Dalam perhimpunan manusia yang makin memenuhi ruang, mungkin kamu tak nampak aku tapi jangan bimbang, aku masih setia memandang kamu walau hanya dari sisi seorang perindu. |
Ketika mata mengerling
aku terjeling kamu,
yang berada dekat tapi tak rapat.
Panasnya hari kerana mentari,
dan kamu di sebalik bayang-bayang sendiri.
Aku terus memerhati
mengharap kamu berpaling
memandang aku walau hanya sekali.
Waktu seakan terhenti
seketika,sedetik.
Jantung berdegup kencang,
Lagu cinta berlagu indah
di segenap ruang penjuru hati
cukup asyik membuai perasaan.
Dan aku tak punya keberanian
laksana pahlawan di medan perang
untuk mendekati dan menyapa
terus bertanya,
"Nama awak siapa?"
No comments:
Post a Comment