Tuesday, February 8, 2011

Sesudah cuti

Chinese New Year, aku amek cuti awal raya tahun ni. 1 hb February aku dah mula bercuti. 31hb malam aku dah panjat tangga bas. Sesampai di stesen bas jam 6.15 am, abah aku tersenyum sambil bagi kunci kereta dia untuk aku memandunya pulang ke istana yang dah lama aku tak jenguk. *hahaha.

Sepanjang 5 hari kat rumah, 2 kali aku merasa masakan mummy ku. Lauk kenduri-kendara dan lauk dari restaurant di area Kuala Terengganu dan Kota Bharu pengganti masakan mummy ku kali ni. Malam makan besar, adik ku tidak pulang pula, maka kami hanya makan restaurant berdekatan ber-3. *hahaha.

6hb aku dah pulang ke sarang. Jalan jammed gila! 16 jam dalam kereta menyebabkan aku rasa macam mayat hidup pada hari Isnin time gi kerja. Dan petang Isnin yang damai itu, puan boss panggil masuk bilik beliau. Ingat nak naikkan gaji, rupa-rupanya aku sebagai makcik cleaner kena bagi talk kat student pasal cara-cara menggunakan khidmat kami pada 8hb. *hahaha.

Dan 8hb muncul dengan cepatnya, ketika aku menerangkan kepada students cara-cara menggunakan khidmat kami, tiada soalan langsung ditanyakan kepadaku. Ini bermakna aku berjaya membuat budak-budak tu faham dengan bahasa alien aku itu. *hahaha.

Sekian, cerita sesudah cuti tamat!

Ringkas update aku ni. Eleh, macam ada orang baca!! *hahaha.


makcik cleaner yang identitinya dirahsiakan

4 comments:

wenk said...

bestnye jadi orang penting kat MSU

AnaqiHawwari said...

penting kah?

Anonymous said...

ak baca.. sape ak...??
bdk2 x tnya sbb diorg phm ke, sbb diorg x phm ap2 ko ckp.. haha...

AnaqiHawwari said...

aku kenal ko. hahaha.
diorang mesti faham aku guna bahasa alien sbb diorang pun alien juga. *heh