Saturday, September 29, 2012

Give up. Should I?

Dah lebih 5 hari...
Dia tak menghantar pesanan ringkas. Telefon pun tidak. Mungkin dia sibuk dan mungkin dia dah lupakan saya. Perlahan saya pujuk hati,
'Tak mengapalah, orang tak sudi. Takkan nak paksa orang suka kamu sedangkan kamu sendiri tak boleh suka semua orang...'

Aku mahu lihat tinggi mana ego nya.
Dan tanpa sedar aku sedang menelan ego ku sendiri.

Egoist!






I miss you but...
this is not love
or it is?


Thursday, September 20, 2012

Internship

Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu...



Semoga kalian dapat kerja yang baik dan terus berjaya. Gambatte!!

Tuesday, September 18, 2012

Guitar Sekeng heng

Suatu hari di tempat second hand yang agak tekenal di Malaysia...

Beginilah lebih kurang. *gambar pinjam Pakcik Google*

Mata aku tertancap pada sebuah guitar warna biru yang dah faded. Masa tu hati aku dah berdebar-debar rasanya macam dah jatuh cinta. Aku pun dengan pantas memeluk gitar itu dan start petik gitar. Sambil berangan-angan aku jadi Yunalis nombor 2, aku menyanyi-menyanyi. Di sebabkan aku tak tak ada basic langsung main gitar, so bunyi yang terhasil memang la sangat "merdu".



Dengan hati berbunga-bunga berbekalkan cash dalam poket RM 80++, aku dengan berani tanya brother tukang jual tu,

"Bro, ni berapa?"

Brother tu pandang aku sambil senyum,

"Dua lapan."

Yes. Gila murah! Mata aku bersinar-sinar. Aku dah bayang lepas ni anak pakcik Latiff dan anak pakcik Tasneem dah tak boleh cari makan. Aku pun terus belek-belek guitar tu. Oh, ada controller kat tepinya. Bukan gitar kapuk biasa.

"Boleh sambung letrik tu, dik." Brother tu sambung lagi.

Aku angguk je. Dalam otak aku dah terbayang lepas ni aku kena cari amplifier pula. Kebetulan lagi mata aku tertancap kat sebuah amplifier lama di satu sudut lain. Abah kat sebelah setia aku melayan aku.

"Berapa harga?" Abah tanya aku.

"Dua puluh lapan." Aku jawab.

"Murah la tu. Ayong nak ke?" Tanya abah.

Aku senyum. Angguk-angguk..

"Ni berapa boleh kurang, tokey?" Aku masih cuba kot-kot dapat harga lagi murah.

"Bagi kurang dua setengah lah..." Tiba-tiba seorang yang lain menyahut. (Aku syak dia lah taukeh kedai tu.)

"Oh, dua setengah..." Aku angguk-angguk. Otak aku pun mem-process dengan baik punya.

Dua = 2
Setengah = 50

RM250

*bunyi cengkerik*


"Ooo.. Rupanya, dua lapan tu dua lapan kosong..." Aku angguk-angguk kecewa.

"Kosong... Kosong..." Kedengaran suara akak sepupuku menyanyi-nyanyi lagu anak pakcik Latif kat belakang aku.

Dengan penuh kecewa, aku melangkah keluar daripada kedai itu dan mengajak semua pihak terlibat pulang ke rumah sambil lagu Kosong oleh Najwa Latif terngiang-ngiang di telinga. Uh, nampaknya anak pakcik Latif dan anak pakcik Tasneem masih boleh terus berkarya...




Sekian daripada saya. Terimaaa Kaseeyyyyyyy...



Friday, September 14, 2012

Because I Miss You

Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days

Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you

Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?

Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it
I love you



Taken from here.

Thursday, September 13, 2012

Rindu


Pedih.
Sedih.
Pilu.
Malu.

Dan

Rindu.

Encik itu mungkin tak tahu.
Kerana dia, aku ini sudah rasa takut.
Kerana dia, aku dah jadi tak menentu.

Ini c i n t a kah?




p/s : Aku tak tahu!


Rasa rindu pada yang tak tahu memang perit sehingga rasa nak menjerit.
*hahaha*

Wednesday, September 12, 2012

Tak mengapalah

Perasaan yang bercampur baur apabila ditolak oleh orang/pihak lain...

Tak mengapalah hati, ini biasa...

Tak mengapalah, yang bertukar itu kan lebih baik?
Tak mengapalah, kan masih punya rakan dan ketua yang memahami?
Tak mengapalah, kan bukan yang terhebat?

Tak mengapalah, paling kurang pernah juga berjasa.

Tak mengapalah, kan..?




Nak mengadu pada encik itu, bimbang dikatakan mengada pula.
Wahai hati jangan manja begini. Usaha, sabar dan redha. *Senyum*

Sunday, September 9, 2012

Encik itu


Tak tahu sampai bila atau sampai mana
tetapi
jantung ini dah pandai berdegup kencang
bila namanya muncul dalam hati.


… dan apabila lagu cinta berkumandang,
dalam hati ini, wajahnya yang terpampang.






Saya rasa saya dah jumpa awak,
tapi

saya takut kalau awak bukan orang yang saya nanti
atau
saya bukan orang yang awak cari.