Monday, December 28, 2009

No Title

Kalau awak rasa saya suka awak sebab awak kaya...
Kalau awak rasa saya sayang awak sebab awak handsome...
Kalau awak rasa saya cinta awak kerana kedudukan awak...
Awak betul...
Memang saya suka awak sebab awak...
kaya...
handsome...
jawatan awak tu...
Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Merenung wajah lelaki itu dihadapannya.
"Maafkan saya tetapi saya tak perlukan orang macam awak sebagai teman saya..." ujar lelaki itu.
Anaqi Hawwari bt Azha,
23 years old, curently single...
Baru sahaja di reject oleh lelaki dihadapannya.

"Saya tak perlukan orang macam awak..." terngiang-ngiang suara lelaki itu di mindanya. Dia terkedu. Jauh di dasar hatinya terasa perit, pedih. Lantas sekuntum senyuman di hadiahkan pada lelaki itu. Cuba melindungi perasaannya.
Ha... Ini intro untuk love story baru... Masih dalam pembikinan! Huhuhu...

~No title end~

Monday, December 21, 2009

Sayang Ma!


Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan orang yang kata...memang betul!)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang.... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti telefon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang, aku suka luah pada.... mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku.... mak


Aku... Kau... Kita... Sama kan?


p/s: Ni bukan ayat-ayat aku...Tapi saja nak share kat blog nih!

Semestinya aku sangat sayangkan ma aku, Puan Rose sangat-sangat...

Tak perlu tunggu hari ibu untuk aku beritahu perasaan aku kan?

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Assalamualaikum....


Selamat bercuti... Jangan lupa berdoa awal tahun & akhir tahun ye...

Wednesday, December 16, 2009

Nak jadi baik...La?

Hohoiiiiiiii....

Minggu ni, aku berazam nak jadi baik... Aku nak jadi cik sopan santun... Em... Boleh ke? Sejak akhir-akhir ni, attitude aku dah makin menurun. Aku tak tau kenapa... Mood nak kerja tak datang-datang. Kerja bertimbun tapi aku macam tak-guna-punya-orang pulak. Malas...
Ne~ Anaqi-chan... Gambare! Jangan makan gaji buta!

~Anaqi... Nak jadi baik... La? tamat~

Bergaya Sakan Lagi...

Dengan Mie-chan yang bergaya dengan tudung merahnye...
Seyes, Mie-chan comel pada hari itu...
Hari itu je...La?

Antara awek-awek cun pada hari Sabtu lepas
Masa dinner tu aku mengantuk gila. Wargh... Malam tu aku tak tido pun, Mie-chan pun sama. Hahaha... Heaven eh? Sudahnya mataku yang tak berapa nak besar ni jadi kecik. Tapi power of make-up, semuanya nampak normal. Hahaha... Ngantuk...ZzzzZZzzzzzzzzzzzz....


Thursday, December 10, 2009

Aku tersesat....


Aneh kan?

Ada masanya kita dah tahu jalannya,

Kita dah agak tujuannya

tetapi

kita masih tersalah jalan

masih tersesat...

Kenapa?



Anaqi... Aku tersesat tamat!

Wednesday, December 9, 2009

Cintai Kerjaku....


Hahaha... Poyo tak title post aku hari ni? Em... Sebenarnya bosku yang handsome tu (ehem!) bagi assignment baru... Hahaha... Boleh kata macam menarik la kot... Edit video! Guna Movie Maker je pun... Aku sedang bersemangat menyiapkannya. Gambatte ne~ Anaqi-chan! And statement paling "best" daripada bosku itu ialah


"Shaqi, saya bagitau awak awal-awal minggu ni awak kene balik lewat la ye..."


Hahaha... Saya tak kisah... La?

Wednesday, December 2, 2009

Bermulanya satu permulaan...

Hohoiii... Tajuk je gempak tapi bukan ada apapun. Cuma hari ni dah masuk dua hari aku mula kan balik kerjaku ni. Em... Banyak kerja yang nak di bereskan tapi aku buat-buat macam tak ada kerja lak. Hari ni aku kene cover digital library. Best la... Sebab internet kat sini laju la gak. Tapi diorang still block facebook and YM... Aiya...
So, hari ni punya schedule:
1. Siapkan reminder dalam form baru
2. Usik sikit system untuk Digital Question tu. Hahaha...
3. Download manga
4. Edit gambar & buat header baru.
5. Usha blog orang
Tadi aku tak sengaja membuat perkara yang berdosa iaitu meng' show-off ' kan jari tengahku pada akak opisku. Mie-chan pun nampak! Benda spontan yang berdosa itu aku buat tanpa sedar. Er... Biasalah kalau dah marah, benda-benda tak senonoh yang aku selalu cuba cover ni mesti nampak jugak kan? Ah... Anaqi ni memang jahat! Tapi sebagai orang baik nak jadi lagi baik, aku segera meminta maaf. Betul la kan? Dah salah mintak la maaf, terima kesalahan yang kita buat. Semua ni pasal post Shh... Don't tell others tu. Aku just luahkan apa yang aku tak suka, kalau orang lain suka apa yang aku tak suka tu, aku boleh buat apa je kan? Buat tak tau sudah la...

I'm sorry that I'm not a perfect person...

Anaqi- Bermulanya satu permulaan tamat!