Wednesday, June 16, 2010

marah lagi?


Adoi...
Bodo apa?
Tinggal aku sengsorang kat sini...
Mana orang lain ha?

Friday, June 11, 2010

Err...



Aku sedang melawan perasaan
benci dan meluat sekarang...
Sabar... Shaqi
Sabar...
Sabar...
Hati rasa perit...
Panas jer...
Sakit...
Pedih...
er... Berdebar-debar juga...
eh...eh...
Sebab marah kah?
Aku rasa nak pukul orang
Boleh?
No...No...
Nak mencarut
Boleh?
No... Not now...
At least bukan kat opis ni...
Adeh... Perit ni!
Arghhhhhhhhhhhhhhhh
Damn You!
Jari tengahku gatal.
May I show it?
Hell No!


Fill in the blank!



_ U C K !!

Hahaha...
Fill it!



Wednesday, June 9, 2010

Cerita Cinta

Orang yang mencintaiku kerana dia mencintai Allah...
Orang yang menyayangiku kerana dia menyayangi Allah...
Orang yang menjaga maruahku kerana aku adalah maruahnya...
Orang yang menghormatiku kerana aku menghormatinya...
Orang yang memahamiku kerana aku adalah dirinya...

Warning!
Ayat-ayat di atas tiada kena mengena dengan perkara-perkara di bawah!

Okay, aku pilih tajuk ni untuk entry aku kali ni sebab sekarang musim orang yang berjaya dalam cinta. Musim kenduri kahwin!

Perkara biasa, orang bercinta. Perkara biasa orang clash. Perkara biasa juga orang sambung balik lepas clash. Apa yang seronoknya bercinta ni ye? Setelah menglistedkan keseronokan bercinta ni aku termanggu sekejap.

1. Ada orang sayang, caring, baik, rindu dan kita boleh kahwin dengan orang itu. Sebab setakat sayang, caring, baik dan rindu je, family pun macam tu kan? Hahaha...

2. Time kita boring, ada orang tempat kita nak hilang boring.
Yelah, dah buah hati boring, takkan nak biarkan je kan? Kan ke cakap, "I cinta You setiap masa"? Tu dah termasuk la cinta masa marah, masa sedih dan sudah tentu masa boring. Kan? Kan? Hahaha... Damn!

3. Time merajuk ada orang pujuk. Walaupun orang tu yang buat kita merajuk.

4. Walau kita cakap apa pun, orang tu mesti setuju kan?
Ye lah, "You jump, I jump... Remember?" Whoa... Seyes sh*t romantic!

5. Tak ada masa kita sengsorang. Setiap masa mesti kita asyik fikirkan pasangan kita tu kan? "Awaklah yang last masa saya tidur, awaklah yang first masa saya baru bangun tidur..."
Eh, kamu sebut nama saya sesudah baca doa tidur ye? Tak kira... Tak kira... Doa tidur tu kena baca balik. (Wah, seperti ustazah sudah saya!)

6. Bila orang tanya,"Awak ni single ke?" kita boleh jawab, "Tak lah. Saya dah ada pakwe/makwe. Tak percaya tengok gambar ni..." Maka kita pun menunjukkan gambar pakwe/makwe dalam phone 3G tu. Orang mesti kagum punya. Muka macam ni pun ada pakwe/makwe handsome/cun ke? Wah hahaha...

7. Bila ada orang kacau, boleh la mengadu pada pakwe. Hahaha... Tapi kalau pakwe kena kacau, confirm dia diam je kan?
Saham naik beb. Tak yah la kecoh-kecoh... Hehehe...

8. Setiap masa phone berbunyi. Tak SMS, call... Okay la daripada orang tak de pakwe/makwe tu. Kadang-kadang 2-3 hari handphone tak berbunyi. Kalau ada pun, alarm suruh bangun subuh je. Hahaha... (Ni atas batang hidung sendiri!)

9. dan banyak lagi...
(Heh, sebenarnya idea sudah kering. Biasalah pengetahuan am pasal cinta tak pernah khatam... Hahaha...)

So, cinta itu indah kan? Cerita cinta itu best! Ada masa ketawa, ada masa senyum, ada masa sedih, ada masa cemburu, ada masa boring, ada masa menangis, ada masa macam entah apa-apa dan paling penting setiap masa rasa bahagia...

Aku sendiri pernah rasa macam mana budak-budak bercinta, pernah ketawa dan menangis juga kerana cinta. Pernah rasa macam mana kena reject dengan orang yang aku suka dan pernah rasa juga macam mana mencintai dalam diam.

Bila dah pernah rasa semua tu, agak-agak aku ada peluang tak nak sentiasa bahagia dengan orang yang aku cintai? Pergh... Ayat-ayat semua nak kena ada perkataan cinta ni! Hahaha…

Weh! Aku tak benci cinta tau. Malah aku sedang mencari cinta. Tapi bukan 30 hari mencari cinta ye… Sekadar berenang ke lubuk hati. Menyelami ke mana hilangnya rasa ingin mencintai seseorang yang sempurna sekurang-kurangnya dihatiku.

Kerana aku dikelilingi oleh orang-orang sedang bercinta, mood cinta itu datang. Cerita cinta pun sedang aku karang. Orang tengah sibuk buat kenduri kahwin kan? Tu lah salah satu kejayaan cinta… Kan? Kan?

Sejarah cinta parents aku pun, 5 tahun couple, baru kahwin… So, anak mereka berapa tahun kena couple baru kahwin agaknya ye? Hahaha… Atas nama cinta, lahir aku melihat dunia!

P/s: Update untuk cerita cinta terbaru baru bab 8. Bila entah nak siap pun tak tahu. Tapi kalau kat opis asyik menaip cerita cinta aku tu, mungkin aku akan berhadapan dengan masalah kan? Hehehe…

Wah! Penatnya aku… Kenapa entry aku kali ni berat untuk aku ye? Cinta, huh? *sigh


Cerita Cinta.~ never end!

Persamaan Linear ku.


Aku masuk toilet. Dengan jayanya aku basuh muka. Basuh dengan menggunakan air yang sangat banyak. Basuh… Basuh… Dan basuh lagi… Bila nak lap muka aku baru perasan. ‘Eh, aku mana ada towel kecik nak lap muka.’ Pandang kiri, pandang kanan, aku nampak tisu gulung dalam bekasnya yang tergantung pada dinding. Slumber aku tarik dan lap muka yang kebasahan tu. Lap… Lap… Dan lap lagi… Ada kesan tisu melekat kat pipi aku. Err… Kuis-kuis dengan jari membuang kesan tisu itu. Lepas tu aku terfikir…

Tisu tandas = Lap bun *tut*

Lap mukaku = Tisu tandas

Lap bun *tut* = Lap mukaku

So;

bun *tut* = mukaku

“Sh*t!” Aku menjerit.

Lepas ni aku perlu membawa towel kecil ke toilet untuk mengelap muka!

Moral: Jangan mengelap muka anda dengan menggunakan tisu tandas kerana tisu itu akan melekat pada muka anda. Bawalah towel kecil yang memang di khaskan untuk mengelap muka.

P/S: Sila buang perkataan ‘untuk’ ayat di bawah ini:
Tuala untuk wanita jangan digunakan mengelap muka pula ye…

Thanks… Sekian daripada bilik berita tandas perempuan opis baruku!



~Persamaan Linear ku. tamat!~

Monday, May 31, 2010

Si Jiwang, Anaqi


Sempat lagi main susun-susun huruf sahibba sengsorang kat rumah!

Dah lama rasanya aku tak menjenguk blog ni... Mungkin busy. Eh aku tahu busy ke? Hahaha... Kene jaga kat tempat baru memang seronok, yelah dah namanya baru... Tapi sebenarnya tak seronok sangat lah. Kerja tersenyum kat depan kaunter, apa kes? Adoi la... Hahaha... Masih tak dapat lagi kata putus dari bos yang handsome tu sama ada siapa kena kat mana so aku terima je lah kerja kat MSU baru ni... No internet, no computer... Aku betul-betul mati kutu kat sini. Argh, bila agaknya library ni nak ber-function yang sepatutnya ye?

Ermmm... Masuk hari ni dah 4 hari aku melepak di rumah! Aku amek cuti hari Sabtu & Isnin. Nak rest jap! Hahaha... Rest? Penat ke kerja cik Anaqi oiii?! Dua hari aku ke kelas memandu. Okay la... Bergerak jugak la keretanya. Elok la atas bukit. Parking pun okay. 3 penjuru pun okay jugak. Tinggal nak meround-round atas jalan sebenar je. Lesen 'L' ku dah mati so kene renew la dulu baru boleh meronda-ronda atas jalanraya. Damn! Sudahnya dua hari kemudian aku melepak kat rumah tak buat apa-apa. Err... Sekarang aku tengah mencari idea untuk jalan cerita cinta baru. Tajuk tak tau lagi, tapi aku sedang berusaha menyiapkannya. Tiba-tiba aku terasa macam penulis novel la pulak. Wah...hahaha... Entah bila nak siap aku tak tau, tapi setakat ni aku dah sampai BAB 6. Semuanya pun aku tak tahu berapa bab.

Dah menulis cerita cinta ni, penat pulak otak aku memikirkan macam mana orang bercinta ye...Nak guna pengalaman sendiri, memang tak boleh harap langsung. Adoi! So macam mana ni? Cari pakwe sorang boleh? Wah hahaha... Idea nak mereka cover cerita tu pun macam dah ada, tapi selagi tajuk tak ada lagi, susah sikit lah nak merealisasikan impian nak mereka cover tu. Ceh! Cakap macam nak up je aku ni! Hahaha... Ni sepatutnya ayat-ayat kat cover belakang cerita tu. Mungkin ada yang berubah nanti... Ermm... Tak tau la ye...

Qalisha Humaira

“Cinta itu sangat berat. Saya tidak mampu memikul beban yang berat. Saya tak mampu untuk jatuh cinta pada awak, Is. Saya betul-betul tak mampu!”

“Apabila kita mendapat sesuatu, biasanya kita akan kehilangan sesuatu yang lain.”

Iskandar Zulkarnain

”Biarkan saya mencintai awak. Awak tak mampu memikul berat itu, biarkan saya membantu awak. Kita sama-sama menanggung berat itu.”

”Saya cintakan awak, Qisha!”


Cinta ini sangat memenatkan.
Mereka jatuh cinta tetapi merana.
Ada hati yang terluka.
Ada hati yang menderita.
Cinta ini memang memenatkan.
Hati yang terperangkap dalam cinta ini,
mungkinkah ada jalan penyelesaian?

Pergh!! Jiwang tak? Hahaha...

Si Jiwang, Anaqi tamat!

Friday, April 23, 2010

Bintang itu!



Bintang itu cantik,
tinggi,
tak tercapai dek tangan.

Bintang yang bersinar itu,
kelihatan hebat,
tak mampu dimiliki.

Bintang itu,
yang hadir tika malam menyelubungi,
mungkinkah sudah ada yang punya?

Saya tak dapat mencapainya,
jauh sekali memilikinya...

Satoshi Ohno itu bintangkah?

Friday, April 16, 2010

Boo.. Shaqi... Boo


Boo adalah gelaran yang aku reka spontan dengan Mie-chan masa tengah cari idea kata ganti untuk lelaki handsome or smart or cute! Damn! Hahaha... Memang banyak idea kalau pasal mamat comel dan handsome ni! Hahaha... Tapi apa yang berlaku pada pagi tadi menyebabkan aku tersenyum sorang-sorang sambil buat kerja. Heh...

Ceritanya, pagi tadi aku dan Mie-chan membeli-belah sarapan di tempat biasa. Adalah seorang adik ni (adik la, sebab macam dak form 3 je) tengah berdiri-diri di tepi tempat orang lalu-lalang. Masa tu hati aku berdetik, 'Wah,comelnya!' Sampailah aku keluar dari kedai lepas beli air, budak kecik tu ada lagi. Adeh la... Comel, memang comel...

Aku yakin, kalau aku jumpa dia untuk kali ketiga, confirm aku tegur dia...

Eyhhh... Nak tegur macam mana ye? Cik Anaqi ni kan pemalu orangnye? Hihihi...

Boo... Budak tu memang boo abes! Aku siap terbayang lagi manga-manga yang aku baca biasanya pasal kisah budak sekolah. Hahaha... Nak lagi bengong aku pulak yang jadi watak pompuan dalam manga tu! Ces, orang umur 23 tahun dengan budak umur entah berapa belas?! Memang tak sesuai kan? kan?

Baka, Shaqi!

Boo.. Shaqi... Boo~ tamat!

Wednesday, April 14, 2010

Ye lah...

Ye lah...
Saya mungkin salah...
Tapi tak bermakna anda betul...
Saya selalu marah...
Tapi anda yang buat saya marah...

Saya bukan nak pandang rendah terhadap anda...
Saya hanya melakukan yang sepatutnya...
Anda rasa kenapa saya belajar sampai ke puncak?
Biar saya beritahu anda...
Kerana saya nak jadi ketua!

Ye lah...
Peduli apa saya dengan anda yang kerja lama dari saya?
Saya berada di atas anda, hormati saya...
Memang saya berlagak...
Anda tak layak nak kritik saya...
Sebab anda kena tahu siapa diri anda...

Jangan benci saya...
Sebaiknya anda perlu lebih benci saya...
Sebab saya memang membencikan...
Tunggulah suatu saat,
anda akan rasa perit kerana anda akan tahu betapa jahatnya saya...

Anda kata saya jahat, ye saya jahat...
Anda itu baikkah?
Hahaha...
Saya tak pandang anda memang bermaksud saya tak pedulikan anda...
Saya benci...
menyampah...
meluat...
dan geli juga...

Jadi anda hanya perlu diam kan diri anda...
Jangan membantah kehendak saya...
Sebab saya kena jalankan kerja saya...
Kerja saya mengarahkan anda...
Buat sajalah...

Ye lah... tamat...

Thursday, April 1, 2010

Sudah 14 hari...

1st April 2010.

Hari ini aku dah mula bekerja. Yelah, MC 14 hari aku tamat 31st March semalam. Melangkah ke opis dengan wajah ceria (macam biasa!), aku akan berusaha bekerja dengan bersungguh-sungguh. Then, cerita pasal MC, biasa-biasa je. Aku jatuh and jari kakiku patah. Tu je... Sakit... Balik rumah rehat selama 14 hari dan aku kembali melangkah dengan sedaya upaya supaya nampak normal. Terima Kasih untuk semua yang mengambil berat!


Wah! Gambare Anaqi-chan!