Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.
Sebenarnya entry aku kali ni tiada berkaitan sangat dengan Hari Raya Qurban tetapi mungkin berkaitan dengan pengorbanan diri aku dan orang-orang sekeliling. Bercerita mengenai pengorbanan, banyak pengorbanan yang pernah kita buat dalam hidup ini malah terdapat juga pengorbanan yang dibuat oleh orang-orang sekeliling tanpa kita sedari. Aku tak pasti kalau tanggungjawab juga merupakan pengorbanan atau boleh dimasukkan bawah title pengorbanan tetapi aku tetap nak cerita pasal tanggungjawab juga pada entry aku ni.
Alhamdulillah, dah masuk 1 tahun 4 bulan aku bekerja. Dan sebenarnya aku amat bersyukur kerana aku dah bergelar seorang pekerja sebelum aku menadah-tangan-ambil-skrol-atas-pentas-dewan-budiman lagi. Sebelum aku benar-benar bergelar graduan, aku dah dapat kerja ni. Sebelum aku sempat bergelar penganggur, aku dah ada tempat untuk mencari duit sendiri. Sangat-sangat bersyukur! Dan walaupun aku selalu berniat nak-cari-kerja-lain setiap kali aku tak puas hati dengan apa-apa sahaja yang berlaku di opisku, aku tetap di sini, tetap datang bekerja.
Baiklah, sebagai seorang librarian @ pustakawan @ pegawai perpustakaan, tanggungjawabku sekarang sebenarnya tak banyak, tak begitu berat. Hanya buat kerja yang aku perlu buat, menyiapkan setiap task yang di assign kan oleh ketua, menjadi sebahagian part of organization di tempat ini, aku (rasa aku) masih melakukan tugasku itu dengan sempurna. Tanpa rasa malu, aku mengaku, aku rasa seronok dengan kerjaku ini.
Tapi, itulah… *sigh
Baik lah, kerja adalah apa yang aku practice masa belajar. Dan adakalanya, apa yang aku belajar itu sebenarnya ada yang tak ada kaitan dengan kerjaku ini. Hohoho. Pengalaman kerja setahun empat bulan aku ni, aku mula memahami ‘sepak-terajang’ dunia pekerjaan. Aku belajar macam mana nak communicate dengan orang, aku belajar macam mana nak hadapi kerenah orang, malah aku juga belajar untuk berhati-hati dengan segelintir orang dan tak kurang juga aku mula belajar memilih dengan siapa aku berkawan, aku bersahabat. Itu kenyataannya. Aku bekerja dan belajar dalam satu masa. Dan sampai saat ini, saat menaip entry ini, aku masih belajar (aku tahu, sampai mati pun, aku masih belajar).
Mungkinkah tanggungjawab yang aku galas ini, adalah pengorbanan aku kepada diri sendiri dan orang-orang yang aku sayang? Aku tak tahu, jangan tanya aku!