Wednesday, February 22, 2012

KL - Sydney - Singapore

Line merah yang nak follow flight
Ini 'kerja' yang di beri oleh  ex-boyfriend ex-Boss aku untuk kerja beliau (Event Department) untuk SETARA yang akan datang. Aku ambil masa dalam 3 hari nak buat benda di atas tu. Dalam bentuk video ye, kawan-kawan. Kalau dalam bentuk still image harus aku lukis pakai tangan je. Hahaha. Setelah 2 hari senget-senget kepala, main lukis-lukis belakang Mie-chan masa pergi dan bilik kerja atas motor sebab semata-mata aku nak fikir macam mana nak gerakkan line merah (dan biru) follow kapal terbang tu terbang dari KL ke Sydney ke Singapore aku berjaya juga capai matlamat pada hari ke 3 (Alhamdulillah). Memandangkan aku bukan ambil kos graphic designer, maka untuk melakukan itu amat sukar juga.

Berbekalkan ilmu masa buat Multimedia (diploma and degree) finally aku berjaya siapkannya! Yatta!! Aku guna SWiSH (untuk gerakkan flight dan line), Adobe Photoshop (untuk edit map dan flight), PhotoImpact (untuk bagi impact kat warna map supaya nampak ala-ala Indiana Jones) dan Camtasia (untuk edit movement lens). Beliau (ex-Boss) dah cakap 'OK' masa aku tunjuk kali kedua (kali pertama beliau reject!) but beliau nak aku panjangkan masa ke 25 second dari 16 second yang aku buat.

Tepat jam 5.15 pm - 3rd day (today) aku submit kat office beliau. Lega!

Tapi sebenarnya masih banyak videos yang harus di'cantum'kan nanti. Dengar cerita berpuluh-puluh. *sigh. Yang aku buat tu mungkin hanya intro untuk salah satu video nye. Agak penat sebab aku tak terror bab-bab editing ni tapi best juga sebab aku belajar explore beberapa software yang aku ada tapi jarang guna.




Berusahalah saya sampai habis SETARA nanti!!

3 comments:

Anonymous said...

sian kat mie-chan...ganggu dia bawa motor tu..ish3...bahaya tu..

wenkhadi said...

terer r shaqi...pasni upload la kat youtube..nk jugak tengok

AnaqiHawwari said...

wenk, biasa2 je pun.. aku main buat je. segan la pulak nak upload. Buat malu je..

Mie-chan dah biasa lah..dia kan fokus orangnye~