Thursday, July 22, 2010

Kenapa begini?

Hari kedua selepas hari tak best semalam. Masih kurang selesa dengan hari ini malah pagi-pagi lagi sudah rasa nak tergelak dan menyampah. Argh! Borang cuti dah pas kot?! Harap-harap bos ensem tu luluskan. Bila ntah aku boleh hantar surat resign? Hahaha...
Ntah kenapa dengan aku ni ye? Nak kata bulan mengambang, dah lepas rasanya... Hahaha... Tension? Dengan apa? Banyak sangat soalan yang tak boleh aku nak jawab dan tak terjawab ni. Kadang-kadang aku rasa malas nak buat apa-apa. Tak nak kerja, tak nak belajar. Tak nak buat apa-apa. Kadang-kadang aku rasa nak lupa cara bernafas kejap... Ermm...

Perasaan benci itu tak baik ye cik Anaqi. Jangan benci orang, biar je orang benci kamu, tapi kamu jangan sesekali benci orang. Boleh? Belajar dan bekerja, dua perkara yang aku kena involve dengan orang. Perkara yang aku memang tak pernah nak dapat markah tertinggi. Mungkin aku lulus tapi bukan yang terbaik yang aku boleh dapat. Ermm...

Aku rindu pada bilikku. Aku mahu pulang ke rumah di mana aku tak nampak sesiapa pun. Aku nak space aku sendiri. Aku tak nak jumpa orang dengan muka masam dan scary aku ni! Aku dah tak boleh nak ikhlaskan senyuman aku ni. Walaupun aku penat berlatih depan cermin, aku tak nampak senyuman itu ikhlas. Sh*t!

Banyak dosa aku ni!

No comments: