Thursday, July 22, 2010

Kenapa begini?

Hari kedua selepas hari tak best semalam. Masih kurang selesa dengan hari ini malah pagi-pagi lagi sudah rasa nak tergelak dan menyampah. Argh! Borang cuti dah pas kot?! Harap-harap bos ensem tu luluskan. Bila ntah aku boleh hantar surat resign? Hahaha...
Ntah kenapa dengan aku ni ye? Nak kata bulan mengambang, dah lepas rasanya... Hahaha... Tension? Dengan apa? Banyak sangat soalan yang tak boleh aku nak jawab dan tak terjawab ni. Kadang-kadang aku rasa malas nak buat apa-apa. Tak nak kerja, tak nak belajar. Tak nak buat apa-apa. Kadang-kadang aku rasa nak lupa cara bernafas kejap... Ermm...

Perasaan benci itu tak baik ye cik Anaqi. Jangan benci orang, biar je orang benci kamu, tapi kamu jangan sesekali benci orang. Boleh? Belajar dan bekerja, dua perkara yang aku kena involve dengan orang. Perkara yang aku memang tak pernah nak dapat markah tertinggi. Mungkin aku lulus tapi bukan yang terbaik yang aku boleh dapat. Ermm...

Aku rindu pada bilikku. Aku mahu pulang ke rumah di mana aku tak nampak sesiapa pun. Aku nak space aku sendiri. Aku tak nak jumpa orang dengan muka masam dan scary aku ni! Aku dah tak boleh nak ikhlaskan senyuman aku ni. Walaupun aku penat berlatih depan cermin, aku tak nampak senyuman itu ikhlas. Sh*t!

Banyak dosa aku ni!

Wednesday, July 21, 2010

Hatred


Hari ini aku tak tau kenapa aku rasa lain. Aku rasa tak best. Rasa menyampah. Mungkin rasa benci. Mungkin rasa tak suka dan arghh... semua yang negatif lah! Bermula dengan pagi yang damai, aku minum secawan nescafe 3 in 1 favourite ku itu masa sarapan, diikuti setin livita 'tongkat ali' masa naik kereta Mie-chan dan sekotak susu dutch lady low fat setelah selamat sampai ke opis, aku memulakan kerja ku ini. Kerja jaga kaunter! Wek! Tak suka, tak suka...

Dan rasa menyampahku mula datang bila aku ternampak kelibat orang-aku-malas-nak-pandang-sampai-sudah muncul. Adoi... Walaupun tiap-tiap hari aku berdoa untuk jadi baik, aku tak jadi budak baik juga. Kenapa aku ada perasaan macam tu ye? Aku yang memang susah tak suka orang ni, bila dah tak suka memang teruk kan? Honestly, aku rasa dah tak best nak kerja kat sini... Rasa tak seronok! Tambahan lagi ada faktor-faktor lain yang susah nak share kat sini, aku makin berkobar-kobar tak suka kerja aku sekarang.

Aku rasa betul-betul nak cari kerja lain tapi buat masa sekarang aku masih tak boleh nak ikut rasa aku tu. Ni semua gara-gara lesen tak lepas titi aku tu. Dah 3 kali kelas motor, satu pun tak lepas sampai hujung. Adoi... Perit betul neh! Lepas settle lesen, aku akan jadi job hunter tegar. Itu adalah azam aku. So, aku kena cepat-cepat dapatkan lesen dan aku akan dapat cari kerja baru dan akhirnya aku akan ucapkan 'Sayonara' pada opis ini. Wah... Hahaha...
note:
Orang kata kalau benci orang lain tu, suatu masa kita akan suka/sayang orang tu tapi aku pulak, bukan benci cuma tak suka jer. Aku berharap aku cepat-cepat dapat cari kerja lain. Itukan bagus daripada aku doakan orang itu supaya mati atau dah tak kerja sini lagi?!



Hatred- this feeling will never end?!

Wednesday, July 14, 2010

Sorry, I Love You...

Aku memang gila,
aku suka dia.
Aku bagi tau dia.
Dia reject aku.
"Sorry." Dia cakap.
Aku nangis sorang-sorang.

Sorry encik, saya sudah benar-benar sukakan encik.
Sorry encik, walaupun saya cakap okay...
Saya tak okay sebenarnya.

Sorry, I Love You...



Dia cakap,
"Sorry."
"Thanx."
"Jgn nanges."

Masa tu ada air mengalir kat pipi saya.
Jatuh dari mata.
Tak berhenti-henti.

Damn! I hate it!

Friday, July 9, 2010

Tak ada kerja tu kerja saya




"Kak, tak ada kerja ke?" Budak kecik ni tanya.

"Ada. Ni tengah tunggu kaunter." Aku jawab slumber dan senyum juga.

"Oh. Pinjam paper ni boleh kak?" Tanya lagi.

"Boleh, tinggal ID." Jawab dengan senyuman ala-ala comel.

"Kalau tertinggal ID?" Dia tanya sambil pandang surat khabar.

"Em... Memang kena tinggal ID." Jawab aku sabar. Er, senyum lagi.

"Tak pe lah. Saya baca kat sini je." Dia terus belek-belek NST tu.

"Suka hati awak lah." Dah malas nak layan budak ni tapi aku senyum jugak.

Selang 2 minit.

"Penat lah berdiri." Dia bukak wallet.

Aku angkat kening. Dia hulur kad matrik. Aku senyum.

"Lain kali gantung ye dik." Aku senyum.

"Er... Nantilah..." Dia jawab and blah camtu jer...

Aku senyum...

Okay... Saya nampak comel tak kalau senyum? Grrr!


Monday, July 5, 2010

Pencuci Muka



Tak tahu macam mana nak memulakan sesuatu yang bernama hubungan baru. Kalau tak cuba kita tak tahu, tapi kalau cuba, mungkin itu bukan yang satu. Macam mencari pencuci muka juga kan? Sebelum jumpa yang serasi, macam-macam brand dah pernah tertampal kat muka. Dah banyak jerawat tumbuh dan dah banyak kali juga kulit muka mengelupas. Tapi berkat kesabaran akhirnya kita jumpa juga yang serasi.

Sekarang cuba kalau kita aplikasikan benda yang sama dalam hubungan cinta. Boleh ke? Bagi peluang kepada semua orang. Kalau salah atau tak sesuai macam mana? Cari dan cari lagi sampai jumpa yang memang sepadan, sesuai, sehati dan sejiwa. Boleh ke? Melupakan hubungan lama yang pernah terjalin. Sangkanya itulah yang terbaik tetapi sebenarnya sudah tersurat itu bukanlah jodoh yang terbaik. Menyalahkan orang lain memang tidak boleh, tapi menyalahkan diri sendiri, benar-benarkah bersalah? Menyalahkan diri sebab perpisahan ini berlaku atau salahkan pertemuan pertama yang menjadikan hubungan ini makin berbunga? Orang yang bagi nasihat memang senang, tapi empunya diri yang menanggung, siapa yang tahu kan?

Haih! Tanpa sedar aku mengeluh lagi!!!