Tuesday, November 2, 2010

Berpatah Arang, Berkerat Rotan.

Jujur aku cakap, aku tak nak jadi macam title kat atas tu. Tapi aku tak tahu macam mana nak patah balik. Tanpa sedar aku dah lukakan hati 0rang-orang-yang-paling-aku-sayang kat dunia ni. Huh! Susah betul. Okay lah, sekarang ni aku betul-betul nak seseorang yang tak kenal aku langsung, duduk sebelah aku dan dengar semua kisah-keluh-kesah aku ni. Orang yang tak jatuhkan hukuman pada aku sebelum dengar semua penjelasan aku. Orang tu tak kisah aku menangis dan tak pedulikan lelehan mukus kat hidung aku ni. Arghhh!!

Sesiapa? Sesiapa pun boleh. Syaratnya dia tak kenal aku!

Ada?

*kenapa ada air mata kat pipi aku ni?


3 comments:

Anonymous said...

aku...!!!!

p/s: xkan LELEHAN MUKUS smpi kat pipi kot... ;P

wenkhadi said...

kes berat ni...nape wei?

Anaqi Hawwari said...

Anonymous: ko? sapa? haha...

wenk: berat gak. Aku teringin nak cite kat ko tapi ko kenal aku..huhu..