Tuesday, February 28, 2012

Jamuan Perpisahan Nana

Nana

Esok, 29hb February 2012, LRC akan kehilangan seorang 'budak kecik' yang baik. Honestly, aku agak sedih. Nana sangat rajin dan baik dan comel juga. Nampaknya lepas ni LRC kehilangan seorang 'awek cun'. *sigh.

Jamuan perpisahan dengan Nana di waktu lunch :

Side dish

Nasi Ayam

Ketibaan Nana masa rehat

Nuri sangat sedih, Nana cover sedih. Boss pandang je.

Nana dan kakak-kakak di LRC

Good luck, Nana. Mungkin lepas ni akan ada yang lagi baik dari hari ini. Berusahalah Nana!!

Okey, ni dah nampak macam mak dan anak.


We'll always miss you... Take care.

Sayonara...

Monday, February 27, 2012

*picture without editing*

Gambar yang diambil ini menunjukkan saya dah mengecil sedikit. Untuk maintain seperti ini agak sukar bila kawan di sebelah itu sedang cuba menaikkan berat badan beliau. Berusahalah, Sha Qi!!

18th February 2012
P/s: 
1. Mie-chan yang kering tapi nak jadi ber'isi', amiklah lemak-lemak tak tepu aku ni. Aku bagi, free je..
2. Gambar ini hanya di edit resolution sahaja. Tiada sebarang editing lain yang di buat. Huhuhu...
 
Thank you.

Thursday, February 23, 2012

Apple-Bunny chan~ Daisukiiii...

Bunny-chan

hopeless
a lot of Bunny-chan~

bento


"Assalamualaikum buat bakal suami, walau di mana anda berada.
Saya sedang berlatih untuk jadi isteri yang terbaik. Sila munculkan diri anda dengan cepat. 
Sekian, salam sayang dari saya-bakal-isteri-anda."

Fuh, setelah hampir setengah jam aku berusaha nak potong apple biar jadi bentuk bunny, akhirnya menjadi la jugak. Alhamdulillah... Sejak aku dalam process nak turunkan berat badan ni, semangat nak buat bento (bekal) untuk dibawa ke office semakin menjadi-jadi. Memang diakui aku tak pandai masak, tapi setakat rebus-rebus dan potong-potong ditambah pula susun-menyusun, kira boleh jadi lah tu.. Hahaha... 

Mungkin dah boleh kawen ni... *ehem

...
..
.

Itu pun kalau 'beliau' tak kisah lah nak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.




~FIN~

Wednesday, February 22, 2012

KL - Sydney - Singapore

Line merah yang nak follow flight
Ini 'kerja' yang di beri oleh  ex-boyfriend ex-Boss aku untuk kerja beliau (Event Department) untuk SETARA yang akan datang. Aku ambil masa dalam 3 hari nak buat benda di atas tu. Dalam bentuk video ye, kawan-kawan. Kalau dalam bentuk still image harus aku lukis pakai tangan je. Hahaha. Setelah 2 hari senget-senget kepala, main lukis-lukis belakang Mie-chan masa pergi dan bilik kerja atas motor sebab semata-mata aku nak fikir macam mana nak gerakkan line merah (dan biru) follow kapal terbang tu terbang dari KL ke Sydney ke Singapore aku berjaya juga capai matlamat pada hari ke 3 (Alhamdulillah). Memandangkan aku bukan ambil kos graphic designer, maka untuk melakukan itu amat sukar juga.

Berbekalkan ilmu masa buat Multimedia (diploma and degree) finally aku berjaya siapkannya! Yatta!! Aku guna SWiSH (untuk gerakkan flight dan line), Adobe Photoshop (untuk edit map dan flight), PhotoImpact (untuk bagi impact kat warna map supaya nampak ala-ala Indiana Jones) dan Camtasia (untuk edit movement lens). Beliau (ex-Boss) dah cakap 'OK' masa aku tunjuk kali kedua (kali pertama beliau reject!) but beliau nak aku panjangkan masa ke 25 second dari 16 second yang aku buat.

Tepat jam 5.15 pm - 3rd day (today) aku submit kat office beliau. Lega!

Tapi sebenarnya masih banyak videos yang harus di'cantum'kan nanti. Dengar cerita berpuluh-puluh. *sigh. Yang aku buat tu mungkin hanya intro untuk salah satu video nye. Agak penat sebab aku tak terror bab-bab editing ni tapi best juga sebab aku belajar explore beberapa software yang aku ada tapi jarang guna.




Berusahalah saya sampai habis SETARA nanti!!

Sunday, February 12, 2012

Pelancong Malaysia

Di sinilah tempat kejadian

Hari ini, setelah lama merancang aku berjaya membuat lawatan ke Stesen Komuter Kuala Lumpur. Jam 11.10am aku dan Mie-chan naik Komuter di Stesen Batu Tiga. Masa mula-mula sampai, aku dan Mie-chan mati kutu nak ke mana. Lantas, kami memaksa kaki buat-buat familiar dengan arah tujuan kami. Dengan beraninya kami berada di kawasan pertemuan Bangladeshi-Bangladeshi yang keluar pada hari cuti. Masa lalu sebelah diorang, aku dan Mie-chan saling berpandang-pandangan.

"Macam bukan dalam Malaysia dah kita ni." Aku bisik kat Mie-chan.
Mie-chan tunduk angguk perlahan-perlahan, takutlah tu aBangLa dengar perbualan tak seberapa itu.

Tiba-tiba kami sampai ke France eh silap, Central Market, Kuala Lumpur, Malaysia. Begitu ramai orang-orang 'Bonjour' dihadapan Central Market menyebabkan aku dan Mie-chan confuse sama ada kami di Malaysia atau France. Namun cuaca yang panas dan mentari menyinar memancarkan cahayanya meyakinkan kami masih di Malaysia.
                                                                                                                                                                     
Pelancong France dan CM (picture taken by Mie-chan)
Okey, selepas makan di Food Court (kot) dan solat Zuhur di CM, kami meneruskan perjalanan sebagai pelancong dan mengambil banyak gambar.

Oh lupa nak beritahu, hari ini kami menjadi pelancong. Tujuan sebenar adalah untuk bergambar di Stesen Kuala Lumpur (banggunan KTM). Ini kerana aku sangat-sangat tertarik dengan banggunan yang cantik dan nampak antik itu. Sempat lah snap gambar kat depan banggunan KTM setelah berusaha keras berjalan-jalan dan hampir-hampir kena marah dengan encik petugas KTM. Tapi biasalah, kami kan pelancong?

Banggunan KTM

Oh, by the way, gambarnya tak dapat nak disiarkan sangat sebab saya seorang pemalu. Dan hampir setiap gambar ada muka saya dan Mie-chan. So gambar-gambar yang ada hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.

Next station is...

Well, we will see later... Hahaha...


P/s: Semua gambar di atas diambil menggunakan ini;
Kamera saya yang bukan DSLR

Wednesday, February 8, 2012

Berdiri di bumi, menadah hujan yang turun dari langit?

Sejak belakangan ini, sejak masuk 2012 ni, aku perasan satu sifat keji aku: PEMARAH makin teruk. Entah kenapa hati aku sangat cepat panas dan suka marah-marah. Hati  aku asyik memaki-maki orang sekeliling bila ada yang tak kena. Mungkin aku dah lama tak berlatih senyum kat cermin? Mungkin juga hati aku dah gelap sebab dah kurang zikir dalam hati sebab selalu dengar omputeh mencarut-carut dalam lagu? Mungkin aku dah lama sangat pendam perasaan marah? Mungkin bulan sedang mengambang dan aku akan bertukar menjadi serigala atau katak?

Bila aku marah, hati aku rasa pedih dan aku nak marah dengan semua orang sekeliling dan yang paling penting, aku tahu sangat yang aku sedang marah yang sangat-sangat. Mungkin sejak akhir-akhir ini berat badan aku menurun dan emosi aku terganggu? (hahaha... ada kaitan ke?). Mugkin juga aku dah penat nak faham orang dan orang tak nak faham-faham aku juga?

Kadang-kadang aku teringin sangat nak jerit,

"Wei bodoh. Jangan berlagak boleh?"
"Consider hak orang boleh?"
"Bukan kau sorang je tahu sayang orang."

dan orang yang aku jerit tu dengar dan faham. Dan lepas tu aku dengan rendah hati akan minta maaf sebab aku dah terlanjur 'jerit' kat 'orang' itu. Aku janji aku akan minta maaf. Tapi si bodoh mana yang nak kena jerit kan? Well, they ARE stupid. I know.

Sampai satu masa aku rasa aku benci dengan semua orang. Aku rasa dah malas nak pandang muka orang. Dah malas nak senyum. Aku nak hidup aku, pergi kerja, siap kerja, balik, rehat dan cukup bulan aku dapat gaji. Aku malas nak berinteraksi dengan manusia-manusia sombong, pentingkan diri dan tak pandai hormat orang ni selain nak menghadap muka orang-orang yang baik-baik yang mampu tersenyum tapi tak dapat buat apa-apa sebab takut orang benci dia dan tanpa sedar sebenarnya dia yang paling hipokrit. 

Dan bila aku sedar banyak orang tak sempurna, sebenarnya aku lagi tak sempurna malah lebih teruk. Perlahan-lahan aku jadi benci dengan diri sendiri. Tiap kali aku mengutuk orang dalam hati, aku pandang cermin supaya aku ingat diri sendiri yang sebenarnya lagi teruk. Susah bila aku benci semua orang. Susah bila aku asyik nak kecil hati dan panas hati juga.

Susah, tahu?

Kadang-kadang muka aku macam ni.

Saturday, February 4, 2012