Friday, April 12, 2013

"Silence is the true friend that never betrays."

Kadang-kadang aku pelik dengan orang. Ada orang yang boleh mengutuk, mengata, mencela dan menghina di belakang 'orang itu' tapi apabila dihadapan 'orang itu' boleh pula bergelak, bercerita, bergurau-senda dan bersuka-suka.

Adakah ini dinamakan toleransi atau hipokrasi?

Kadang-kadang aku takut, bimbang bila orang sekeliling yang bergelak, bercerita, bergurau-senda, bersuka-suka dihadapan aku, dengan aku sebenarnya pernah atau sedang mengutuk, mengata, mencela dan menghina dibelakangku.

Mungkin kalau difikirkan, apabila mereka ini yang mengutuk, mengata, mencela dan menghina aku dihadapanku adakah aku mampu untuk berada diantara mereka dan kemudian 'kami' bergelak, bercerita, bergurau-senda dan bersuka-suka seperti tiada apa-apa?

*sigh*

Pandangan aku berbeza sebab aku treat orang sekeliling aku dengan apa yang aku fikirkan tentang mereka. Kalau aku tak suka, aku diam atau kutuk tunjuk terang-terang. Kalau aku suka, mungkin akan nampak macam mana sukanya aku dengan mereka.
Nampak macam bagus kan? Tetapi aku memang macam bagus pun...

Oh, lebih baik aku diam...

*Google images*


P/s: Mungkin aku masih 'budak' dalam nak faham erti
kawan-makan-kawan
atau
kawan-kutuk-belakang-tapi-senyum-menawan-dihadapan

3 comments:

wenkhadi said...

biasa la shaqi..adat berkawan...tp diorang still ade dan sanggup jadi kawan kan.

MIYAMIENATASHA said...

Adat manusia memang mcm tu,lontar batu sembunyi tangan...."adoi...sakitnyer..." :)

AnaqiHawwari said...

wenk, huhu.. nasib baik ada kan? kadang-kadang terfikir gak, boleh ke hidup tanpa kawan yang macam tu..

kak tasha, masalahnya saya tahu je sapa yang lontar batu..haha