Monday, March 25, 2013

Petang, 4 tahun dulu

Matahari yang sama 4 tahun dulu


Assalamualaikum...

Dulu, aku pernah tunggu bas untuk pergi dan balik kerja. Masa tu rasa susah sangat. Leceh, penat, marah-marah, kecil hati, jauh hati dan macam-macam lagi lah. Masa tu, aku tak nampak apa masa depan aku. Aku hanya tahu, dapat gaji dan commitment yang aku hadap masa itu. Masa tu aku tak dapat bayang langsung macam mana kehidupan aku 3 atau 4 atau 10 tahun kemudian.

Masa tu aku cuma rasa bersyukur dan gembira sebab aku dah dapat kerja lepas aku belajar tanpa aku sempat merasa menjadi pengganggur terhormat. Dan, masa terus berjalan dengan cepat, pantas dan semua yang berlaku seolah-olah ada flow atau dalam peringkat satu demi satu tanpa aku duga atau ada masanya dengan rancangan yang dah aku atur yang kadang-kadang hasilnya tak sama langsung dengan apa yang aku rancangkan.

Sekarang, dah dekat 4 tahun, masih sama... Aku masih lagi seorang 'budak perempuan' yang sama; yang tak ada arah yang aku tahu atau mahu, yang hanya menunggu semua yang berlaku ada flow normal manusia yang berlaku, yang merungut tentang hidup tapi aku tak tahu dari mana aku nak mulakan atau macam mana nak mulakan.

Sama macam 4 tahun dulu yang bezanya aku dah tak tunggu bas sambil berharap bas bertukar menjadi katak sebab selalu lambat tetapi sekarang aku memandu sambil berharap agar semua orang memandu dengan cermat macam aku.

Masih. Sama.