Tuesday, September 28, 2010

Surat Modern!

Assalamualaikum, salam sejahtera buat kamu sayangku…
Aku marah. Sakit hati dan kecil hati juga. Okay, sayang. Aku memang sayang kau. Sejak aku mula tengok kau. Sejak aku faham apa itu erti hubungan kasih sayang. Sejak aku tahu yang kau adalah antara orang terpenting yang masuk dalam list orang yang paling aku sayang selama nyawa aku dikandung badan. Sejak aku pegang tanggung jawab jaga dan lindungi kau. Mungkin aku penat. Mungkin aku dah tak mampu jadi yang terbaik. Mungkin juga aku tak boleh jadi contoh untuk kau. Tapi kalau kau nak tahu, aku sebenarnya sedang dan terus cuba untuk berada di atas kau, supaya kau boleh pandang aku, setaraf atau setara dengan kedudukan aku sekarang.
Ye lah. Kau bijak, tapi kita sama-sama tahu kan, aku sebenarnya lagi ‘bijak’ dari kau. Kau tahu kan, walaupun begitu, setiap masa aku akan berada di belakang kau? Sokong dan beri nasihat sepatutnya. Poket kau juga, aku tetap jaga. Walaupun tak banyak, aku tetap pastikan kau ada. Sebab aku tak nak jadi orang tak bertanggungjawab. Sebab aku pemegang amanah dan sehingga sekarang aku masih menggalas amanah itu!
Kau dah besar, dah hebat sekarang. Bukan budak yang senang dibuli. Bukan budak yang aku lindungi masa kau kecil. Ah, mungkin kau lupa, aku penah ‘melawat’ kelasmu, ‘bersapa’ dengan teman-temanmu agar tak melukakan hati dan tubuhmu. Mungkin juga kau tak pernah tahu kan? Aku menemanimu saat kau sakit dan menangis keranamu. Aku lakukan itu atas dasar kasih sayang, atas dasar tanggung jawab. Mungkin kau tidak mahu tahu tentang itu.
Kau mesti tak suka ditipu kan? Begitulah, aku juga. Malah aku sebenarnya sangat bencikan penipuan. Kau boleh berterus-terang denganku. Aku takkan marah, dan kalau aku marah pun, kau takkan ambil peduli. Teruskan dengan sikap egomu itu. Aku yang sedang kepenatan ini mahu berehat. Jangan cari aku lagi. Aku takkan ada masa lagi untuk kau. Kau dah besarkan?
Kita berdiri dibawah satu langit yang sama, berdiri diatas bumi yang sama. Kita berkongsi kasih sayang yang sama. Aku mohon diri dulu. Fikirkan perbuatanmu. Fikirkan hati-hati yang pernah kau sakiti. Semoga kau sedar, dunia ini bukan selamanya indah.
Sehingga bertemu lagi, sayang. Jangan tanya bila, aku sendiri tidak tahu. Semoga kau sentiasa bahagia.



Aku yang menangis saat menaip ayat-ayat ini,
Nurnashaqi Asyikin Hj Mohamad
28 September 2010

1 comment:

Anonymous said...

ooopssss.... ohno, mmg ksabaran sesorg itu ada hadnya...