Assalamualaikum...
Aku ada cerita. Dulu berat aku 68kg. Dengan ketinggian 156cm (BMI aku adalah 27.9 - kalkulator BMI), aku digolongkan dalam kumpulan Overweight. Pada mulanya aku tak kisah sangat. Well, aku kan perasan 'cute', so aku selalu budget dengan senyuman aku yang 'cute' ni boleh buatkan orang lupa nak tengok saiz badan-anak-gajah aku tu. Tapi lama-lama, apabila ada suara-suara yang tak berapa nak merdu sound saiz physical aku, aku mula rasa kecil hati. Rasa macam, "Eleh, aku makan bukan minta duit kau pun."
Kadang-kadang ada juga yang sound aku macam ni,
"Ha, dia GEMOK macam kau lah, Shaqi."
Haa.. Tu dia... Time tu seyes aku rasa macam sedih sangat. Gemuk betul aku sampai nak sound macam tu. Tapi macam biasalah, I show them my cute fake smile on my cute poker face. Heh. Kecil hati aku sangat-sangat tapi masa tu aku tak terasa nak diet ke apa ke.
Hinggalah suatu hari office mate aku namanya Maijura ajak aku diet. Actually, dia lah beria-ia nak diet. Dia juga yang mulakan dengan memakan makanan diet yang macam-macam tu. Sedikit sebanyak aku terpengaruh. So, aku pun start la berkecimpung dalam arena mengurangkan berat badan-anak-gajah-aku ini. Kat sini aku nak share la sedikit macam mana aku kurangkan berat aku. Ingin aku ingatkan cara aku mungkin tak sesuai dengan semua orang.
Masa ni aku set goal nak capai 58kg. Hari pertama, aku cuba tak makan sangat. Aku try stop makan nasi, mi, bihun dan seumpamanya. Pendek kata aku memang tak ambil langsung makanan berat. Ayam, daging pun aku langsung tak makan. Mula-mula tu seksa sangat. Aku rasa lapar yang kritikal sampai aku lupa yang aku rasa tu adalah rasa lapar. Masa tu aku just ambil buah pisang je bila lapar. Tiga hari pertama, berat aku berkurang sampai 3kg. Maknanya, berat aku lepas 3 hari makan tak makan tu jatuh ke 65kg.
Bila dah berat aku jatuh 3kg dalam masa 3 hari, aku menjadi teruja yang amat. So, aku cuba untuk kurangkan lagi tapi pada hari ke empat tu aku memanjat Broga Hill. Masa tu aku memang 'pancit' habis. Dan lepas panjat bukit tu aku makan chicken chop. Hahaha, but still, berat aku masih turun ke 64kg. Pada hari kelima, berat aku turun lagi ke 63kg sebab aku kontrol nafsu makan dengan gila-gila. Masa ni, beberapa orang dah start tegur, "Kau dah kecil sedikit." Masa ni aku mengalami masalah sembelit.
Okay, tu cerita untuk 5 hari pertama, lepas tu berat aku maintain 63kg ke 62kg dengan jarak yang agak lama. Masa tu aku start makan oat, salad sayur dan cereal untuk diet aku. Kadang-kadang aku makan ayam goreng, daging dan minum susu juga. Aku memang start makan semua benda tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Aku juga makan nasi sekali sekala (sekali dalam masa dua minggu/tiga minggu). Paling penting, aku still hang out with office mates aku kat Mekdi, Kepsi, Pizza dan tempat makan lain dan makan dengan jayanya. Masa ni dah tak sembelit dah.
Part sedih, aku selalu timbang hari-hari dan berat aku macam tak nak turun sangat. Dalam masa seminggu, berat aku berkurang dalam 0.3kg to 0.5kg je. Walaupun sedih, aku cuba pujuk hati at least turun juga dan tak naik-naik. Lebih teruk, tiap kali makan aku mesti timbang. Masa tu, memang confirm la berat badan akan naik sedikit tapi lepas beberapa jam, jarumnya kembali ke tempat asal. So, moralnya, jangan timbang lepas makan kalau tidak anda akan rasa give up nak diet atau give up nak makan.
Oh ya, walau bagaimanapun aku memang tak pernah skip breakfast tapi aku kurangkan kuantiti lunch aku. Dalam masa 6 bulan berat aku berkurang ke 60kg. Tapi aku rasa dah lega sebab sepanjang masa tu berat aku tak naik-naik. Sampailah bulan puasa hari tu, corak pemakanan dah berbeza sedikit. Time berbuka puasa, aku makan ayam goreng dan kadang-kadang nasi. Aku juga makan murtabak, roti john dan kurma tapi aku memang skip terus makan oat. Dah tak mampu tekak ni nak makan oat yang tak ada rasa tu. Hahaha... Sepanjang bulan puasa berat aku maintain 58kg.
Lepas raya, aku agak cuak juga. Kalau dah balik rumah parents aku memang susah nak control makan. Abah aku pun dah tegur supaya tak perlu nak diet lagi. Aku cuma mampu senyum dan cakap kat abah, "Sikit je lagi nak turun." Aku tak control makan kat rumah tapi aku memang elak makan after 8 pm. Alhamdulillah, berat aku still maintain 58kg lepas raya.
Sampai sekarang berat aku ialah 56kg to 57kg. Masih turun naik area tu. Sebenarnya 2-3 hari ni aku kontrol makan sebab nak balik beraya Aidil Adha pula. Aku just makan salad sayur dan beberapa hari sebelum ni aku ada makan sup daging. Minggu lepas pun aku ada makan nasi juga. Aku juga ada ambil Vitamin C (tablet) untuk kulit yang cantik-la-sangat-ni dan kurangkan minum minuman yang ada ice cube.
Kat sini aku share juga menu biasa hari-hari aku.
Oat + Skimmed milk
Oat Cereal
Pisang
Kurma
Epal Hijau
Horlicks
Cereal-Fitness
Air Masak
Nescafe / Coffee (ini tidak sihat tapi ini ketagihan aku)
Lunch
Oat + Skimmed milk
Daun salad + lobak merah + tomato + ubi kentang/asparagus (rebus) + sedikit thousand island
Daun salad + lobak merah + tomato + ubi kentang/asparagus (rebus) + sedikit thousand island
Pisang
Buah betik
Sun melon
Tembikai
Honey Dew
Buah betik
Sun melon
Tembikai
Honey Dew
Daging kat cafe
Ayam kat cafe
Low fat milk
Air Masak
Snack (waktu senggang bila rasa nak makan)
Epal Hijau
Pisang
Pisang
Biskut Oat
Kentang - chipster/mister potato (ini tidak sihat)
Biskut Tiger (rompak Mie-chan)
Biskut Raya
Air Masak
Dinner (before 8pm & kadang-kadang aku skip)
Sup daging
Ayam goreng
Epal hijau
Buah Oren
Ayam goreng
Epal hijau
Buah Oren
Pisang
Air Masak
* List diatas adalah variasi hari-hari. Bukan semua tu aku makan serentak ye kawan-kawan. Biasanya 1 ke 2 meal yang aku ambil gilir-gilir. Matilah kalau ambil semua tu serentak setiap hari dan mesti jemu punya. Tapi aku tak pernah skip Breakfast dan Lunch. Yang aku skip (kadang-kadang) hanyalah Dinner. Air yang cukup juga penting untuk badan tak sepatutnya diskip. Air yang dimaksudkan adalah air masak bukan air yang sedap seperti coffee, cola, isotonic atau air sirap.
Senaman?
Hahaha... Sepanjang aku konon-konon nak kurus ni adalah sekali dua kali senaman yang betul-betul senaman. Tapi, aku mungkin cuba banyak naik
tangga daripada gunakan lif. Maklumlah LRC ni kan 3 tingkat. So bila kena naik
level 6 or 7 aku cuba naik tangga. So kiranya aku amalkan light-excercise la ni.
Cabaran paling besar ialah bila aku cuba kawal nafsu makan. Terliur sangat tengok orang makan tapi aku pujuk hati supaya sabar. Dan
Tadi aku ada baca pasal Atkins Diet, so aku perasan diet aku ni memang ada something wrong. Hahaha... Melalui pemakanan aku ni, aku just boleh simpulkan yang aku sebenarnya hanya kontrol makan bukan diet yang betul sangat pun. Dalam masa 8 bulan, aku hanya turun dalam lebih kurang 12kg sahaja. Pendapat aku, makan lah apa-apa pun tapi pastikan kuantiti yang sedikit dan makanan tu tak tinggi kalori, Insya Allah boleh kurus. Lagi satu, dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga menjadikan kulit aku agak okay dan jerawat juga kurang tumbuh dengan banyaknya.
P/s: Atkins Diet tu macam menarik je kan? Huhuhu... Insya Allah, aku akan cuba mengamalkannya selepas raya Aidil Adha ini. Target aku nak capai 55kg je sekarang. Aku sebenarnya nak letak gambar sebelum dan selepas tapi bila aku fikir balik, asal kurus je, mesti nak ambil gambar sambil cekak-cekak pinggang dan baju mesti nak ketat-ketat. Setakat ni ada je gambar-gambar sexy tu, tapi aku rasa segan lak nak paparkan kat sini. Hahaha...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk baca ini. Muah.. Muah.. Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua.