“Mi, penat ah keje ngan orang.” Tanpa sedar aku luahkan pada
Mie-chan. Terlupa seketika Mie-chan juga orang.
“Semua keje pun melibatkan orang.” Balas Mie-chan.
“Programmer? Dia main coding je. Nak marah-marah pun marah kat diri
sendiri bila tak dapat run program.” Aku menjawab.
“Eh, mana ada, programmer pun kena deal ngan orang jugak. Mestilah
nak tanya client nak macam mana.” Mie-chan membalas -- tepat dan padu.
Oh, kali ini bukan hal programmer yang aku nak cerita. Yang aku nak
cerita ialah hal KERJA YANG MELIBATKAN ORANG. Seringkali aku mengingatkan diri
sendiri, jangan banyak komplen dalam buat kerja. Buat je, dah nama pun aku
makan gaji. Tapi dalam nak ingatkan diri sendiri tu, aku masih tewas, masih
merasa tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara yang melibatkan kerja aku
tentunya.
Ya, aku tahu, kerja aku tak banyak macam mereka yang lain tapi kerja
yang tak banyak tu aku kena siapkan juga. Dalam hidup ni mungkin mereka tak
tahu perkara ini - CUBA .
Cuba lihat dan cuba selesaikan
dahulu masalah itu jika mampu diselesaikan. Cuba tengok dulu. Cuba settle kan sendiri dulu. Aku sedar, sumpah aku
sedar, kerja aku makan gaji ni mudah tapi kalau benda mudah sangat sampai nak aku
plugkan PC sebab PC tak ON yang dikatakan rosak memanglah aku rasa pelik dan geram.
Salah aku juga apabila aku percaya bulat-bulat dengan masalah yang
tiba-tiba ada, tanpa usul periksa dan siasat (eceh, macam polis dah ni) aku pergi mereport terus masalah kepada pihak yang berwajib. Malulah aku apabila masalah yang tak besar
sebenarnya aku besar-besarkan. Siap aku senaraikan
masalah yang sebenarnya tak banyak itu dengan berjela-jela panjangnya lagi.
Ya, aku amat emosional sangat sekarang. Aku akui. Dan aku rasa nak
komplen pada orang yang suka komplen tapi tak check dulu atau siasat atau usul periksa dulu perkara yang mereka nak komplen. Dan sekarang aku menyesal aku komplen
sebelum aku CUBA
lihat masalah-masalah yang telah dikomplenkan kepada aku. Sangat menyesal dan
malu juga!
Nota tambahan:
Paling aku sakit hati, apabila aku menerangkan sesuatu, orang hanya
menjawab, “Hmm..” “Ya…” “Tahu…” tanpa memandang aku dan
sebenarnya yang dia Hmm…kan , Ya…kan , Tahu…kan
tak memberi kesan langsung dalam hati dia. Rasa macam nak beri sepakan
percuma. Ada
baiknya aku bercakap dengan lembu yang sedang mengunyah rumput dan berak
serentak. Jadinya aku faham yang dia tak faham yang aku cuba fahamkan dia. -- Sebab tu bila aku bercakap dengan orang, aku mahu orang pandang aku supaya aku sedar aku cakap dengan orang bukan dengan lembu! Lembu itu, maksud aku. Lembu yang sedang mengunyah rumput dan berak serentak itu.
Akhir kata daripada aku, "Acu, cuba, try, test, tengok dulu..." Terima kasih sebab sudi baca. Jasamu ku kenang, namamu ku julang.
Sekian laporan sesudah balik kerja dengan penuh perasaan tensi!
No comments:
Post a Comment