Friday, January 21, 2011

Suatu pagi Jumaat

Hari ini hari Jumaat. Sesampai di office, Sha Qi terus menuju ke mejanya.

"Weh, aku tak off power computer ke hari Rabu ari tu?" Dia bertanya sendiri, didalam hati.

Pantas Sha Qi log-in computer dan mula melayari internet. E-mail dan Facebook, page yang pertama diterjahnya. *heh. Tiba-tiba matanya tertancap pada e-mail daripada 'orang besar'. Setelah meniti ayat-ayat dalam e-mail tersebut, Sha Qi mula menangis. Air mata mengalir dengan sangat laju dan mula diikuti dengan esakan yang kuat. Dah tak tahan sangat dia berlari ke toilet.

Sesampai di toilet, pecahlah tangisan yang amat kuat diikuti dengan ayat,

"Saya tak sengaja... Betul-betul tak sengaja..." bersama lelehan airmata dan mukus di hidungnya.*yuck!

Miss D yang turut berada di dalam toilet tertanya-tanya. Dia cuba memujuk Sha Qi. Sha Qi pula berusaha mengelakkan airmata dan mukus hidungnya terkena jubah purple Miss D. Setelah hampir 5 minit menangis dengan hodohnya, Sha Qi mula tenang. Dia cuba berfikiran rasional ketika itu.

Dan sesudah habis adegan menangis di toilet, Sha Qi menyambung kerjanya. Dia terus membuka perisian Adobe Photoshop CS3 dan mula membuat kerja dengan airmata yang turun dengan lajunya. Sesekali di jelingnya tab email yang memang sedia di browser Mozilla itu. Dan airmatanya terus gugur.

In this case - Thaipusam.
Tak salah nak wish Happy Thaipusam; cumanya jangan tujukan pada 'to all Indian staff'.

Sebabnya: Ada yang Indian Muslim, ada yang Indian Christian, Buddha dsbnya

Yang tepat ialah - "untuk staff @ kakitangan yang beragama Hindu @ penganut agama Hindu"


Ayat-ayat itu masih terbayang di matanya. Dan airmatanya masih terus mengalir. Email ini telah di sendkan kepada semua staff library. Dan untuk si tukang create wishes semua tu, Sha Qi!!

Silap siapa? Sha Qi!

... and my tears can't stop falling!
Silap saya



3 comments:

- Leena - said...

xmo nangis2..nti x shomel..dia tegur utk smua..xmo terasa2..xbeshhh

AnaqiHawwari said...

terasa sebab saya yang buat kak. 1 library yang dapat. malu lah saya..
*sigh

- Leena - said...

bos dia stated thaipusam secara direct dia xprasan pon perasaan sesapa...motif utk clearkan wish 2 je... tp shaqi kene cool coz benda ini akan mematangkan kte..

klu shaqi tye pendapat akk xterpk pon psl org yg create kad 2..coz rmi l agi yg wish mcm 2..cuma bezanye adalah bos tegur utk smua smoga smua xwat silap sbb kte org bawah dia..

shaqi kene think +ve..sbb klu shaqi think-ve nti mood nk wt benda laen akan down...akkk lagi byk benda hapend within this 1n1/2 yrs..shaqi kene kuat smgat..akk xrse org laen pandang shaqi 2,3 macam pon..ok babeh..cheers up...xmo sad2..org shomel kene sentiasa shomel n coolll