Wednesday, September 29, 2010
Penat
Tuesday, September 28, 2010
Surat Modern!
Monday, September 27, 2010
New Update of My Life!
Whoa… Sudah lama rasanya aku tak bercerita panjang di sini. Sibuk yang aku buat-buat menjadikan aku malas nak meng-updatekan ceritaku dalam Jurnal Anaqi ni. Yang catatan pendek tu idea rasa nak berpuitis. Wah… Hahaha…
Erm… Aku mungkin sudah mula menyukai kerjaku sekarang. Aku mungkin mahu bertahan disini selama yang boleh. Tu perasaan aku sekarang. Tetapi mungkin akan berubah dalam masa seminit, sejam, seminggu atau setahun selepas aku publish entry ini. Hahaha…
Okay, huraian semasa aku malas update dalam diari-semua-orang-baca aku ni:
Kerja
Aku dapat bos baru. Bos perempuan yang baik. Tapi aku tetap suka bos ensem tu. Cara bos baru ni agak mencabar dan I kindly love it! Diletakkan dalam unit yang berkaitan dengan Degreeku, aku rasa puas. Ni mungkin sebabnya aku rasa aku nak bertahan kat sini disamping salary ku yang dah naik. 1 tahun dah naik RM250, okay la kot?! Bonus masa raya yang dapat juga membuatkan aku semangat nak buat kerja dengan jayanya! Yay!
Aku gak dah tak jaga kaunter. Yay! Setakat tolong cover tu, aku still cool with it. Hahaha… Mungkin ada yang tak suka aku tak suka jaga kaunter, tapi aku peduli apa?! Tempat tu bukan untukku ye… Hahaha…
Raya
Beraya dirumah, tahun ni tahun kedua aku dah tak dapat duit raya malah aku jadi tukang bagi duit raya. Tak kisah pun, biasalah dah rezki bertambah, tak salah rasanya setakat nak share dengan budak-budak kecik yang datang beraya. Tahun ni family ku berwarna coklat.
Hubungan
Family = perfect
Best Friend = as usual
House mates = okay
Office mates = well, well
Students = sengih je aku memanjang
Pakwe = haih.. Bila nak ada ni?! Hahaha…
Lesen
Haa… Nak buat lah ni!
Okay, tu jek!
Wednesday, September 22, 2010
Saturday, September 18, 2010
Campur dan baur!
Gembira pada mulanya.
Sedih pada sudahnya.
Kini sedih dan gembira bercampur.
Berbaur-baur.
Hmmm...
Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Friday, September 17, 2010
Mencarimu
Aku berlari.
Bukan dikejar,
tetapi
aku mengejar.
Eh kau tidak peduli?
Kamu, berhentilah seketika.
Toleh ke arahku.
Dibelakangmu ini.
Nampak?
Aku suka kamu...
Jeritanku
Aku menjerit.
Mereka tidak peduli.
Eh, mereka tak dengar sebenarnya.
Rupanya aku menjerit didalam hati.
Huh! Patutlah!
Gembira?
Dalam hati sedikit berbunga.
Lagu cinta santapan telinga.
Aku suka kerana aku gembira.
Hey hati,
Di sini ia berbunga-bunga.