekadar berenang ke lubuk hati. Menyelami ke mana hilangnya rasa ingin mencintai seseorang yang sempurna sekurang-kurangnya dihatiku.

Kerana aku dikelilingi oleh orang-orang sedang bercinta, mood cinta itu datang. Cerita cinta pun sedang aku karang. Orang tengah sibuk buat kenduri kahwin kan? Tu lah salah satu kejayaan cinta… Kan? Kan?

Sejarah cinta parents aku pun, 5 tahun couple, baru kahwin… So, anak mereka berapa tahun kena couple baru kahwin agaknya ye? Hahaha… Atas nama cinta, lahir aku melihat dunia!

P/s: Update untuk cerita cinta terbaru baru bab 8. Bila entah nak siap pun tak tahu. Tapi kalau kat opis asyik menaip cerita cinta aku tu, mungkin aku akan berhadapan dengan masalah kan? Hehehe…

Wah! Penatnya aku… Kenapa entry aku kali ni berat untuk aku ye? Cinta, huh? *sigh


Cerita Cinta.~ never end!

3 comments:

ALANG said...

kahwin tanpa cinta..
ader jugak kan..
jeng2

wenk said...

ala..sabor la. Ade la jodoh tu nnt

AnaqiHawwari said...

haha..kawen without love?no.no.no.
ada jodoh ke?haha