Tuesday, April 12, 2011

Jealousy VS Envy

In Bahasa Melayu, both terms have the same definition; cemburu. However, in English the terms are similar but still have a different definition. Envy is the emotion when one wants something that someone or something else has and jealousy is the emotion when you fear something or someone might be taken away from you.

So, perkara biasa bagi orang kita cemburu adalah perasaan yang sering ada dalam diri tak kira masa atau tempat. Dan sebagai orang Melayu, kita memang dapat menapis perasaan cemburu itu dengan kata-kata (sebagai contoh) begini;
“Wah, cantiknya kau! Kau pakai apa, ye?”
atau
“Eleh, bukan cantik sangat pun, harapkan make-up je tebal 4 inci.”
 
Dalam situasi kerja juga sebenarnya sama. Contohnya, bila pembahagian tugas, kerja yang di bahagi memang takkan sama rata. Ada yang lebih, ada yang kurang. Tetapi itu namanya pembahagian kerja. Honestly, aku kadang-kadang ada perasaan ni; envy, dengan officemate aku. Ye lah, mereka ada kerja yang banyak. Always looks busy (err… me too… busybody—hahaha) with their works. Somehow it annoys me a bit. *sigh.

Tetapi aku juga bersyukur juga. Sebab, kerja-kerjaku memang aku siapkan lebih awal. Dan masa aku buat kerja, aku akan pastikan kerja aku siap sebelum due date. Kadang-kadang aku pelik dengan diri sendiri, seriously ada masa aku jealous envy dengan officemate aku tu tapi tak sampai 5 minutes aku rasa bersyukur pula sebab aku bukan unit sama dengan dia.

Weird, huh? I DO think so… *sigh.

Kesimpulannya, aku sepatutnya buat kerja dengan sedikit perlahan, tak perlu nak siapkan cepat, sebab nanti orang cakap aku tak ada kerja pula. Aku juga sepatutnya sedar, aku bukan ultraman, aku hanyalah manusia biasa yang penuh rasa envious and jealousy terhadap sekeliling. Selagi aku boleh mengawal sifat-sifat buruk itu, aku di kira masih selamat. Semoga aku berubah, menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Berusahalah, Sha Qi!

ni ubatnya kalau rasa nak jauhkan dari perasaan tu! Tutup telinga!

Monday, April 11, 2011

Power of mind

Ini project minggu membaca. Aku di bahagian promotion. So ini aje yang mampu aku create kan. Asalkan boss kata okay, project manager pun setuju, aku kira aku dah settle kan kerja dengan baik.
pamphlet

desktop wallpaper

flyers
(tiada dalam gambar)

…Err, aku rasa nak jadi photographer lah!
Okay, shoot!

Coding oh coding


Aku dah settle kan satu project named User Profile System. Guna sepenuhnya apa yang aku belajar masa degree. Web Programming. Ceh, macam hebat je kan? Padahal macam project budak-budak je. Tapi di sebabkan kepercayaan ku, selagi system boleh run and user satisfied aku dah buat yang sepatutnya dah tu! Tunggu nak show-off kan pada boss. Tapi masa aku tunjuk yang dummy punya, beliau dah kata ‘okay’. Hopefully time present nanti, boss aku still ‘okay’ kan project ‘cikai’ aku tu. Fuh!!
antara buku-buku yang dirujuk:

Aku masih rujuk buku and notes masa aku belajar dulu.
Process belajar ini akan terus berlaku sampai kita mati kan?

Friday, April 8, 2011

Never use profanity.

“Eh, shit lah kereta depan ni…”
“Memang shit lah perangai dia ni. Stupid!
Shit betul!”

Okay, after this, I will never use profanity.
I promise!
How about using “Shoot” or “Shucks”?

“Eh, shoot lah kereta depan ni…”
“Memang shucks lah perangai dia ni. Shoot!
Shoot betul!”

Sound better?
Err, maybe not!


Profanity are words, expressions, gestures, or other social behaviors that are socially constructed or interpreted as insulting, rude, vulgar, desecrating, or showing disrespect. Other words commonly used to describe profane language or its use include: cursing, swearing, expletives, bad words, dirty words, cussing, blasphemy, and irreverent, obscene, foul, indecent, strong, pejorative, choice, bad, or adult language, and sometimes even "mature" language.—Wikipedia.

Thursday, April 7, 2011

Malam yang tak sunyi

Malam itu aku dan 2 ketul orang kawan (Mie-chan & Tengku Rina) makan di Mekdi. Sambil beratur nak order ais krim, tiba-tiba ada seorang perempuan ni menjerit di depan pintu Mekdi. Terkejut aku dibuatnya. Owh, rupa-rupanya dia ‘baru’ berjumpa kawan lama dia (mungkin).

-image from google-

Sambil pegang ais krim kuat-kuat, aku menapak ke meja makan. Bimbang terkejut lagi. Perempuan itu dan kawan-kawannya masih jerit-menjerit lagi. Aku pandang Mie-chan. Mie-chan pandang aku.

“Lama tak jumpa tu…” Ujarku memuncungkan mulut ke arah perempuan-perempuan tadi.

Mie-chan senyum. Aku angkat kening.

“Sama ada memang lama tak jumpa or diorang baru je jumpa siang tadi.” Balas Mie-chan tanpa perasaan.

Aku renung Mie-chan, lama…


Aku faham, kadang-kadang orang nak perhatian.

Masing-masing punya cara, kan?

Tuesday, April 5, 2011

Cinta Pertama

Cinta pertama bukan cinta sejati.
Kali pertama bercinta hati berbunga-bunga.
Berharap dia yang pertama dan yang terakhir.
Terlalu banyak perkara berselindung,
Cuma mahu nampak sempurna dimatanya.
Cinta pertama.
Dosa pertama.
Sampai saat ini aku menyesalinya.
Sungguh-sungguh.
Semestinya aku memaafkan perbuatanmu,
dan mustahil aku memaafkan diri sendiri.
Cinta pertama bukan cinta sejati.
Cinta pertama bukan cinta sejati.
Sampai berjumpa lagi,
cinta kedua.
Tiada dosa.
Hanya berharap,
yang kedua itu cinta sejati.
Yang kedua, dimana anda?

Monday, April 4, 2011

Tolak Ansur

Ya, mereka baik tapi bukan aku.


Bertolak ansur memerlukan sesuatu kefahaman yang halus di mana kita saling melengkapi satu sama lain. Sebagai manusia biasa, bertolak ansur adakalanya merupakan suatu perkara yang sangat susah dilakukan bagi sesetengah orang.

Dalam bertolak ansur ada kefahaman yang kita harus terapkan, tidak mengharapkan pembalasan balik. Jangan terlalu mengharapkan pembalasan kalau kau ikhlas membantu.

Belajar bertolak ansur dengan orang sekeliling (dengan keluarga, dengan kawan) dan dengan diri sendiri. Jangan paksa kalau kau tak boleh, tapi at least pastikan kau dah cuba bertolak ansur terlebih dahulu.

Jangan ditolak beransur-ansur, sudah!


Okay, ini ingatan untuk aku dan bukan untuk siapa-siapa.

Perfectionist

Tak tahu nak mulakan daripada mana. Sejak aku mula kerja, aku selalu bertekad nak buat sehabis baik. Macam mana pun aku harus berusaha untuk jadi lebih baik. Dan tanpa sedar, apabila aku nak jadi terbaik aku dah create satu role ni, perfectionist. Bunyinya agak complicated kan? Susah juga aku nak tangani masalah aku ni.


Kadang-kadang aku dapat rasa memang ada orang susah nak adapt dengan aku dan sebenarnya aku yang payah nak adapt dengan orang. Kadang-kadang aku rasa orang macam tahu yang aku ni tengah ‘berusaha keras’ nak jadi diri sendiri. Aku cuba buat macam,


"Tak ada apa-apalah. Aku fikir sangat ni.” Tu lah, kadang-kadang menjadi, tapi kadang-kadang aku tetap juga fikir.


Somehow aku cuba nak jauhkan diri daripada orang-orang yang aku rasa aku tak boleh nak adapt sangat tu. Payah weh! Bila aku terlalu nak jadi terbaik, aku kerap pula cari orang lain sebagai penyebab aku tak boleh jadi baik. Aku SEDAR yang aku buat tu salah dan orang akan memandang aku dengan penuh kejengkelan. Dan kerap kali juga aku perasan pandangan jengkel itu dari wajah orang-orang itu.


Honestly, mustahil aku nak salahkan orang-orang tersebut. MEMANG dah salah aku. TERANG. And it becomes worst when I’m trying to act normally with them. Perasaan orang memang aku tak tahu, tapi perasaan aku sendiri pun aku tak faham. Kekok lah! Aku macam terasa pandangan yang orang-orang tu tunjukkan, “Weh, ni hal aku, aku tahulah.” Aku rasalah.


Dan kerap kali juga aku cakap, “Sorry. I’m sorry. I’m really sorry.Pathetic, right? But I really meant it. And I’m really sorry for myself! Aku rasa macam aku dah terlepas cakap dan aku nak tarik balik dan dengan meminta maaf tu adalah salah satu cara untuk aku cover perbuatan aku itu. Buruk sangat diri aku ni!


So, sebagai permulaan aku kena timbang sehabis baik before aku mengutarakan kenyataan-kenyataan sebok-hal-orang itu. Hey Anaqi Sha Qi stop being annoying person, will you?


*sigh



Trying to act perfect and I become the most FAKE person


*sh_t!