|  | 
| Salam Ramadhan | 
Wednesday, July 18, 2012
Monday, July 16, 2012
Senyuman yang manis
Aku sedang tersenyum melihat makanan dan hari ini aku ter over pakai lipstik.
"Gadis cantik, senyuman manis terukir dibibir merah..."
Bait-bait lagu membuatkan aku menahan senyum. Cepat-cepat aku beralih ke kaunter pembayaran sambil mengetap bibir.
Bimbang di katakan perasan pula.
tentang:
gedik
Tuesday, July 10, 2012
Luahan yang terungkap
“Mi, penat ah keje ngan orang.” Tanpa sedar aku luahkan pada
Mie-chan. Terlupa seketika Mie-chan juga orang.
“Semua keje pun melibatkan orang.” Balas Mie-chan.
“Programmer? Dia main coding je. Nak marah-marah pun marah kat diri
sendiri bila tak dapat run program.” Aku menjawab.
“Eh, mana ada, programmer pun kena deal ngan orang jugak. Mestilah
nak tanya client nak macam mana.” Mie-chan membalas -- tepat dan padu.
Oh, kali ini bukan hal programmer yang aku nak cerita. Yang aku nak
cerita ialah hal KERJA YANG MELIBATKAN ORANG. Seringkali aku mengingatkan diri
sendiri, jangan banyak komplen dalam buat kerja. Buat je, dah nama pun aku
makan gaji. Tapi dalam nak ingatkan diri sendiri tu, aku masih tewas, masih
merasa tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara yang melibatkan kerja aku
tentunya.
Ya, aku tahu, kerja aku tak banyak macam mereka yang lain tapi kerja
yang tak banyak tu aku kena siapkan juga. Dalam hidup ni mungkin mereka tak
tahu perkara ini - CUBA Cuba  lihat dan cuba Cuba Cuba  settle kan 
Salah aku juga apabila aku percaya bulat-bulat dengan masalah yang
tiba-tiba ada, tanpa usul periksa dan siasat (eceh, macam polis dah ni) aku pergi mereport terus masalah kepada pihak yang berwajib. Malulah aku apabila masalah yang tak besar
sebenarnya aku besar-besarkan. Siap aku senaraikan 
Ya, aku amat emosional sangat sekarang. Aku akui. Dan aku rasa nak
komplen pada orang yang suka komplen tapi tak check dulu atau siasat atau usul periksa dulu perkara yang mereka nak komplen. Dan sekarang aku menyesal aku komplen
sebelum aku CUBA 
Nota tambahan:
Paling aku sakit hati, apabila aku menerangkan sesuatu, orang hanya
menjawab, “Hmm..” “Ya…” “Tahu…” tanpa memandang aku dan
sebenarnya yang dia Hmm…kan , Ya…kan , Tahu…kan Ada cuba 
Akhir kata daripada aku, "Acu, cuba, try, test, tengok dulu..." Terima kasih sebab sudi baca. Jasamu ku kenang, namamu ku julang. 
Sekian laporan sesudah balik kerja dengan penuh perasaan tensi!
Wednesday, July 4, 2012
Tsuru
| Sehelai kertas yang dipotong-potong dan dilipat-lipat | 
Aku baru balik dari bercuti 'panjang'. Banyak nak cerita dan di luahkan, tapi kalau cerita masa tengah marah dan sedih memang yang buruk-buruk sahaja yang keluar. Jadinya, di office semalam, sambil siapkan kerja yang banyak tertangguh, aku masih sempat melipat origami. Aku belajar dari sini. Banyak lagi kat internet kalau rajin cari.
*sigh
Rasa macam tak cukup je cuti. Aku rasa mungkin aku kena 'lari' lagi dan lagi. 
tentang:
kerastangan,
luahan
Subscribe to:
Comments (Atom)
 
 

