Tuesday, September 18, 2012

Guitar Sekeng heng

Suatu hari di tempat second hand yang agak tekenal di Malaysia...

Beginilah lebih kurang. *gambar pinjam Pakcik Google*

Mata aku tertancap pada sebuah guitar warna biru yang dah faded. Masa tu hati aku dah berdebar-debar rasanya macam dah jatuh cinta. Aku pun dengan pantas memeluk gitar itu dan start petik gitar. Sambil berangan-angan aku jadi Yunalis nombor 2, aku menyanyi-menyanyi. Di sebabkan aku tak tak ada basic langsung main gitar, so bunyi yang terhasil memang la sangat "merdu".



Dengan hati berbunga-bunga berbekalkan cash dalam poket RM 80++, aku dengan berani tanya brother tukang jual tu,

"Bro, ni berapa?"

Brother tu pandang aku sambil senyum,

"Dua lapan."

Yes. Gila murah! Mata aku bersinar-sinar. Aku dah bayang lepas ni anak pakcik Latiff dan anak pakcik Tasneem dah tak boleh cari makan. Aku pun terus belek-belek guitar tu. Oh, ada controller kat tepinya. Bukan gitar kapuk biasa.

"Boleh sambung letrik tu, dik." Brother tu sambung lagi.

Aku angguk je. Dalam otak aku dah terbayang lepas ni aku kena cari amplifier pula. Kebetulan lagi mata aku tertancap kat sebuah amplifier lama di satu sudut lain. Abah kat sebelah setia aku melayan aku.

"Berapa harga?" Abah tanya aku.

"Dua puluh lapan." Aku jawab.

"Murah la tu. Ayong nak ke?" Tanya abah.

Aku senyum. Angguk-angguk..

"Ni berapa boleh kurang, tokey?" Aku masih cuba kot-kot dapat harga lagi murah.

"Bagi kurang dua setengah lah..." Tiba-tiba seorang yang lain menyahut. (Aku syak dia lah taukeh kedai tu.)

"Oh, dua setengah..." Aku angguk-angguk. Otak aku pun mem-process dengan baik punya.

Dua = 2
Setengah = 50

RM250

*bunyi cengkerik*


"Ooo.. Rupanya, dua lapan tu dua lapan kosong..." Aku angguk-angguk kecewa.

"Kosong... Kosong..." Kedengaran suara akak sepupuku menyanyi-nyanyi lagu anak pakcik Latif kat belakang aku.

Dengan penuh kecewa, aku melangkah keluar daripada kedai itu dan mengajak semua pihak terlibat pulang ke rumah sambil lagu Kosong oleh Najwa Latif terngiang-ngiang di telinga. Uh, nampaknya anak pakcik Latif dan anak pakcik Tasneem masih boleh terus berkarya...




Sekian daripada saya. Terimaaa Kaseeyyyyyyy...



8 comments:

wenkhadi said...

2 bulan pertama main gitar....kematu la jari2 mu itu..huhu

AnaqiHawwari said...

tu la, nasib baik tak beli gak, selamat jari jemariku dan ... poket abahku juge~


haha..wenk, aku kalo main, siap ada sound effect guna mulut lagi..

wenkhadi said...

aku pun ade bunyi jugak..bunyik perut

AnaqiHawwari said...

bunyi perut kosong la tu..haha

Yousof said...

Hehehe

Dua lapan (kosong) daaa.. ;D


Ala beli gitar kapok RM100 dulu pun ok, bila skill dah agak tajam boleh try beli yang akustik ni pulak. Masa tu mungkin kau dah boleh cabar anak pakcik Latif dan pakcik Tasneem.. hihi

AnaqiHawwari said...

Haha. tu kena test suara gak..

Shah Idin said...

Kt mne ye nk cri gitar kapok rm 100

Shah Idin said...

Kt mne ye nk cri gitar kapok rm 100