Wednesday, July 21, 2010

Hatred


Hari ini aku tak tau kenapa aku rasa lain. Aku rasa tak best. Rasa menyampah. Mungkin rasa benci. Mungkin rasa tak suka dan arghh... semua yang negatif lah! Bermula dengan pagi yang damai, aku minum secawan nescafe 3 in 1 favourite ku itu masa sarapan, diikuti setin livita 'tongkat ali' masa naik kereta Mie-chan dan sekotak susu dutch lady low fat setelah selamat sampai ke opis, aku memulakan kerja ku ini. Kerja jaga kaunter! Wek! Tak suka, tak suka...

Dan rasa menyampahku mula datang bila aku ternampak kelibat orang-aku-malas-nak-pandang-sampai-sudah muncul. Adoi... Walaupun tiap-tiap hari aku berdoa untuk jadi baik, aku tak jadi budak baik juga. Kenapa aku ada perasaan macam tu ye? Aku yang memang susah tak suka orang ni, bila dah tak suka memang teruk kan? Honestly, aku rasa dah tak best nak kerja kat sini... Rasa tak seronok! Tambahan lagi ada faktor-faktor lain yang susah nak share kat sini, aku makin berkobar-kobar tak suka kerja aku sekarang.

Aku rasa betul-betul nak cari kerja lain tapi buat masa sekarang aku masih tak boleh nak ikut rasa aku tu. Ni semua gara-gara lesen tak lepas titi aku tu. Dah 3 kali kelas motor, satu pun tak lepas sampai hujung. Adoi... Perit betul neh! Lepas settle lesen, aku akan jadi job hunter tegar. Itu adalah azam aku. So, aku kena cepat-cepat dapatkan lesen dan aku akan dapat cari kerja baru dan akhirnya aku akan ucapkan 'Sayonara' pada opis ini. Wah... Hahaha...
note:
Orang kata kalau benci orang lain tu, suatu masa kita akan suka/sayang orang tu tapi aku pulak, bukan benci cuma tak suka jer. Aku berharap aku cepat-cepat dapat cari kerja lain. Itukan bagus daripada aku doakan orang itu supaya mati atau dah tak kerja sini lagi?!



Hatred- this feeling will never end?!

3 comments:

Anonymous said...

ha..ha... ak suka ayat ko.... "Itukan bagus daripada aku doakan orang itu supaya mati atau dah tak kerja sini lagi?!"....

wenkhadi said...

transport sendiri adalah kunci utama nak pegi keje. Bharap pada bas mmg menyakitkan usus.

Bila ko nak tukar bidang keje ni?...Masuk IT la plok

Anaqi Hawwari said...

transport aku tak ada masalah tapi lesen tu masalah aku skang...haha..yeah, aku mmg betul2 nak menceburkan dalam bidang yang aku sangat suka tu tapi buat masa skrg banyak sgt tertangguh.. uih!perit tul!