Thursday, April 7, 2011

Malam yang tak sunyi

Malam itu aku dan 2 ketul orang kawan (Mie-chan & Tengku Rina) makan di Mekdi. Sambil beratur nak order ais krim, tiba-tiba ada seorang perempuan ni menjerit di depan pintu Mekdi. Terkejut aku dibuatnya. Owh, rupa-rupanya dia ‘baru’ berjumpa kawan lama dia (mungkin).

-image from google-

Sambil pegang ais krim kuat-kuat, aku menapak ke meja makan. Bimbang terkejut lagi. Perempuan itu dan kawan-kawannya masih jerit-menjerit lagi. Aku pandang Mie-chan. Mie-chan pandang aku.

“Lama tak jumpa tu…” Ujarku memuncungkan mulut ke arah perempuan-perempuan tadi.

Mie-chan senyum. Aku angkat kening.

“Sama ada memang lama tak jumpa or diorang baru je jumpa siang tadi.” Balas Mie-chan tanpa perasaan.

Aku renung Mie-chan, lama…


Aku faham, kadang-kadang orang nak perhatian.

Masing-masing punya cara, kan?

4 comments:

Frodo Baggins said...

hahahhaha
mak mah bertemu mak limah
mcm tu lerr

Anaqi Hawwari said...

haha..
kecoh sangat, malu org pompuan jer~
tapi..
hak masing-masing,kan?

wenkhadi said...

ape kate ko jerit2 jumpa mie-chan kat msu esok...tengok ape lak org lain pk..hehe

Anaqi Hawwari said...

haha, kalo aku jerit2 jumpa mie-chan, sah lah aku gila. Gila aku tak buat macam tu..haha.