Wednesday, October 19, 2011

Bersalaman

Malam ni aku agak gembira sedikit. Okay, abaikan. Aku cuma nak kongsi satu perkara. Mengenai bersalaman. Bersalaman antara lelaki dan perempuan. Banyak 'fakta', 'fatwa', 'pandangan' dan 'auta' yang aku terima. So, aku terima je semuanya tanpa hadam.

Konsep aku, senang je. Kalau orang perempuan, pakai tudung, mesti lelaki tak akan hulur tangan untuk bersalam kan? Aku rasalah.

Tapi setakat ni aku tak pernah lagi reject lelaki yang hulur tangan nak bersalaman. Lelaki itu biasanya golongan lagi tua yang anggap aku macam anak dia. Dan biasanya dengan pakcik-pakcik (dan makcik-makcik juga) aku pasti hulur tangan dulu, siap cium tangan lagi.

Tapi kadang-kadang aku selalu je hulur tangan nak bersalaman kat lelaki muda (sebaya - bukan pangkat pakcik/abang) dengan niat nak tengok reaksi. Setakat ini, semuanya memang tak serius dan tak sambut huluran tangan nak bersalam aku tu. Tak tahulah kenapa. Tapi aku tak kisah pun sebab aku memang tak nak salam dengan bukan muhrim.

Dan, sampai sekarang aku tak jumpa lagi orang yang cakap macam ni, "Maaf, kita bukan muhrim."

Sebab, kalau aku jumpa orang cakap macam tu kat aku, mesti aku suruh parents aku pinangkan dia untuk aku... Boleh tak? Tu pun kalau dia sudi lah...




Aku add 'someone' kat FB. Sebab aku macam 'suka' tengok dia. Dia approve. So, aku happy lah malam ni.

No comments: