Monday, September 26, 2011

Keras Kepala

Kepalaku, helmetku.


Kamu memang keras kepala,
seperti lelaki itu,
kepalanya, helmetnya.

Senanglah hati kamu,
melihat penderitaan orang,
menanggung kegembiraan kamu.

Aku takkan doakan keburukan untuk kamu
tapi
aku juga takkan doakan kebaikan untuk kamu.

Teruslah dengan sikap kamu itu,
pentingkan diri,
penipu,
tak beramanah...

Sungguh, aku menyesal,
terasa seperti melepas anjing tersepit.
Menggigit aku setelah aku lepaskan kamu.

*sigh*

Sunday, September 25, 2011

Pintanya...

"Jangan dua kan saya tau..." Dia berbisik perlahan, berharap.

"Takkan lah saya nak duakan awak, sedangkan awak tak pernah yang pertama..." Balas saya juga perlahan.

*kelu*


Ambil pisau, belah dada aku. Sampai bila-bila kau tak akan jumpa nama kau dalam hati aku!




*heh. Jangan perasan, boleh?

Kisah Cinta Qalisha Prolog

PROLOG

Suasana malam itu sangat mendamaikan. Namun kedamaian malam itu tidak dapat mendamaikan resah hatinya. Dia menjeling jam ditangannya. Tepat jam 1 pagi. Dia memerhatikan sekeliling court bola keranjang itu. Tiada sesiapa di sekitarnya. Perlahan-lahan dia membaling bola tepat memasuki jaringnya. Dia terus menerus membuat lontaran. Ada kalanya bola melepasi jaring itu, ada kalanya balingannya tersasar. Peluh yang membasahi seluruh tubuhnya tidak diendahkan. Dia tetap meneruskan balingannya sehingga dia benar-benar kepenatan.

Fizikal dan mentalnya benar-benar penat. Serentak itu, air matanya jatuh bercampur dengan peluhnya. Akhirnya dia berhenti membaling bola itu. Pandangannya kabur dek air matanya. Dia terduduk sambil menangis tersedu-sedu. Tangisannya itu penuh dengan penderitaan. Dia berharap dengan tangisan itu beban hatinya akan berkurangan. Malam itu menyaksikan kepiluan seorang gadis yang tewas dalam melayan perasaannya. Dia merasakan sudah lama dia tidak menangis sebegitu. Sejak dia mengenali lelaki itu.

Sepintas kejadian petang tadi meluncur dalam ingatannya...

“I’m sorry Qisha. Saya dah cuba halang Is, dia betul-betul tekad kali ini. Saya tak mampu nak pujuk dia.” Ujar Amir Hamzah menghulurkan sehelai kertas.

“It’s okay.” Hanya itu yang mampu di balas Qalisha Humaira. Dia faham pemergian lelaki itu kali ini adalah untuk menjauhkan diri daripadanya. Daripada terus dilukainya. Kertas catatan tangan Iskandar Zulkarnain itu dibacanya.

Qalisha Humaira,

Cinta ini memenatkan. Sangat memenatkan sehingga saya tak mampu bertahan lagi. Saya terlalu mencintai awak sehinggakan saya lupa siapa saya dihati awak. Selamat tinggal, Qisha!

Iskandar Zulkarnain.

*****






*klik title untuk cerita selanjutnya...





Saturday, September 24, 2011

ContengSampahWarna




Kerana biarpun beratus warna mewarnaiku,
aku masih si jelik yang sendirian dalam ruang-ruang kosong,
ketika masa berjalan laju meninggalkan aku...

Sendirian...







Friday, September 23, 2011

Siapa?

Dalam perhimpunan manusia yang makin memenuhi ruang, mungkin kamu tak nampak aku tapi jangan bimbang, aku masih setia memandang kamu walau hanya dari sisi seorang perindu.

Ketika mata mengerling
aku terjeling kamu,
yang berada dekat tapi tak rapat.

Panasnya hari kerana mentari,
dan kamu di sebalik bayang-bayang sendiri.
Aku terus memerhati
mengharap kamu berpaling
memandang aku walau hanya sekali.

Waktu seakan terhenti
seketika,sedetik.

Jantung berdegup kencang,
Lagu cinta berlagu indah
di segenap ruang penjuru hati
cukup asyik membuai perasaan.

Dan aku tak punya keberanian
laksana pahlawan di medan perang
untuk mendekati dan menyapa
terus bertanya,
"Nama awak siapa?"

Kek itu sedap...


Orang-orang itu mempunyai nama terhias di muka kek tersebut.


*budak perempuan baju hijau yang pegang pisau tu still single. Sila email untuk no phone beliau...

*Ehem!*

Wednesday, September 21, 2011

Thursday, September 15, 2011

Ungu; warna kusam

Aku mahu hilang... seketika,
saat ini daripada perasaan ini.

Aku mahu ghaib... seketika,
saat ini daripada tempat ini.

Aku mahu lari... seketika,
saat ini daripada perasaan ini.

Aku mahu jauh... seketika,
saat ini daripada tempat ini.


Aku mahu mati... seketika
daripada perasaan ini dan tempat ini.

Hanya seketika!