Kentang sudah dimakan ketika gambar ini diambil |
Gambar di atas menjadi bukti kepada pemberian boss kepada anak-anak ikan buahnya. Masih dalam mood bercerita mengenai Reading Campaign 2012, Puan Boss yang baik hati telah membelanja SEMUA staff di library 1 set mekdi/seorang sempena kejayaan KAMI yang bertungkus-lumus merialisasikan I Love MSU Library & Library Open Day yang boleh dikirakan agak berjaya. Sungguh baikkan beliau? Alhamdulillah, kami dapat boss yang baik dan sporting! Semoga rezki boss dan kami semua juga dimurahkan oleh-Nya. Amin...
Hari ini terkesankan dengan kebaikan boss, dengan sambil mengunyah burger aku siapkan se'ketul' dadu gergasi untuk dihadiahkan kepada Library PTPL Shah Alam. Library PTPL SA pun akan turut mengadakan aktiviti-aktiviti menarik nanti. Jadinya, dengan mood yang baik aku berusaha 'kerastangan'kan dadu untuk sponsor Giant Snake & Ladder game yang akan diadakan oleh mereka nanti.
Kerastangan-shaqi-buat |
Sebenarnya, dadu yang telah digunakan untuk aktiviti kami sebelum ini telah selamat di'kotak'kan (dimasukkan ke dalam kotak dan entah di mana letaknya) oleh seorang-librarian-yang-dirahsiakan-namanya menyebabkan aku menjadi rajin membuat yang lain untuk dihadiahkan kepada library PTPL SA. Honestly, dadu aktiviti kami lagi kecil dan kurang kemas berbanding yang ini memandangkan aku hanya mengambil masa kurang 2 jam untuk menghasilkannya.
Setelah test baling-membaling dadu ini, aku agak berpuas hati dengan ke'balance'an dadu tersebut. Hampir seharian aku siapkan dadu ini jadinya aku berharap sangat mereka sudi dan senang hati menerima pemberian ikhlas ini. Semestinya dadu ini akan mewakili KAMI semua staff di library MSU kepada library PTPL SA.
Sebenarnya, aku agak sayang dan suka juga pada dadu ini daripada dadu yang telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tetapi ada kata-kata 'hikmat' mengatakan kalau nak beri kepada orang, kita kena berikan yang baik dan paling kita suka atau sayang. Kan? Kan?
Sekian laporan dari opis yang kurang sejuk hari ini.
5 comments:
macam-macam kerja ko buat ye...bleh la minta elaun lebih ni :P
boleh apply naik pangkat da ni. ehehe
Wenk, nak mintak elaun lebih pun segan sebab boss baik.
maro, apply apakebendanya, borang pon tak de..hahaha..
tq3.... a lot of tq..xterucap dah tq i2..btw kteorg akan simpan dlm tmpt yg plg selamat utk dadu ni...ehek..
nota: psssttt boss u'ollsss xkedekut...bes3..murah rezki puan boss yek..kim slm kat dia ek..
No sweat la kak...
Post a Comment