Thursday, December 30, 2010

Rasa Benci

Perasaan yang kalau diberitahu kepada orang lain akan menimbulkan rasa kurang senang orang tersebut kepada kita. Perasaan benci ini seharusnya di sembunyikan dengan sebaik-baiknya. Maaf, bukan hipokrit tetapi disebabkan kita hidup dalam bermasyarakat, perasaan benci tidak boleh di tunjukkan secara terbuka. Berikut beberapa tindakan yang boleh diambil untuk menutup perasaan benci:

1. Senyum
Percayalah dengan senyuman anda boleh melindungi rasa hati anda dengan baik. Saya telah beberapa kali melakukannya dan setakat ini, ia masih boleh di kira berjaya.

2. Sabar
Ini merupakan usaha yang paling sukar. Kalau dah benci dan marah kita rasa dah tak tahan lagi, rasa macam nak bunuh orang je, kena makan penampo gak budak ni dan sebagainya. Tapi perasan tak walaupun kita berniat sebegitu, tetapi kita tak melakukannya. Ini jelas menunjukkan kita sebenarnya sedang bersabar.

3. Buat-buat tak tahu
Ini bukan bermaksud kita meng- ignore-kan orang tersebut tetapi kita perlu buat-buat tak tahu dengan perasaan benci itu. Caranya kita boleh imagine kan orang itu seperti tidak wujud atau sebagai angin yang wujud tetapi tak dapat disentuh cuma boleh dirasa.

4. Normal
Walaupun kita rasa macam nak bagi penampar je, tapi sebagai manusia normal, kita perlu berlagak normal. Ayat-ayat seperti, "Oh, ye ke?" "Macam tu eh.." "Owh... Okay" "Okay-okey, tak ada hal lah" adalah ayat-ayat yang mungkin sesuai digunakan ketika terpaksa berbicara dengan orang yang dibenci.

Baiklah, setakat ini hanya 4 cara sahaja yang mampu saya senaraikan dalam entry kali ini. Kalau saya dah berjaya menangani masalah benci ini, saya akan share lagi dengan anda.

Sekian, terima kasih... Sehingga bertemu lagi... Selamat mencuba!!!




Heh! Pergi mampus lah kau!

Friday, December 24, 2010

Pissed off!

Hidup ni memang tak sempurna. Sesusah mana pun nak menerima pandangan orang lain, kita masih perlu mendengar. Selepas itu kita kena buat pertimbangan sewajarnya. Sesungguhnya, aku memang susah nak mengikut pendapat orang lain, tapi at least aku mendengar terlebih dulu. Walaupun pada akhirnya keputusan aku mungkin bukan terbaik untuk orang sekeliling, tetapi sekurang-kurangnya terbaik untuk diri aku sendiri.
Bercerita mengenai pandangan, aku memang orang yang paling suka beri pandangan tapi aku adalah orang paling takut nak menerima penolakan atau kutukan. Serius, aku memang takut. Penakut. Dan hari ini aku betul-betul tak boleh tunjuk wajah baik aku. Terpaksa menyembunyikan wajah baik itu. Sudahnya muka ini menunjukkan wajah yang paling teruk. Yang melambangkan betapa teruknya hati aku.

December 24, 2010

Pada hari ini biarkan aku begini.
Jangan tanya kenapa kerana aku tak punya jawapan itu.
Langsung tiada.

Thursday, December 23, 2010

Di mana?

Terasa jauh.
Jauh hati.
Terlalu jauh.
Tak tergapai,
tak tercapai.

Terasa penat.
Lelah.
Tanpa melakukan apa-apa.
Aku penat.
Aku lelah.
Akhirnya lemas.

Menanti atau mencari.
Usaha itu mencari.
Tawakal itu menanti.
Mahu dicari tapi di mana?
Mahu menanti tapi di mana?

Di mana?

Terima kasih kawan kerana mahu mendengar.
Aku tak tahu apa yang kamu fikirkan.
Maaf, kerana aku juga sama seperti kamu dan mereka.
TAK SEMPURNA.

Friday, December 10, 2010

Kenang kenangan

Terasa terusik
kenangan lama,
walau cuba dipadam tapi
tak upaya.

Muncul kembali sekadar
melambai tanpa menegur,
sudah bisa menggetarkan hati,
membiarkan hari disulami bunga-bunga
mekar dan mendebarkan.

Tersenyum sendiri mengenang rasa.
Apa dikenang pada yang tak tahu?
Kenapa merindu kepada yang tak sedar?
Tersenyum sendiri
dan masih tersenyum.

Sebaris namanya terpacul dibibir
dan hati masih terasa getarannya.

Cinta?
Ah, itu gila ...


Khas buat Takki-san. Bukan di Japang tapi di sini, di Malaysia bumi bertuah.
Heh, terasa jiwang sangat tetapi itu perasaan yang tak dapat terluah dari bibir
dan sekadar menyusun rasa dihati.

Perginya seorang wanita

Dia wanita biasa,
seorang isteri kepada suaminya,
seorang ibu kepada anak-anaknya.

Hidupnya dikelilingi teman, rakan dan taulan,
menjadi sedikit warna dalam dunia ini.
Dia bukan yang terulung,
bukan juga terhebat,
tetapi tetap istimewa di hati orang-orang tersayang.

Adat kehidupan manusia,
"Tiada siapa yang sempurna"
Walau siapa pun dia,
dia tetap kembali kepada Yang Maha Pencipta.


10 Disember 2010
Al Fatihah buat arwah.
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan beriman.

Thursday, December 9, 2010

Macam mana nak berubah?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Untuk berubah kita memerlukan kekuatan. Dan dengan kekuatan itu kita memulakan sesuatu. Dah tahu tak pandai, kita belajar. Dah tahu tak boleh, kita cuba cara lain. Tu, yang tuhan bagi otak tu, kalau tak guna, nak buat apa? Pekasam?

Sebenarnya perubahan itu boleh berlaku kalau kita nak berubah. Keinginan yang pertama diikuti usaha. Bagi aku perubahan memang sangat sukar tetapi hidup ini memang memerlukan perubahan dan tentunya kearah kebaikan.

Berubah ke arah kebaikan. Macam mana nak berubah, tepuk dada tanya hati kau. Eh, entry ni menjadikan aku teremosional melampau lak...


Sekian ceramah aku untuk ingatan sendiri tamat!

Silentness

I hate it
I really do
But I can’t said it out loud
So
I remain silent
Act like nothing happen
Then,
It hurts me so DAMN bad.
So deep
So cruel
I realize that my silentness
is hurting me more deeply.
So deep that
I can’t take it anymore.
And my tears don’t stop falling.

This silentness.
I hate it so damn much.

Wednesday, December 8, 2010

Dua puluh satu November

Tanggal tarikh itu,
Terbayang seraut wajah yang pelbagai eksperesi.
Wajah yang menyambut ulang tahun ke-24 pada tahun 2010 ini.
Wajah itu bersama senyuman yang terukir,
wajah itu juga bersama air mata yang mengalir,
saat kedukaan melandanya.

Dia tak kuat tetapi dia tetap hebat.
Bertahan dan terus bertahan.
Terus maju kehadapan.
Walau ada keluhan dia masih mencuba.

Semoga kesedihan menjauhi kamu.
Senyumlah, dunia ini berseri dengan senyumanmu.

Maaf sahabat, aku terlambat.
Tapi aku tak terlewat, kan?



Dedikasi buat seorang sahabat, teman terbaik yang pernah saya ada.
Nur Syahida Zahari
21 November 1986

Ke hadapan

Mendongak memandang langit.
Menunduk tak sembah bumi.
Menjerit, memekik membingitkan telinga,
tak siapa mendengar.

Berlari tak mengejar,
tanpa berhenti walaupun lelah.
Akhirnya tersungkur, jatuh terjelupuk.
Tetapi masih bisa berdiri.
Bangkit perlahan, bertatih, dan
masih menuju KE HADAPAN...

Saya tahu hidup ni susah.
Tapi sebagai manusia saya tetap mahu mencuba.
Pedulikan berapa kali saya jatuh tetapi saya tetap bangun.
Pedulikan airmata yang mengalir kerana saya tahu,
pada satu tahap ia akan berhenti mengalir dan berganti dengan senyuman.